Sihat

‘Angin Pasang’ (Hernia) Pada Bayi Tak Boleh Diurut Sebarangan. 7 Perkara Perlu Tahu

1K
SHARES
angin pasang bayi

“Eh, kenapa macam ada benjolan dekat perut baby ni. Tadi rasanya tak ada. Bahaya ke? Patut ke panggil makcik urut?”

Bila sebut tentang hernia atau angin pasang, kebanyakan daripada kita akan terbayang masalah yang berlaku pada kemaluan lelaki. Tapi tahukah anda sebenarnya ia juga boleh berlaku kepada bayi perempuan. Selain itu, sumber juga menjelaskan bahawa bayi pramatang lebih mudah mengalami masalah hernia ini akibat proses perkembangan bayi yang belum sempurna.

Namun, ibu bapa tak perlu begitu risau kerana hernia atau angin pasang ini mudah dirawat, terutamanya jika ia dikesan sejak awal. Bahkan, ia adalah antara pembedahan yang paling kerap dijalankan terhadap kanak-kanak.

Mari ketahui beberapa perkara penting tentang hernia atau angin pasang.

7 Perkara Mama Papa Kena Peka Tentang Hernia Pada Bayi. Perempuan Pun Boleh Kena!

1. Punca

Secara umumnya, hernia boleh berlaku disebabkan oleh pembukaan pada otot dinding perut (abdomen). Secara normalnya, bukaan ini sepatutnya tertutup secara semula jadi sewaktu bayi dilahirkan atau dalam tahun pertama kehidupan.

Namun disebabkan masalah tertentu, sebahagian usus / organ bayi terkeluar dari abdomen melalui bukaan tersebut dan menyebabkan timbulnya bonjolan.

2. Simptom

Biasanya hernia mempunyai satu simptom unik, iaitu terdapatnya bonjolan di sekitar bahagian pangkal paha, abdomen, kelangkang dan kantung zakar (inguinal) atau pada pusat bayi (umbilikal). Ia mungkin lebih mudah terlihat ketika anak menangis, berlari, atau meneran – dan surut selepas itu. Ada pula yang kekal bengkak sehingga menyebabkan ketidakselesaan pada bayi.

Menurut Dr. Syariz Izy Sehat menerusi DoktorBudak.com, simptom kronik boleh menyusul dan tanda yang perlu diperhatikan antaranya adalah perut kembung, bengkak yang semakin kemerahan, kesakitan, serta muntah-muntah. Sesetengah anak juga mungkin demam.

Bawalah bayi berjumpa dengan doktor sekiranya mereka mempunyai simptom tersebut.

10 Cara Mengatasi Bayi Menangis, Agar Tenang!

Foto Kredit: healthylifestyle31.wordpress.com

3. Jenis Hernia Yang Biasa Dialami Oleh Kanak-kanak

Seperti yang dijelaskan oleh Dr. Ahmad Zulkiflee Laidin, terdapat 2 jenis hernia yang biasa terjadi pada kanak-kanak, iaitu hernia umbilikal dan hernia inguinal.

i) Hernia umbilikal berlaku pada sesetengah bayi yang memang dilahirkan dengan bukaan pada bahagian otot-otot abdomen atau otot yang lemah di sekitar pusat di bawah kulit, sehingga sesetengah membran abdomen atau usus kecil menjulur keluar melaluinya.

Dalam sesetengah kes, ia tidak merbahaya dan akan tertutup sendiri selepas beberapa bulan atau apabila bayi menginjak usia 2-3 tahun.

Umbilical hernia. / Foto Kredit: emedicine.medscape.com

ii) Hernia inguinal pula selalunya disebabkan gelungan usus, lipatan membran daripada abdomen, ovari atau salur falopian yang tertonjol masuk ke bahagian pangkal paha.

hernia bayi

Inguinal hernia. / Foto Kredit: mayoclinic.org

iii) Selain daripada 2 jenis hernia ini, terdapat juga sebuah kondisi yang digelar hydrocele, atau ‘angin pasang berair’. Ia melibatkan pengumpulan cecair di dalam testis (buah zakar) dan selalunya

Cecair juga boleh terkumpul di dalam buah zakar. Bengkak ini biasanya tidak menyakitkan tetapi bayi mungkin akan berasa tidak selesa dan senak.

angin pasang berair

Hydrocele. / Foto Kredit: healthychildren.org

4. Adakah Ia Merbahaya?

Inguinal hernia boleh mendedahkan si kecil kepada keadaan berisiko tinggi, terutamanya di kalangan bayi-bayi di bawah umur 1 tahun. Menurut portal MyHealth, komplikasi utama yang boleh berlaku adalah usus tersumbat dan terperangkap di dalam kantung hernia. Jika ini berlaku, najis dan gas tidak dapat keluar secara normal melalui dubur. Ia akan mengakibatkan bayi berasa sakit perut, ari-ari atau testis. Selain itu, bayi juga boleh mengalami masalah perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar.

Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa rawatan, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehingga bahagian tersebut mati (gangrene) akibat tersekatnya saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap.

Selain itu, tumbesaran testis bayi lelaki mungkin akan terbantut atau terjejas, (terutamanya kepada bayi-bayi pramatang) sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan testis yang tidak betul bagi bayi-bayi lelaki.

5. Kenapa Bayi Lelaki Lebih Cenderung Mengalami Masalah Ini?

Secara keseluruhannya, kadar masalah inguinal hernia adalah lebih biasa dialami di kalangan bayi lelaki disebabkan rupa bentuk testis dan hubungannya dengan otot-otot yang berhampiran.

Ia menjadikan hernia ini 6-10 kali ganda mudah terkena pada lelaki berbanding perempuan.

www.babycenter.com.my

6. Rawatan

Sekiranya si kecil telah disahkan menghidapi hernia, selalunya doktor akan memutuskan sama ada ia memerlukan rawatan serta-merta atau perlu dipantau terlebih dahulu.

Dalam kebanyakan kes, umbilical hernia atau hydrocele akan surut sendiri dalam masa beberapa bulan. Namun sekiranya saiznya semakin bertambah dan menunjukkan kesakitan pada bayi, prosedur pembedahan akan dilakukan.

Luka jahitan bersalin

Foto Kredit: foxnews.com

7. Jangan Urut Sebarangan

Ibu bapa diingatkan untuk merujuk kepada doktor sekiranya terdapat sebarang ketidaknormalan atau bonjolan pada rupabentuk pusat, kelengkang, atau kemaluan bayi.

Jangan melakukan sebarang teknik urutan atau kaedah rawatan tradisional tanpa pantauan doktor kerana dikhuatiri ia boleh menyebabkan kecederaan yang lebih buruk kepada bayi.

Foto Kredit: alamy.com

Segera Rujuk Doktor Untuk Kepastian

Segeralah bawa anak anda bertemu pakar sekiranya mendapati mereka mempunyai tanda awal hernia atau angin pasang. Ingat ya, bukan bayi lelaki saja yang boleh mengalami masalah ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×