Percutian

Anak Confirm Suka, Ini 5 Lokasi Aktiviti Cuti Sekolah Di Sekitar Putrajaya!

28
SHARES

Cuti sekolah masih berbaki beberapa hari. Mak ayah bawa anak ke mana cuti sekolah ni? Kalau keluarga anda tinggal sekitar Putrajaya, Sirap Limau nak kongsikan 5 lokasi dengan aktiviti menarik khusus buat anak semasa cuti sekolah.

VIKIDS Alamanda Putrajaya

Sempena musim cuti sekolah, pusat beli belah Alamanda Putrajaya menganjurkan festival VIKIDS selama 17 hari, dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024. Bertempat di Centre Court, ruang ini akan dipenuhi pelbagai permainan karnival, permainan arked dan pelbagai aktiviti seni dan kraf. Kemeriahan lebih berganda pada setiap hujung minggu dengan adanya persembahan karnival seperti juggler, magic show dan pemberian belon percuma.

Karnival VIKIDS di Alamanda Putrajaya

Buat yang tak tahu, Alamanda Putrajaya sedang dalam pembaharuan dengan ruangan hiburan diperbaharui. Pawagam mesra keluarga, padang boling dan taman pengembara antara yang akan dibuka pada suku keempat 2024.

Festival Lentera Putrajaya

Festival Lentera Putrajaya akan melabuh tirai pada 3 Mac 2024

Festival Lentera Sisiran Tasik Putrajaya berlangsung selama 9 hari bermula pada 24 Februari sehingga 3 Mac 2024. Festival yang berasaskan tradisi dan cahaya ini akan diadakan buat pertama kalinya di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya dengan mempersembahkan pertunjukan Grand Light Symphony, Musical Fountain, bot berhias di samping lebih 40 pengisian menarik.

Harga tiket :

Dewasa (13 tahun ke atas) = RM10
Kanak-kanak (7-12 tahun) & warga emas = RM5
Kanak-kanak di bawah 6 tahun & OKU = Percuma

Waktu operasi :

24 Feb – 3 Mac (05 pm – 11 pm)

Baca juga : Jadual Perjalanan Tren MySawasdee 2024 Ke Hatyai, Boleh Beli Tiket Bermula 4 Mac Ini

Taman Wetland Putrajaya

Bagi ibu bapa yang mahu beriadah dengan melakukan aktiviti luar rumah, sinilah tempatnya. Berkeluasan 197 hektar dan terletak di Presint 13, Putrajaya, lokasi ini sesuai untuk seisi keluarga melakukan rekreasi seperti berbasikal, jogging, glamping, memancing, aktiviti BBQ dan banyak lagi.

Taman Wetland menyediakan pelbagai kemudahan seperti aktiviti perkhemahan, Hari Keluarga dan eksplorasi alam

Menariknya, Taman Wetland Putrajaya juga mempunyai Flamingo Pond  & Swan Lake. Unggas-unggas ini hidup bebas, datang dan pergi. Bagi yang ingin mendekati haiwan ini, boleh datang semasa feeding time (11 pagi dan 4 petang). Selain itu, pengunjung juga boleh melihat burung hijrah seperti Cattle Egrets, Night Heron, Purple Heron, Black Neck Heron, Grey Heron, Green Heron dan Painted Storks yang muncul setahun sekali. Bagi yang nak menyewa tapak boleh klik sini.

Waktu operasi taman sahaja :

Sabtu – Ahad (07 am – 07 pm)

Isnin (TUTUP)

Wetland Studios Putrajaya

Terletak di dalam Taman Wetland Putrajaya, taman tema didik hibur ini menawarkan pengalaman immersive reality  seperti animatronik, replika dan hiasan berkonsep alam semulajadi ; teknologi seperti hologram, augmented reality (AR)  serta virtual reality (VR).

Wetland Studios Putrajaya yang merupakan tarikan terbaharu di Putrajaya

Antara yang menjadi tarikan adalah pameran Insectopia, Dinasaur Encounter, Flamingo Parade, Sky Sanctuary, Caventure dan banyak lagi. Yang pasti, anak-anak pasti dapat belajar tentang pemuliharaan alam sekitar dan perlindunghan hidupan liar.

Harga tiket :

Mykad/Mykid – Dewasa (RM30), warga emas, kanak-kanak (RM18), OKU (RM15)

Waktu operasi :

Isnin – Jumaat (10 am – 6 pm) **last entry 5 pm

Sabtu – Ahad ( 10 am – 7 pm) **last entry 6 pm

Baca juga : Ibu Kongsi Perkara ‘Best’ Bila Ada Baju Sekolah Sepasang Sahaja Untuk Anak, Lebih Mudah!

Taman Cabaran Putrajaya

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak dengan minat sukan lasak, jom ke Taman Cabaran Putrajaya di Presint 5. Berkeluasan 30 hektar, pelbagai aktiviti boleh didapati seperti wall climbing, skateboarding dan MTB (mountain bike).

Kompleks ini menawarkan dewan mendaki yang berbumbung terbesar di rantau Asia.

Bagi mereka yang ingib mencuba aktiviti rock climbing, tenaga pengajar disediakan dan peralatan untuk rock wall climbing boleh disewa. Istimewa untuk kanak-kanak bawah 10 tahun, ruangan rock climbing khusus untuk mereka disediakan. Bayaran masuk RM6 (dewasa) RM3 (pelajar). Kadar sewaan peralatan boleh rujuk sini.

Aktiviti skateboarding pula, bayaran masuk adalah percuma. Pemain papan luncur, roller blade dan pemain basikal BMX boleh memilih trek yang bersesuai untuk mereka.

Semoga panduan ini bermanfaat. Selamat bercuti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×