Sihat

Anak Ain Edruce Dibedah Akibat Angin Pasang, Ramai Terkejut Perempuan Boleh Kena Penyakit Ini Juga!

43
SHARES
penyakit angin pasang

Berita penyakit angin pasang yang dihadapi anak kepada pelakon dan pengacara Ain Edruce, 34, baru-baru ini telah menarik perhatian warga maya. Selain mendoakan kesembuhan anaknya yang telah selamat dibedah, orang ramai berasa terkejut kerana angin pasang boleh terjadi kepada wanita.

Berikutan penyakit itu begitu sinonim dengan lelaki sahaja. Secara tidak langsung, ia menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai terutamanya dalam kalangan para wanita. Justeru itu, mari ketahui lebih lanjut tentang penyakit angin pasang di bawah.

Baca juga: Bapa Tak Sangka Anak Kerap Menggaru Rupanya Alahan Kuda & Berkongsi Cara Nak Buat Ujian Alergi Pada Anak

PENYAKIT ANGIN PASANG WANITA

penyakit angin pasang

Gambar: Tanda hernia angin pasang. – Hello Doktor

Angin pasang dan punca

Portal Hello Doktor menjelaskan, angin pasang atau hernia adalah keadaan di mana kandungan pada satu ruang tubuh badan (biasanya abdomen), membonjol keluar daripada kawasan yang biasa ia berada.

Kandungan yang dimaksudkan ini adalah sebahagian daripada usus atau tisu lemak dengan lapisan membran yang seterusnya akan membentuk kantung hernia.

Kesannya, ia akan membonjol keluar dan mengakibatkan rasa sakit terutamanya ketika penderita batuk, bersin, membongkok atau mengangkat objek berat.

Baca juga: Petua Orang Dulu Minum Air Pandan Tanpa Campur Bahan Lain, Boleh Kawal Gout & Diabetes!

Hernia mungkin tidak begitu berbahaya. Pun begitu, ia juga tidak akan pulih dengan sendiri dan boleh menjadi punca kepada komplikasi kesihatan yang lain.

Secara umumnya, kesemua jenis angin pasang boleh dirawat melalui pembedahan untuk menutup segala bukaan yang boleh menyebabkan kantung hernia terkeluar dari kawasan asalnya.

Namun, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, cuba kurangkan segala faktor risiko seperti yang tertera di bawah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat:

  • Dinding abdomen yang lemah
  • Obesiti
  • Kerap batuk
  • Kerap bersin
  • Selalu mengangkat objek berat
  • Penyakit paru-paru kronik
  • Ada cecair di dalam ruang abdomen

Baca juga: Hentikan Seks Tukar Pasangan (Swinger), Bukan Sahaja Terkutuk Tapi Boleh Dapat 5 Jenis Kanser!

JENIS-JENIS ANGIN PASANG WANITA

penyakit angin pasang

Gambar: Tangkap layar dari video yang dimuat naik di Instagram Ain Edruce berkenaan anak perempuannya yang mengalami hernia dan perlu dibedah.

Ya, wanita juga boleh mengalami angin pasang seperti lelaki. Di mana, ia adalah lebih kurang sama sahaja seperti hernia yang boleh berlaku kepada lelaki.

Simptom penyakit hernia pada wanita juga sama iaitu rasa sakit ketika abdomen menerima tekanan berlebihan. Pun begitu, terdapat penambahan faktor risiko yang lain iaitu kehamilan.

Berikut adalah jenis-jenis penyakit angin pasang pada wanita:

1. Inguinal hernia

Hampir 75% kes angin pasang yang dilaporkan adalah daripada jenis ini. Ia boleh berlaku di sekitar bahagian kelangkang atau perut serta boleh dikategorikan kepada 2 iaitu angin pasang tidak langsung dan langsung.

Dalam jenis ini, wanita mengalami angin pasang langsung yang boleh berlaku kepada semua golongan peringkat pertengahan usia serta orang tua. Ia disebabkan oleh dinding abdomen yang menjadi semakin lemah seiring dengan peningkatan umur.

Kebiasaannya, ia akan berlaku pada kawasan perut dan sangat jarang turun sehingga ke dalam testis namun tidak mustahil terjadi.

2. Femoral hernia

Sebahagian usus atau tisu lemak membonjol keluar dari kawasan asalnya ke kawasan sekitar paha.

3. Umbilical hernia

Sebahagian usus atau tisu lemak membonjol keluar dari kawasan asalnya ke bahagian sekitar pusat.

4. Incisional hernia

Bekas luka pembedahan yang terdahulu boleh menyebabkan dinding abdomen berubah dan menjadi lemah. Kesannya, tisu lemak mungkin boleh terkeluar dari tempat yang pernah dibedah.

Dalam pada itu, hernia juga boleh terjadi pada mana-mana bahagian yang mempunyai bukaan pada sekitar abdomen. Puncanya, kerana dinding abdomen lemah akibat pelbagai faktor risiko.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Baca juga: Ketahui 5 Jenis Luka Lepas Berkhatan, Jumpa Doktor Kalau Ada Tanda Tak Sembuh Ini!

Sumber: Hello Doktor

FT Image: Instagram Ain Edruce

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×