Taska / Tadika

9 Persediaan Penting Sebelum Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh

1K
SHARES

“Tahun depan dah nak mula taska, barang semua dah bolehlah ‘start’ beli. Tapi, selain barang-barang, apa lagi persediaan hantar anak ke taska ya?”

Resah, gelisah, takut, sedih, seram, semuanya ada apabila anda bakal menyerahkan anak di bawah jagaan orang lain buat pertama kalinya. Terbayang-bayang wajah anak yang menangis-nangis dan ketakutan, rasa tak sanggup meninggalkan anak, bukan?

Perasaan bimbang itu memang normal. Tapi, janganlah terlalu risau. Berbekalkan persediaan yang cukup, mudah-mudahan urusan anda untuk hantar anak ke taska akan berjalan dengan lancar.

Foto Kredit: shutterstock.com

Foto Kredit: shutterstock.com

9 Persediaan Penting Sebelum Hantar Anak Ke Taska

Untuk melancarkan hari pertama hantar anak ke taska, ibu bapa perlu tahu sedikit sebanyak tentang teknik yang betul untuk berpisah dengan si anak. Berikut adalah antara persediaan yang boleh dibuat sejak awal.

1. Biasakan Berjumpa Orang

Untuk membiasakan anak dengan persekitaran dan orang baru, cuba biasakan mereka untuk berjumpa orang baru atau bermain dengan anak-anak lain seusia mereka.

Bagi anak yang sudah mula memahami perbualan, anda boleh mula memberitahunya tentang taska. Mungkin anda boleh memberitahu bila mereka akan pergi, apakah yang akan dibuat di sana, pukul berapa anda akan datang menjemputnya, dan macam-macam lagi. Dedahkan mereka dengan cerita yang seronok hingga menjadikan mereka bersemangat. Yang penting, jangan lupa beritahu mereka bahawa anda tetap sayangkannya walaupun terpaksa berjauhan seketika.

Foto Kredit: cecrescer.com

Foto Kredit: cecrescer.com

2. Cuba Tinggalkan Secara Berkala

Jika sebelum ini anak anda tak pernah berpisah atau berenggang dengan anda, inilah masanya untuk anda mencuba.

Lakukannya secara berkala dengan meminta pertolongan suami, keluarga, atau sesiapa yang anda percayai. Mulakan dalam tempoh 10 minit, 30 minit, 1 jam, dan seterusnya.

Dengan latihan ini, anak anda akan belajar bahawa ibu akan sentiasa datang kembali walaupun mereka ditinggalkan.

Foto Kredit: bezzia.com

Foto Kredit: bezzia.com

3. Membaca Buku Cerita

Membaca buku cerita adalah salah satu cara untuk anda menyampaikan mesej kepada anak dengan berkesan.

Tema ‘separation anxiety’ boleh didapati secara meluas melalui buku bergambar kanak-kanak. Rata-rata, ia mengisahkan bagaimana si ibu akan meninggalkan si anak buat sementara waktu dan akan kembali semula. Apabila anak memahami tentangnya, anda boleh selalu mengingatkan kisah ini semasa hantar anak ke taska kelak.

Sebenarnya ada banyak buku yang boleh dicari di kedai buku. Berikut adalah contoh buku yang boleh dibaca bersama:

  • ‘Llama Llama Misses Mama’ oleh Ann Dewdney
  • ‘Mama Always Comes Home’ oleh Karma Wilson
  • ‘Owl Babies’ oleh Martin Waddell
  • ‘Oh My Baby, Little One’ oleh Kathi Appelt
  • ‘When I Miss You’ oleh Cornelia Maude Spelman
rp_cara-anak-cepat-membaca.jpeg

Foto Kredit: vicare.vn

4. Bermain Lakonan (‘Pretend Play’)

Selain membaca, anda juga boleh melakonkan babak pergi sekolah seperti bermain ‘cikgu-cikgu’ dengan anak. Dengan cara ini, mungkin anak akan lebih memahami situasi tersebut apabila tiba masanya.

Mudah saja, sediakan prop seperti meja dan kerusi untuknya duduk atau ruangan khas yang dianggap seperti sekolah. Kemudian, lakonlah watak masing-masing. Boleh juga ajak suami sekali!

hantara anak ke taska

Foto Kredit: plus.google.com

5. Bawa Anak Melihat Taska

Bawa anak melihat taska dan kenalkan kepada persekitarannya. Selalunya, setiap taska akan mengendalikan ‘open day’ di mana ibu bapa berpeluang melihat kesesuaian dan mengetahui lebih lanjut tentang taska tersebut secara mendalam.

Setelah ‘open day’ tersebut, anda juga boleh lalu-lalang atau membawa anak bersiar-siar dari jauh untuk memberi ‘feel’ kepadanya jika mereka nampak teruja. Tapi ingat, jangan terlalu memaksa atau ‘over-excited’ hingga menakutkan mereka pula.

Foto Kredit: babyclub.asda.com

Foto Kredit: babyclub.asda.com

6. Mulakan Rutin Tidur Yang Konsisten

Dalam tempoh 1-2 bulan sebelum hantar anak ke taska, anda sudah boleh mulakan rutin tidur dan bangun pagi secara konsisten.

Ini penting, kerana anak akan kurang meragam apabila mereka cukup tidur dan cukup makan. Bayangkan, apabila anak lewat bangun anda tidak akan sempat memberinya sarapan dan si anak menjadi keliru apabila keadaan menjadi kelam-kabut. Apabila hantar anak ke taska dalam keadaan ini, kemungkinan besar mereka akan terus mengamuk dan menangis.

cara tidurkan bayi

Foto Kredit: ebay.com

7. Bekalkan Barang Kesayangan Anak

Barang kesayangan anak seperti mainan yang biasa dipegang, selimut kesukaannya, dan mungkin bekas makanannya perlu dibekalkan kepada pihak taska.

Sekurang-kurangnya perlu ada salah satu agar dapat membantu anak lebih cepat berasa ‘familiar’ dengan persekitaran tersebut.

pengalaman menjadi ibu

Foto Kredit: mrs.dimwell.net

8. Ketahui Teknik Ucapan ‘Selamat Tinggal’

Cara ucapkan selamat tinggal yang paling berkesan ada 2 ciri iaitu ‘short & sweet’. 

Ini bermaksud, anda perlu memberi perhatian semasa mengucapkannya, tetapi jangan terlampau panjang hingga menjadikan anak berasa gelisah.

Cukuplah sekadar memberitahunya ‘Mama akan kembali’ dan ‘Mama sayang kamu’. Yang lain-lain bolehlah anda beritahunya sejak di dalam kereta lagi ya!

hantara anak ke taska

Foto Kredit: parents.com

9. Jangan ‘Berpatah Balik’

Salah satu kesilapan besar ibu bapa adalah dengan ‘berpatah balik’ kerana tak sampai hati melihat si kecil meraung. Anda perlu berpendirian tetap dan konsisten kerana anda telah memberitahu anak bahawa anda hanya akan datang mengambilnya pada waktu tertentu.

Apabila anda ‘berpatah balik’, ketahuilah bahawa anda menjadikan keadaan lebih rumit buat si anak. Mereka akan keliru dan menganggap bahawa setiap kali menangis atau menjerit, ibu bapa akan cepat datang.

Maka, kuatkan hati anda dan lambaikan tangan sambil tersenyum. Walaupun sedih, jangan sesekali menangis di hadapan si kecil. Ini akan menjadikan mereka lebih emosional dan sukar diurus pada hari yang mendatang.

hantar anak ke taska

Foto Kredit: zwierciadlo.pl

Berikan Masa

Setiap ibu bapa perlu membuat persediaan mental dan fizikal dalam proses hantar anak ke taska. Jangan letak ‘expectation’ yang terlalu tinggi dan jangan pula marahkannya sekiranya anak belum dapat menyesuaikan diri.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×