Famili

Kurangkan Beli Mainan Kalau Mahu Anak Anda Lebih Pintar & Sihat

1.6K
reads

“Ish Haikal ni, asyik nak beli mainan je. Minggu lepas baru beli satu. Mainan dekat rumah dah penuh satu bilik. Baru beli sekejap dah bosan. Agaknya macam mana nak pilih mainan untuk anak yang terbaik ya?”

Semua ibu bapa sedia maklum bahawa bermain adalah salah satu proses yang amat penting untuk perkembangan fizikal, minda, dan emosi kanak-kanak. Malah, mengikut Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (20 November 1989), bermain itu adalah hak seorang anak.

Untuk merangsang anak bermain, kini lebih banyak jenis mainan untuk anak dicipta dengan bentuk yang unik, warna yang terang, dan fungsi yang canggih. Walaubagaimanapun, menurut BBC, ahli psikologi yang berpendapat bahawa seseorang anak tidak perlu memiliki terlalu banyak mainan.

5 Bukti Mainan Yang Sedikit Dapat Membantu Anak Jadi Bijak & Sihat

Berikut adalah antara sebab sedikit mainan untuk adalah lebih baik untuk perkembangan mereka.

1. Kuasa Imaginasi

Tanpa terlalu banyak, anak-anak akan lebih banyak menggunakan kuasa untuk berimaginasi. Selalunya 1 jenis mainan hanya boleh digunakan untuk fungsi yang terhad kepada permainan tertentu. Sebaliknya, tanpa mainan, anak-anak akan menggunakan apa yang ada di sekeliling mereka seperti kotak, periuk, bantal, kain selimut, botol, dan sebagainya.

Secara tidak langsung, anak-anak menjadi lebih kreatif dan mampu untuk merangsang imaginasi. Daya imaginasi ini amat penting bagi anak-anak. Einstein pernah berkata, “Tanda kecerdasan yang sebenar bukanlah pengetahuan tapi imaginasi.”

kebaikan bercuti

Foto Kredit: lifehacker.com

2. Daya Fokus

Menurut sumber dari HuffingtonPost, apabila terlalu banyak mainan untuk anak disediakan, ia mungkin menyebabkan overstimulation – mereka cepat bosan, kurang menghargai perkara di sekeliling mereka, dan susah fokus akibat asyik bertukar mainan. (Ini pun belum masuk penggunaan gajet lagi!)

Jika anak cepat bosan, jangan cepat melatah. Ketahuilah bahawa kebosanan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk diri mereka. Malah, otak kita tidak diprogramkan untuk berada dalam mod ‘on-the-go’ setiap masa. Ia juga perlu berehat dan memperlahankan prosesnya, seperti yang dinyatakan oleh Scott Barry Kauffman melalui Psychology Today. Dengan cara ini, barulah potensi otak akan dapat dioptimumkan.

fakta anak tunggal

3. Komunikasi Secara Sihat

Apabila ‘terputusnya hubungan’ daripada terlalu banyak alat mainan yang silih berganti, anak-anak mampu fokus dan membina kemahiran sosial mereka sedikit demi sedikit.

Ianya dapat dipelajari melalui pemerhatian, penerokaan alam semulajadi, dan timbulnya keinginan untuk bermain bersama kawan-kawan, adik-beradik, atau ibu bapa.

permainan pintar

4. Mampu Menyelesaikan Masalah

Merujuk kepada sebuah artikel dari World Economic Forum, Dr Vanessa Lapointe menjelaskan:

“Kanak-kanak perlu melalui rasa bosan kerana ia dapat membebaskan mereka daripada sebarang bentuk gangguan. Dengan cara ini, barulah mereka dapat mendengar suara hati mereka sendiri.”

Untuk mengatasi ‘masalah’ bosan, mereka akan lebih cenderung mengikut suara hati mereka. Mereka belajar untuk menjadi lebih ekspresif, tahu apa yang perlu dilakukan, dan tidak perlu bergantung kepada mainan untuk bermain. Secara tak langsung, otak mereka dilatih menjadi lebih produktif dalam menyelesaikan masalah.

Foto Kredit: moneycrashers.com

5. Belajar Menghargai & Mensyukuri

Tanpa terlalu banyak mainan, anak-anak lebih cenderung meneroka keadaan sekeliling mereka. Kalau ada pun, mereka akan menggunakan mainan yang terhad sekadar untuk menjana imaginasi mereka. Mainan yang satu itulah yang akan kerap dimainkan sehingga lusuh. Tapi, itulah yang mempunyai sentimental value buat mereka!

Sebenarnya, melalui cara ini juga ia mendidik anak untuk lebih menghargai dan bersyukur. Bukan sekadar main hingga rosak, dah boleh buang.

pengorbanan ayah

Foto Kredit: sbs.com

Tak Salah Beli Mainan Untuk Anak…

Bila dipujuk anak, tentu ibu bapa cepat ‘cair’ dan rasa bersalah kalau tak belikan mainan untuk mereka bukan? Kalau dah sampai masa yang sesuai untuk membeli mainan baru, ingatlah 3 faktor yang dapat memberikan sesebuah mainan itu ‘plus point’, seperti menurut Liat Hughes Joshi, penulis buku Raising Children: The Primary Years, 

  • Nilai sosial – Permainan yang boleh dikongsi dan dimainkan bersama-sama. Contohnya puzzle, board games, bola, dan sebagainya.
  • Sifat Versatile – Contohnya blok binaan, play dough, atau pasir yang boleh menghasilkan banyak bentuk dan tema mengikut daya imaginasi mereka.
  • Ketahanan – Permainan yang boleh dimainkan hingga bertahun-tahun lamanya.

Yang penting, ibu bapa perlu bersederhana dan bukan sekadar ‘melambakkan’ pelbagai jenis mainan untuk anak mereka. Sebaliknya, cubalah untuk mengehadkan kuantiti mainan untuk anak dan fokus kepada kualiti bermain (playtime) bersama anak.

Yang Popular

To Top