Perasan tak bila bayi baru lahir sahaja pasti kita akan geram dan mengerumuninya kerana bau yang begitu harum seakan-akan bau di syurga. Bau yang sungguh menenangkan sampai geram rasa mahu gigit dan mengomol si comel kita.
Jadi, apa kebaikan bau wangi pada bayi baru lahir kepada si ibu? Mari kami ceritakan perkongsian seorang pakar kanak-kanak yang mengulas tentang topik ini.
Baca juga: Anak Yang Rapat Dengan Ayah Punyai IQ Lebih Tinggi. Ini Buktinya!
BAU BAYI BUAT HORMAN IBU JADI LEBIH GEMBIRA
Menerusi perkongsian Dr Redza Zainol, setiap kali kaum ibu menghidu kepala bayi, horman neuro bernama dopamine akan dikeluarkan dari beberapa bahagian otak. Apa itu dopamine? Dopamine merupakan horman yang akan membuat diri anda rasa bagus dan seronok.
Semakin kerap seseorang itu menghidu bau bayi, maka semakin banyak dopamine terhasil dan kegembiraan akan dirasai. Selain itu, bau bayi juga penting sebagai cara untuk ibu lebih rapat dengan anak mereka.
DUA CARA BAYI MINTA PELINDUNGAN
Bau bayi akan hilang selepas enam minggu kelahiran. Justeru itu, ibu bapa haruslah menghargai detik-detik berharga itu kerana pasti akan merindui bau harum itu.
Sumber: Twitter Dr Redza Zainol