Famili

Dapat Berita Isteri Maut & Anak Di ICU, Lelaki Gigil Menangis Nak Beli Tiket Bas Tapi Habis!

14
SHARES
beli tiket bas

“Kak ada tiket nak ke Klang dok, segera. Isteri saya kemalangan meninggal, anak-anak semua dekat ICU,” rayu seorang lelaki yang mahu beli tiket bas dari Besut, Terengganu ke Klang, Selangor.

Kejadian menghibakan itu, didedahkan sendiri oleh seorang wanita di TikTok @kakakbusteng. Dia menceritakan lelaki itu datang ke kaunter pada pukul 4.20 petang, namun bas terakhir pada sebelah siang telah bergerak pukul 3.30 petang.

Baca juga: Pinjam Duit Laju Tapi Nak Bayar Liat Kemain, Pergi Mahkamah Bawa Bukti Ini Jika Tiada Hitam Putih!

BELI TIKET BAS ISTERI MENINGGAL DUNIA & ANAK-ANAK DI ICU

beli tiket bas

Gambar: TikTok @kakakbusteng

“Tak ada dik. Paling awal pun malam ini pukul 8.30 malam. Bas petang semua dah gerak,” tulisnya di dalam video tersebut.

Menjawab pertanyaan orang ramai, kakitangan syarikat bas itu menceritakan, lelaki itu datang ke kaunter dalam keadaan menggigil dan menangis untuk membeli tiket bas.

“Kasihan dia datang dengan gigil lagi sambil menangis tanya tiket. Dia baru sampai Besut sebab datang ‘ride’ (motosikal). Ada orang telefon cakap isteri dia meninggal dunia kemalangan.

Anak-anak dekat ICU (unit rawatan rapi). Bas petang akhir pukul 3.30 petang. Dia baru sampai Besut ‘ride’ dengan kawan-kawan.

“Dia datang dengan motosikal kawan rasanya dia cerita. Sebab tu segera nak balik naik bas. Terbaharu abang itu naik bas pukul 8.30 malam (tadi), Alhamdulillah,” katanya yang turut mendoakan lelaki tersebut selain dipermudah segala urusannya.

Baca juga: Anak Ain Edruce Dibedah Akibat Angin Pasang, Ramai Terkejut Perempuan Boleh Kena Penyakit Ini Juga!

Alhamdulillah, rakyat Malaysia ramai yang baik-baik belaka dan prihatin!

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari warga maya. Di mana, ada yang menawarkan khidmat untuk membantu lelaki tersebut agar dapat pulang ke Klang.

“Abang itu nak ke Klang kawasan mana? Saya order kan Grab untuk abang itu, tak apa saya bayar semua,” komen seorang pengguna TikTok.

Malah, ada juga warga maya yang berkongsi pengalaman sama.

“17 tahun dulu, saya kerja kilang handphone dalam loker. Keluarga di Sabah hubungi dari pagi banyak kali tapi malam baru saya buka. Kata bapa pengsan tak sedarkn diri. Dapat tiket emergency balik Sabah.

“Mengandung pula 7 bulan, dapatlah jumpa seminggu. Kemudian, baik semula ke Selangor. Seminggu selepas itu dapat berita bapa meninggal dunia malam Jumaat.

“Allah sahaja tahu betapa sakitnya tak dapat jumpa bapa buat kali terakhir. Nak balik semula, duit pula dah habis beli tiket sebelum ini. Walaupun dah 17 tahun berlalu tapi sakit dan myesal itu kesan sampai sekaran,” luah seorang wanita.

Baca juga: Berakhirnya Pagi Tadi Perjuangan Bayi IVF Hadapi Sindrom Jarang Berlaku, Undang Sebak!

Selain itu, ada juga yang memberikan panduan untuk sesiapa yang berdepan kecemasan dan ingin segera mendapatkan pengangkutan awam segera agar meminta pertolongan daripada pemandu lori.

“Ambil perhatian. Jika terjadi perkara kecemasan macam ini tak ada bas, cari pemandu lori. Minta bantuan sebab mereka ada ‘group’ yang boleh bawakan kepada pemandu lain untuk bantu, tapi kecemasan sahaja.

“Insha Allah, kalau perkara penting macam ini tak kira bangsa mahupun agama, mereka akan bantu. Paling tak, mereka akan bawakan dalam ‘group’ untuk minta bantuan segera yang mungkin,” komen seorang individu.

@kakakbusteng

semoga allah permudahkan urusan adik ni 😭 #fypシ #tiktokmalaysia #kakakbusteng #tiketbasekspres #foryourpage #tiktokproblem

♬ оригинальный звук – Koba Bakytovich

Baca juga: Dr. Cuba Bermain Nyawa, IUCD Hilang Dari Rahim Ibu Baru Habis Pantang & Trauma Kena Czer Lagi!

Sumber: TikTok @kakakbusteng

FT Image: Foto 123RF/ Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×