Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Runsing Nak Mula Dari Mana? Ini Tips Bersihkan Rumah Nenek Ikut Turutan, Edisi Khas Raya!

kemas rumah nenek

Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sudah semakin dekat, pastinya ada di antara anda semua yang sudah pulang ke kampung halaman untuk kemas rumah nenek sedikit demi sedikit. Hal ini kerana, proses pembersihan ruang-ruang yang ada di dalam rumah nenek bukan boleh dibuat dalam masa sehari.

Justeru itu, bagi melancarkan proses pembersihan ruang di dalam rumah pada bulan Ramadan ini, penulis kongsikan tips kemas rumah nenek ikut turutan yang boleh dijadikan panduan.

Baca juga: Tips Buang Kerak Tebal Kuali ‘Lejen’ Luar & Dalam, Guna Asam Keping Hasilnya Cerah Berkilat!

TIPS KEMAS RUMAH NENEK IKUT TURUTAN

kemas rumah nenek

Gambar: Aklili Zakaria – cargocollective

Sebelum anda memulakan proses mengemas di setiap ruang, buang barang-barang di rumah nenek yang sudah tidak digunakan lagi. Juga, tetapkan tugas untuk setiap ruang.

Jom lihat turutan di bawah, di mana ia dimulakan dengan ruang yang lebih sukar.

Baca juga: Ingat Letak Racun Atau Pasang Perangkap Dah Tewaskan Tikus, Rupanya 9 Cara Ini Lebih Berkesan!

1. Mulakan dengan bilik mandi

Bilik mandi biasanya merupakan bilik yang paling sukar untuk dibersihkan, jadi ia adalah tempat yang bagus untuk bermula. Hal ini kerana, ia merupakan satu ruang di rumah nenek yang digunakan oleh ramai orang iaitu sanak saudara apabila pulang ke kampung.

Jadi, anda perlu membersihkan ruang mandi dari atas ke bawah, mengelap permukaan, menyental sinki, tandas dan pancuran mandian, akhir sekali berus lantai.

Ikuti tips ini untuk membersihkan bilik mandi rumah nenek anda agar ia mendapat pembersihan menyeluruh yang sepatutnya.

2. Seterusnya adalah ruang dapur

Dapur adalah tempat paling sukar untuk dibersihkan di dalam rumah dan merupakan salah satu ruang yang paling penting. Di situlah, tempat berkumpul keluarga besar, menikmati hidangan dan mencipta kenangan bersama.

Oleh kerana ia adalah keutamaan utama dan cenderung mengumpul banyak kotoran, jadi dapur rumah nenek adalah yang kedua dalam turutan pembersihan ruang rumah.

Di sini, tugasannya termasuklah:

  • Membasuh pinggan kotor
  • Mengelap setiap permukaan
  • Menyental seluruh kawasan
  • Mengemas kabinet dapur
  • Mencuci cpeti sejuk

3. Laluan keluar masuk dan beranda

Seterusnya adalah membersihkan laluan keluar masuk dan beranda dengan menyapu lantai terlebih dahulu sebelum mengemop.

Lakukan juga pembersihan pada tangga, pagar dan tiang rumah dengan membuang habuk yang bersarang.

Baca juga: Sayang Nak Buang Banyak Nostalgianya, Ini Tips Ubah Suai KABINET TV Lama Jadi Lebih ‘Trendy’!

Baca juga: Ini Tips Kemas BILIK STOR Bersepah, Hasilnya Tak Sakit Mata & Senang Cari Barang!

Baca juga: DIY Kusyen Kerusi Kayu Guna Balutan Ini, Bila Kotor Tinggal Lap Sahaja Semudah 123!

4. Ruang tamu dan bilik keluarga

kemas rumah nenek

Gambar: Freepik

Sama seperti ruang dapur, ruang tamu dan bilik keluarga di rumah nenek merupakan kawasan menghabiskan banyak masa berehat bersama. Jadi, proses pembersihan perlu dilakukan dengan baik.

Mulakan dengan mengelap konsol media dan meja kopi, sebelum membersihkan rak dan mengosongkan perabot (jika perlu). Jangan lupa untuk tukar langsir sekali!

5. Bilik tidur

Akhir sekali, ialah membersihkan bilik tidur! Di sini, anda akan melalui langkah yang sama seperti di bilik lain.

Cumanya anda akan:

  • Mengemas katil
  • Menanggalkan dan mencuci sarung bantal dan cadar tilam
  • Mengelap meja solek
  • Mencuci tingkap
  • Membuang sawang siling rumah

Bagi mengurangkan rasa penat, bahagikan setiap bilik tidur kepada sebuah keluarga. Hal ini kerana, rumah nenek diketahui mempunyai bilik tidur yang banyak dan mereka yang tidur di dalamnya adalah keluarga yang berbeza.

Kesimpulan

Dengan mengikuti turutan mengemas setiap ruang di dalam rumah secara teratur, anda boleh memperoleh hasil pembersihan yang terbaik! Di mana, tidak akan ada satu ruang pun akan terlupa untuk dibersihkan.

Jadi, selamat berseronok mengemas rumah nenek bersama saudara-mara!

Baca juga: Esok Nak Pakai Lagi Tapi Berus Cat Dah Jadi Keras, Lain Kali Sebelum Guna Buat Petua Ini!

Sumber: Modern Maids

FT Image: Anna ART | 123rf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×