Didik

Saintis Jepun Kaji WARNA BAJU Paling SEJUK, Sesuai Pakai Bila Cuaca Panas ‘Lit’!

22
SHARES
warna baju

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai orang mengadu tentang cuaca yang panas, terutamanya semasa melakukan aktiviti di luar rumah. Ternyata, warna baju juga boleh mempengaruhi rasa panas pada badan, terutama mereka yang berada di bawah matahari sepanjang masa.

Jadi warna baju apa yang patut anda pakai untuk kekal sejuk semasa hari-hari panas yang melampau? Ikuti kajian yang telah djalankan seorang saintis Jepun bersama pasukan penyelidiknya di bawah ini.

Baca juga: Gaji 3 Ribu Sebulan, Harga Rumah Macam Mana Layak Beli? Ini Pengiraannya!

WARNA BAJU PALING SEJUK

warna baju

Gambar: Japan’s National Institute for Environmental Studies

Seorang Saintis Penyelidik Kanan  di Japan’s National Institute for Environmental Studies, Toshiaki Ichinose, pernah menjalankan eksperimen pada 2019 untuk mengukur warna pakaian yang akan membuatkan badan berasa paling sejuk di bawah sinar matahari.

Ichinose menjelaskan bahawa objek dapat memantulkan tenaga radiasi dari matahari pada tahap yang berbeza bergantung pada warna. Tenaga yang dipantulkan ini tidak diserap dalam bentuk haba, oleh itu objek dengan warna pantulan yang lebih tinggi akan berasa lebih sejuk kepada badan.

Eksperimen oleh Ichinose dan pasukannya dijalankan di bawah terik matahari panas pada suhu 30 darjah celcius dengan sedikit pendedahan angin.

Beliau meletakkan sembilan baju polo berwarna putih, kuning, kelabu, merah, biru, ungu, hijau, hitam dan hijau gelap bersebelahan dan dipantau melalui kamera termografik (kamera inframerah) selama 5 minit.

Baca juga: Ini Beberapa Petua Sejukkan Badan, Bantu Rasa Segar Di Kala Cuaca Panas ‘Lit’!

Baca juga: Makin Teruk Kelemumur Bila Garu Kuat Tau, Boleh Pakai Syampu Saranan PHM Ini!

KEPUTUSAN WARNA BAJU PALING SEJUK HINGGA PALING PANAS

Keputusan menunjukkan bahawa putih adalah warna yang paling sejuk dan diikuti oleh warna lain:

  1. Putih
  2. Kuning
  3. Kelabu
  4. Merah
  5. Ungu
  6. Biru
  7. Hijau
  8. Hijau gelap
  9. Hitam

Dapat dilihat perbezaan suhu antara baju-baju tersebut agak drastik. Baju putih mencecah suhu 30 darjah celcius, manakala hijau gelap dan hitam melebihi 45 darjah celcius.

Jadi warna apa yang patut anda pakai untuk kekal sejuk semasa hari-hari panas yang melampau? Seperti yang anda jangkakan, Ichinose mengesyorkan warna putih, kuning, kelabu dan merah serta mengelakkan warna hitam, hijau gelap, hijau, biru dan ungu untuk hari-hari yang dihabiskan di bawah matahari.

Baca juga: Anak Gadis Dah Mula Tumbuh Payudara, 7 Perkara Ini Kena Cakap Pada Dia!

Sumber: The Mainichi Japan’s National Daily

FT Image: Japan’s National Institute for Environmental Studies / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×