Famili

Bomb Battle Elite, Tempat Hiburan Keluarga Terbaharu Di PJ!

Bomb Battle Elite

Bomb Battle, permainan video imersif dengan “paint bom” terbesar pertama di Asia yang dilancarkan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada November 2023 kini tampil dengan cawangan flagship, Bomb Battle Elite yang terletak di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya.

BOMB BATTLE BERJAYA TIMES SQUARE

Direka sebagai destinasi hiburan berkumpulan, permainan berteknologi tinggi ini mencabar kecekapan pemain untuk meredakan fius bom cat (paint bomb) sebelum masa 75 minit berakhir. Jika gagal, bom cat akan meletup.  Terdapat lima permainan arked imersif penuh yang menarik dan diinspirasikan oleh filem aksi, game shows, permainan escape room dan e-sukan.

Bomb Battle Berjaya Times Square

Sirap Limau berkesempatan mencuba permainan imersif ini di cawangan pertama Bomb Battle di Berjaya Times Square. Pengalamannya sangat berbaloi dan setimpal dengan harga yang dibayar. Sebelum permainan bermula, pemain akan diberi taklimat, welcome drink dan full body hazmat suit serta shoe coverall. Tempoh permainan berlangsung selama 75 minit, dan dijamin pemain tidak akan bosan kerana setiap level permainan betul-betul menguji kemahiran dan minda!

Masa yang ditunggu-tunggu mestilah pengalaman ledakan bom cat dihujung permainan. Setiap sesi permainan, Bomb Battle akan meledakkan 14 liter bom cat, dan pengalaman ledakan bom cat ini dirakam, kemudian diberikan secara percuma kepada setiap pemain. Boleh la buat kenangan!

Lokasi :

Lot 07-96, Level 7, East wing, Berjaya Times Square, 55100 Kuala Lumpur

Harga :

  • RM99 seorang (waktu puncak) RM89 seorang (bukan waktu puncak) dengan minima 4 pemain/ maksima 8 pemain
  • **Waktu puncak (Cuti umum/hujung minggu/ Isnin – Jumaat, selepas 5 PM) Waktu bukan puncak (Isnin – Jumaat, sebelum 5 PM)

Baca juga : Anak Mesti Tak Nak Balik! Ini 6 Lokasi Padat Dengan Aktiviti Sempena Cuti Sekolah

BOMB BATTLE ELITE, LEBIH BESAR & TAWAR EMPAT PERMAINAN BARU

Bomb Battle Elite

Percikan “Powder Bomb” selepas cabaran fizikal selama 75 minit di Bomb Battle Elite

Selepas sambutan luar biasa dengan pembukaan Bomb Battle pertama di Berjaya Times Square, Mission Group Ltd kini membuka cawangan “flagship” yang merangkumi ruang seluas 6,800 kaki persegi, iaitu enam kali ganda luas lokasi pertama mereka. Bomb Battle Elite ini menampilkan empat pengalaman permainan baru, iaitu Paint Bomb Mission, Powder Bomb Mission, Versus Arena dan The Greatest Lava.

Asia Bomb Battle

Dengan bayaran RM40, sertai perlawanan selama 60 minit di Versus Arena

Cawangan flagship ini dipertingkatkan dengan kapasiti yang besar, boleh memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa dan sedia untuk menjadi pilihan utama untuk lawatan berkumpulan. Permainan di Bomb Battle Elite menampilkan teknologi terkini, termasuk integrasi Internet of Things (IoT) yang dimantapkan dengan projection mapping yang lebih baik, 2 misi baru dengan 10 perlawanan yang mencabar dan 2 permainan interaktif yang menampilkan 50 mod dengan tiga difficulty level!

Lokasi :

T22, T23 & T23A, 3rd Floor, Atria Shopping Gallery, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Harga :

  • Paint Bomb – RM109 seorang (waktu puncak) RM99 seorang (bukan waktu puncak) + 1 welcome drink + loker + gambar digital
  • Powder Bomb – RM129 seorang (waktu puncak) RM119 seorang (bukan waktu puncak) + 1 welcome drink + loker + gambar digital
  • The Greatest Lava – RM40 seorang  + 1 welcome drink
  • Versus Arena – RM40 seorang + 1 welcome drink

Baca juga : Musim Cuti Sekolah Dah Tiba! Ini 11 Lokasi Menarik WAJIB Bawa Anak Jalan-Jalan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×