Inspirasi

Ibu Ini Kongsi Pengalaman Ajar Anak Disleksia Hingga Hafal 8 Juzu’ Quran

1.1K
reads
ajar anak disleksia

Perkongsian kali ini adalah daripada Puan Norlela Khalidah Darmin tentang pengalaman ajar anak disleksia dan membesarkan mereka. Bukan seorang, tetapi beliau diuji dengan dua orang anak dislekia.

Entri beliau yang pernah dimuatnaik di Facebook peribadinya sangat meyentuh hati dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Semoga ia dapat menjadi insprasi dan peniup semangat bagi ramai lagi ibu bapa di luar sana yang mempunyai cabaran yang sama.

Jom ikuti kisah beliau.

Malu Ada Anak OKU?

Tiada siapa yang nak anak yang di lahirkan OKU. (Antara anak2 yang boleh didaftarkan sebagai OKU ini apabila mereka mempunyai simptom ADHD, Disleksia, Autisme, Sindrom Down, dll)

Bagi yang mengalami disleksia, kita hanya boleh kenal pasti bila anak-anak mula masuk sekolah. Terutamanya apabila dia tak boleh membaca dan ketinggalan berbanding kawan-kawannya.

Apa itu disleksia? Ia adalah reading disorder atau kesukaran membaca. Faktor? Genetik, persekitaran, dan lain-lain. Mereka nampak tulisan terbalik. Macam mana kita tengok kat cermin tulisan, macam tulah mereka nak digest membaca! Memang susah!

anak disleksia

Foto Kredit: bbc.com

Dua Orang Anak Disahkan Disleksia

Semasa dengan anak pertama, orang pesan jangan pressure mereka, biar enjoy alam kanak-kanak.

Maka, saya biarkan sehinggalah Darjah 1 akhir masih tak boleh membaca.

Timbul juga rasa pelik apabila tulisannya terbalik-balik. Kami bawa jumpa pakar dan sahihlah bahawa anak pertama kami dyslexic kid.

Anak ke 2 – OK, tiada masalah pembelajaran.

Anak ke 3 – Allah uji juga anak disleksia. Nampak macam bijak sangat kalau bercakap, tapi gagal menyambung suku kata & terbalik-balik tulisannya.

ajar anak disleksia

Anak sulung Puan Norlela yang disahkan disleksia. / Foto Kredit: Facebook Puan Norlela Khalidah Darmin

Pengalaman Ajar Anak Disleksia – Anak Sulung

Saya dan suami menggunakan kaedah cuba jaya dalam mengajar anak pertama.

Memang cikgu selalu komen, “anak puan lemah”. Namun saya dan suami cuba terangkan pada cikgu dan membuat keputusan untuk tidak menghantar dia ke sekolah pendidikan khas. Kami memberi motivasi sendiri, ajar anak disleksia kami sendiri sebab kalau dihantar tuisyen dia akan menangis.

Video paling dia suka tengok video Saiful Nang:

https://m.youtube.com/watch?v=pBeHHf-3LeE

Kami masukkan anak sulung ke competition, Alhamdulillah dapat hadiah RM 30k Dutch Lady Dana Inspirasi.

Kami juga hantar ke kelas Dr Lawrence dan Dr Azizan. UPSR alhamdulillah dapat 2A 3B walaupun Darjah 5 masih merangkak membaca.

Kelas mengaji walaupun dah khatam, kami tetap hantar ke Ustaz Shah, biar Al Quran membantu dia overcome disleksia.

Selepas dikeluarkan Madrasah Nasihun Amin, anak saya menyambung pengajian di Pondok As Salam. Di Madrasah Nasihun Amin, dia dibuli, tapi sebenarnya Madrasah ni ok ?. Dalam 5 bulan dapat hafaz 4 juzu’. Cuma bagi ibu bapa yang nak hantar ke madrasah, kena faham, ustaz sukar membendung gejala buli di madrasah sebab madrasah antara ‘option’ akhir bila anak-anak dibuang sekolah.

Terkini, anak sulung saya sudah habis menghafal 8 juzu’ di Akademi Darul Huffaz & insya Allah akan saya hantar ke Mesir untuk mendalami Al-Quran & Bahasa Arab sebagai terapi disleksia.

Saya percaya Al-Quran sebagai rawatan ketajaman minda mereka.

Foto Kredit: Puan Norlela Khalidah Darmin

Puan Norlela bersama 3 orang anaknya. 2 daripadanya disahkan disleksia. 

 

ajar anak disleksia

Anak ketiga Puan Norlela yang juga mengalami disleksia. 

Pengalaman Ajar Anak Disleksia – Anak Bongsu

Adam tulis terbalik, ada masalah fokus, gagal menyambung suka kata. Setiap hari teacher di Smart Reader buat additional class selama sejam untuk membantu anak-anak yang ada masalah membaca, di samping saya menghantar Adam ke Dyslexia Centre. 

Alhamdulillah Smart Reader Kids banyak membantu, selain tu kami hantar tuisyen membaca dengan Teacher Jas Rahmatt, dan Pusat Disleksia Setia Tropika. Banyak improvement.

Kosnya per sesi RM 120 x 2 sesi seminggu. Jadi, sebulan dalam RM 1000. Bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan, boleh hubungi PDM – Persatuan Disleksia Malaysia.

3 tahun adam belajar di Smart Reader Kids. Pengalaman anak pertama di tadika lain sungguh berbeza cara Smart Reader menangani anak-anak yang ada masalah pembelajaran.

Kini, Adam sudah pun graduate dengan keadaan sudah pandai membaca, sudah naik Al-Quran. ( yang ini combination antara ustazah & silibus Smart Reader Tadris – versi islamik)

anak disleksia

Selain Bill Gates, Steve Jobs dan ramai lagi orang ternama turut mengalami disleksia. / Foto Kredit: aib.edu.au

Anak Disleksia Juga Berpotensi Jadi Orang Hebat!

Jadi ibu bapa janganlah sedih kalau anak2 di label bodoh di sekolah, mungkin mereka mempunyai masalah learning disability.

Tak boleh juga nak salahkan cikgu, kerana mereka ada ramai pelajar yang nak di bimbing.

Rajin-rajin membaca untuk kenal pasti simptom kekurangan anak-anak. Di sebalik kekurangan itu, boleh motivasikan mereka untuk jadi hebat! Buktinya, ramai orang-orang yang ternama juga mengalami disleksia.

Anak-anak adalah anugerah Allah, sebaik-baik amanah. Insya Allah Allah takkan memberatkan kita dengan ujianNya.

Alhamdulillah Allah uji, pada masa yang sama Allah beri rezeki masa & kewangan untuk membesarkan mereka.

DYSLEXIA IS GENIUS! Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, Maha Bijaksana & Maha Mengetahui.

 

Sila share ya sahabat-sahabat jika rasa ia bermanfaat. Rasa terpanggil untuk menulis sebab dah pernah lalui perasaan sedih dan buntu semasa ajar anak disleksia saya yang sulung. Apabila dah kenal pasti masalah, mudah untuk kita redha dan dapat atasi masalah dengan baik.

 

*Puan Norlela Khalidah Darmin adalah perunding unit amanah di Public Mutual, asalnya jurutera tetapi berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak sambil ada pendapatan. Kini mempunyai kerjaya yang lebih fleksibel. Blog kerjaya konsultansi unit amanah beliau adalah www.jplatinumconsultant.com

Yang Popular

To Top