Euforia Bola 2026
Sihat

Patutlah Lepas Mandi Ramai Lelaki Terus Capai Kain Sarung, Rupanya Mereka Tak Nak Lepaskan 5 Manfaat Ini!

kain sarung

Bagi ramai lelaki di Malaysia, memakai kain sarung sebelum tidur sudah menjadi rutin sejak dulu lagi.

Walaupun ramai menganggap ia sekadar lebih selesa, perkongsian Public Health Malaysia (PHM) mendedahkan pakaian yang longgar sebenarnya boleh memberi beberapa manfaat kepada kesihatan reproduktif lelaki.

Baca juga: Dakwaan Cium Mulut Boleh ‘Transfer’ DNA & Kekal 3 Bulan Tular, Memang Boleh Pindah Tapi…

MANFAAT KEPADA LELAKI YANG MEMAKAI KAIN SARUNG PADA WAKTU MALAM

kain sarung

Gambar hiasan: Gemini AI

Menurut PHM, testis memerlukan suhu yang lebih rendah berbanding suhu badan untuk menghasilkan sperma dengan baik. Oleh itu, pakaian yang terlalu ketat boleh memerangkap haba, manakala pakaian yang longgar seperti kain sarung membantu memberikan pengudaraan yang lebih baik.

Dalam kajian terhadap 656 lelaki, mereka yang kebanyakannya memakai seluar longgar mempunyai:

• Kepekatan sperma 25% lebih tinggi
• Jumlah sperma keseluruhan 17% lebih tinggi
• Paras hormon FSH 14% lebih rendah

Satu lagi kajian yang menilai pakaian ketika tidur mendapati lelaki yang bertukar kepada boxer longgar atau tidak memakai seluar dalam pada waktu malam menunjukkan beberapa perbezaan pada parameter air mani.

Walaupun kajian itu tidak menguji kain sarung secara khusus, konsep pakaian yang longgar adalah hampir sama.

Baca juga: Likat & Banyak Tak Bermakna Sihat, Duhai Lelaki Ini 5 Ciri Air Mani Yang Sihat…Isteri Pun Mudah ‘Lekat’!

Berikut merupakan lima manfaat memakai kain sarung pada waktu malam:

1. Memberikan pengudaraan yang lebih baik

Kain sarung tidak melekap pada badan seperti seluar ketat. Keadaan ini membolehkan udara mengalir dengan lebih baik di sekitar kawasan sulit, sekali gus mengurangkan pengumpulan haba.

Pengudaraan yang baik juga membantu memastikan kawasan tersebut kekal lebih selesa terutama ketika cuaca panas atau semasa tidur.

2. Membantu mengurangkan haba di sekitar testis

Testis sangat sensitif terhadap perubahan suhu. Jika kawasan ini terlalu panas dalam tempoh yang lama, ia boleh menjejaskan proses penghasilan sperma.

Disebabkan itu, pakaian yang lebih longgar sering dikaitkan dengan keadaan suhu yang lebih sesuai untuk kesihatan reproduktif lelaki.

3. Mengurangkan peluh dan kelembapan

Apabila haba berkurangan, peluh juga menjadi kurang.

Keadaan ini membantu mengurangkan kelembapan berlebihan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan, bau serta meningkatkan risiko masalah kulit pada kawasan sulit.

4. Mengurangkan geseran dan iritasi kulit

Geseran antara kulit dengan pakaian yang ketat boleh menyebabkan kemerahan atau iritasi, terutama jika dipakai dalam tempoh yang lama.

Dengan ruang yang lebih longgar, kain sarung membantu mengurangkan geseran sekali gus memberi lebih keselesaan ketika berehat atau tidur.

5. Lebih selesa untuk tidur

Selain manfaat kepada kesihatan, ramai lelaki memilih kain sarung kerana ia lebih ringan, longgar dan tidak mengganggu pergerakan ketika tidur.

Baca juga: “Ingatkan Tukang Masak Terulung…”- Rupanya ShafiqCute Pegawai Forensik DNA, Kongsi Kos & Cara Buat Ujian Ketika Isu Curang Tengah Hangat

kain sarung

Disebabkan itu, walaupun zaman sudah berubah, kain sarung masih menjadi pilihan ramai kerana menggabungkan keselesaan dan fungsi dalam satu pakaian.

Menurut PHM, memakai pakaian longgar hanyalah salah satu langkah yang boleh membantu menjaga kesihatan reproduktif.

Pada masa sama, lelaki juga disaran mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, tidak merokok, mendapatkan tidur yang mencukupi dan mengekalkan berat badan ideal bagi menyokong kesihatan serta kesuburan secara menyeluruh.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×