Asuh

Pakar Kongsi Cara Tepat Kawal Anak Terlampau Lasak, Tak Pening Kepala Dah!

25
SHARES

Menurut perkongsian dan fahaman orang dulu-dulu, jika anak-anak lasak ia membuktikan tumbesaran mereka baik dan boleh menjadi bijak. Walau bagaimanapun, ibu bapa pasti kepeningan melihat kerenah mereka yang tidak henti-henti melompat ataupun bergaduh sesama adik beradik sendiri.

Jadi, apa jalan penyelesaian untuk masalah ini? Ibu bapa harus melarang dan memarahi mereka? Cara itu tidak sesuai untuk dilakukan kerana akan menyebabkan mereka lebih agresif dan memberontak. Justeru itu, seorang Occupational Therapist kongsi lima cara untuk membantu mengawal kelasakan anak-anak.

Baca juga: Keluarkan Hormon Gembira, Pakar Kongsi Kebaikan Hidu Bau Bayi Baru Lahir

5 CARA BANTU ANAK YANG TERLEBIH LASAK

“Abang! Cuba duduk diam-diam!”
“Adik! Jangan lari-lari”
Hmm……..
Pernah tak terjerit macam ni?
Kadang-kadang sampai terketap-ketap gigi tahan geramkan?
Hehehe.
Jangan risau…..
Anda tak keseorangan.
Jeritan seumpama di atas adalah sangat biasa untuk ibu bapa yang ada anak-anak kreatif dan kinestetik.

1. BERI MEREKA AKTIVITI PROPRIOSEPTIF

Apa itu proprioseptif? Proprioseptif ialah sensori yang bertanggungjawab untuk membantuk pergerakan yang efisyen. Antara contoh aktiviti berbentuk proprioseptif adalah menyuruh mereka melompat di atas trampoline mengikut irama kiraan satu sehingga 10. Selain itu, lompat teng-teng satu kotak demi satu kotak juga boleh dilakukan.

2. AKTIVITI STIMULASI VESTIBULAR

Vestibular adalah sensori kedua yang bertanggungjawab membantu pergerakan lebih efisyen. Sensori ini membantu untuk mengawal kesimbangan badan. Antara aktivit yang boleh dilakukan ialah dengan meniti di atas balance beam selangkah demi selangkah atau mengayuh basikal dari satu titik ke satu titik.

3. AKTIVITI STIMULASI TACTILE

Stimulasi tactile merupakan sensori sentuhan. Sensori sentuhan dapat membantu anak-anak yang impulsif sedar mengenai tekstur-tekstur yang disentuh oleh mereka. Kesedaran dalam sentuhan dapat membantu anak-anak untuk memanjangkan daya perhatiannya. Antara aktviti yang boleh dilakukan ialah dengan menyuruh mereka melukis menggunakan tapak tangan.

4. CERITAKAN SOCIAL STORY BERKAITAN

Social story ini ialah membaca buku cerita kepada anak-anak namun pemilhan cerita haruslah berkaitan dengan tingkah laku anak pada ketika itu. Ibu bapa boleh melukis sendiri dan ceritakan kepada anak-anak ketika keadaan mereka tenang. Antara waktu sesuai ialah sebelum tidur kerana pada waktu itu pasti sudah kepenatan dan menagntuk.

5. AJAR ANAK PAUSE

Pause bermaksud berhenti seketika. Contoh aktivti yang membolehkan anak-anak berhenti seketika adalah move & freeze. Ibu-ibu boleh melalaikan mereka daripada aktiviti impulsif dengan menyuruh mereke ‘freeze’ sebentar.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu membantu para ibu bapa yang sedang pening bagaimana mahu mengurangkan lasak anak-anak mereka.

Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×