Famili

Senarai 7 Barang Wajib Papa Bawa Bila Keluar Berdua Dengan Anak Kecil

210
SHARES

“Sementara tunggu mama Hasya balik ni, jom kita keluar jalan-jalan? Papa dah siapkan barang-barang untuk kita keluar ni. Tapi, ada lagi tak barang keperluan anak papa yang papa terlupa nak bawa ya?”

Pada kebiasaannya, insan bergelar ibu akan menyediakan barang keperluan anak kecil sebelum keluar berjalan-jalan, bukan? Sesekali, apabila si ibu ini mempunyai urusan tertentu dan tidak dapat keluar bersama-sama si bapa dan anak kecil, sudah pasti bapa yang perlu menyediakan barang keperluan anak kecil tersebut sebelum keluar serta memastikan bahawa barang-barang tersebut lengkap dan mencukupi.

Foto Kredit : babylist.com

Foto Kredit : babylist.com

USAH KELUAR SEHELAI SEPINGGANG

Mungkin anda sebagai bapa berfikir bahawa anda ingin keluar sebentar sahaja. Adalah tidak menjadi masalah dan tidak mengapa sekiranya anda tidak membawa barang-barang anak kecil ini.

Sentiasa beringat dan jangan ambil mudah. Adalah lebih baik sekiranya anda bersiap sedia dengan barang-barang keperluan anak kecil kerana anda tidak dapat menjangkakan perkara yang akan berlaku sewaktu anda keluar bersamanya kelak. Sekiranya anda tidak membawa barangan tersebut pada waktu ianya diperlukan, berkemungkinan besar anda akan berasa cemas, terpinga-pinga atau membuatkan keadaan yang tenang menjadi kelam kabut.

Jadi, usah keluar sehelai sepinggang ya!

barang keperluan anak

Foto Kredit : flipboard.com

Senarai 7 Barang Keperluan Anak Wajib Bawa

Berikut merupakan senarai 7 barang keperluan yang wajib dibawa sekiranya anda keluar berdua dengan anak kecil agar tiada barangan penting yang tertinggal kelak.

1. ‘Diaper’

‘Diaper’ atau lebih dikenali dengan nama ‘pampers’ sebagai panggilan untuk lampin adalah perkara paling utama perlu dibawa apabila keluar bersama anak kecil.

Tidak kira sama ada anda memilih lampin pakai buang (disposable diaper) atau lampin kain (cloth diaper), pastikan ianya sentiasa dibawa ke mana sahaja anda pergi. Apabila tiba masa untuk ditukar, anda tidak perlu lagi membeli ‘pampers’ baru atau memecut laju pulang kerana ingin menyalin ‘pampers’ anak kecil.

Melainkan sekiranya anak anda tidak lagi memakai ‘pampers’ (diaper free), maka ianya bukan lagi keperluan yang perlu dibawa bersama.

Foto Kredit : strollertraffic.com

Foto Kredit : strollertraffic.com

2. Napkin / Tuala

Napkin atau tuala diperlukan apabila anda ingin mengelap badan anak kecil selepas menukar lampin atau selepas mandi.

Sekiranya anak anda mempunyai saiz badan yang agak kecil, membawa napkin sudah memadai. Tetapi sekiranya saiz napkin tidak dapat memenuhi keperluan saiz badan anak anda, anda perlu membawa tuala untuk mereka.

Foto Kredit : es.aliexpress.com

Foto Kredit : es.aliexpress.com

3. Pakaian ‘Extra’

Usah diabaikan pakaian ‘extra’ ini ya. Ianya tetap perlu dibawa bagi memastikan keselesaan anak kecil sepanjang masa walaupun hati kecil anda merasakan bahawa ianya adalah tidak perlu.

Seandainya secara tiba-tiba atau secara tidak sengaja pakaian anak anda kotor, anda tidak perlu risau kerana anda telah bersiap sedia membawa pakaian lebih untuk dipakai oleh mereka. Atau mungkin anda perlu keluar sehingga waktu malam tanpa dirancang, anda juga perlu memandikan dan menyalin pakaian mereka kelak dengan pakaian ‘extra’ yang dibawa itu.

Foto Kredit: nova24tv.si

Foto Kredit: nova24tv.si

4. Sapu Tangan / Tisu

Mungkin pada ketika anda keluar bersama anak kecil, anak anda dalam keadaan sihat, tidak selsema dan bersih. Tetapi, siapa tahu, mungkin dalam perjalanan anak tiba-tiba diserang selsema atau menangis sehingga berhingus. Maka, sapu tangan atau tisu yang dibawa ini dapat membantu anda mengelap hidung mereka.

Selain itu, sapu tangan atau tisu ini juga merupakan penyelamat apabila anda ingin mengelap bahagian badan anak kecil yang comot semasa makan bersama anda kelak.

Bayangkan, sekiranya anda tidak membawa sapu tangan atau tisu, adakah anda rela untuk menjadikan baju anda atau baju anak kecil sebagai pengganti sapu tangan atau tisu itu?

Foto Kredit : id.aliexpress.com

Foto Kredit : id.aliexpress.com

5. Losyen / Krim Bayi

Jangan lupa untuk membawa bersama losyen atau krim bayi. Jika perlu, bawa juga minyak bayi atau barang mandian mereka. Ianya berguna apabila anda ingin memandikan anak kecil, selepas memandikan mereka atau selepas menyalin lampin mereka.

Foto Kredit : pinterest.com

Foto Kredit : pinterest.com

6. Minuman

Minuman anak kecil juga merupakan salah satu barang keperluan yang penting untuk dibawa bersama apabila keluar. Seelok-eloknya, sediakan satu botol minuman khas berisi air masak untuk anak kecil agar ianya boleh diminum di mana jua dan pada bila-bila masa apabila anak kecil berasa haus.

Sekiranya anak kecil masih meminum susu dalam diet hariannya, bawa bersama susu ibu (expressed breast milk – ebm) atau kelengkapan membuat susu formula untuk anak kelak.

Foto Kredit : jojomamanbebe.ie

Foto Kredit : jojomamanbebe.ie

7. MAKANAN

Buat mereka yang sangat mementingkan pemilihan makanan anak kecil atau anak kecil mempunyai masalah alergi apabila makan makanan di luar, maka makanan anak kecil juga perlu dibawa bersama.

Pastikan anda menyediakan makanan utama mereka dan juga kudap-kudapan yang berkhasiat lagi menyihatkan agar dapat mengisi perut mereka ketika mereka berasa lapar kelak.

Foto Kredit : mamaenzo.nl

Foto Kredit : mamaenzo.nl

ALAH BISA TEGAL BIASA

Dengan senarai barangan keperluan anak kecil yang perlu dibawa ini, diharap ianya bukan sahaja membantu para bapa, malah dapat membantu para penjaga anak kecil anda sewaktu anda tiada bersama.

Pada awalnya mungkin agak sukar untuk anda mengingati kesemua barangan keperluan ini. Tetapi lama kelamaan apabila ianya telah menjadi rutin, pasti anda akan terbiasa dan tidak akan tertinggal lagi barangan tersebut, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×