Asuh

Ibu Bapa, Basuh Dulu Baju Bayi Sebelum Pakai!

2.8K
reads

“Wah, seronoknya dapat banyak hadiah – kebanyakannya pakaian yang comel-comel. Nanti bolehlah pakai baju baru ke kenduri esok. Tapi, perlukah cuci baju bayi ini terlebih dahulu?”

Ramai orang cakap, kalau nak ‘rasmikan’ baju yang baru dibeli, perlu dibasuh terlebih dahulu. Tapi, kenapa ya? Adakah hal ini hanya untuk bayi, kanak-kanak, atau termasuk orang dewasa sekali?

tips-cuci-basuh-baju-bayi

Ada yang menganggap tindakan ini melecehkan dan tidak mendatangkan sebarang kesan bahaya. Namun kebanyakan pakar berpendapat bahawa kita tak seharusnya membiasakan tabiat membuang label harga lalu terus memakai pakaian baru. Ini kerana, kesihatan anda dan keluarga boleh menjadi taruhan.

Foto Kredit: nova24tv.si

Foto Kredit: nova24tv.si

3 Sebab Baju Baru Bayi Perlu Dibasuh Sebelum Pakai

Ada sesetengah sayangkan ‘bau’ baju baru ini dan sayang apabila ia hilang ketika dibasuh. Dah tak macam barulah! Tapi, cuba pertimbangkan dahulu penjelasannya di bawah ini.

1. Kulit Bayi Amat Sensitif

Seperti yang kita tahu, bayi mempunyai kulit yang sangat halus dan sensitif berbanding orang dewasa.

Malahan, ada sesetengah yang lebih sensitif berbanding bayi biasa dan cenderung terhadap pelbagai masalah kulit seperti alergi, ekzema, dan ruam. Sekali terkena, ianya mengambil masa yang agak lama untuk dirawat.

Walaubagaimanapun, sesetengah pakar pendapat bahawa berapa jenis pakaian luar, seperti jaket, tidak perlu dicuci terlebih dahulu sebelum digunakan kerana ia tidak bersentuhan secara langsung dengan kulit bayi.

cara mengurut bayi

2. Ia Dirawat Dengan Bahan Kimia

Pakaian yang dibeli di kedai sebenarnya telah mengalami proses yang sangat panjang sebelum sampai di tangan anda.

Bayangkan saja, mulai dari proses pemintalan benang, proses membuat kain, pewarnaan tekstil, pemotongan kain, penjahitan, proses kemasan hinggalah ke produk akhir. Semua proses tersebut meninggalkan pelbagai bahan kimia yang mampu menyebabkan masalah alahan pada sebahagian orang, terutama pada kulit anak-anak yang terlalu sensitif.

Kalau tak percaya, hidu saja pakaian tersebut. Ada ‘bau’ baju baru, bukan? Atau, lihat saja warna air rendaman ketika anda mencuci pakaian baru yang berwarna. Ada sebahagiannya akan luntur walaupun direndam selama beberapa ketika.

Sebenarnya terdapat banyak kandungan bahan kimia yang digunakan hasil campuran daripada pewarna tekstil, pemutih, bahan anti-kedutan, dan anti-kulat. Antara jenis bahan kimia yang biasa digunakan adalah formaldehyde. Formaldehyde digunakan secara luas di industri tekstil dan pakaian sebagai resin penyempurnaan. Menurut sumber melalui DailyMail dan HealthDetik, kandungannya yang berlebihan pada fabrik dapat mengakibatkan iritasi pada selaput lendir, peradangan pada sistem manusia, peradangan pada kulit dan risiko kanser.

Maka, sebab itulah digalakkan cuci baju bayi walaupun ianya baru dibeli!

Foto Kredit: npr.org

Foto Kredit: npr.org

3. Terdedah Kepada Kuman

Pernahkan anda terfikir berapa ramai manusia yang pernah menyentuh dan memegang pakaian yang diletakkan di bahagian ‘display’ di pasaraya? Ramai, bukan?

Sebuah penelitian oleh Profesor Donald Belsito, seorang ahli dermatologis di Columbia University Medical Centre, menemukan banyak bakteria dan kuman yang tertinggal pada sampel pelbagai pakaian baru di kedai-kedai. Walaupun baju bayi biasanya tidak dicuba terlebih dahulu, namun sentuhan-sentuhan daripada mereka yang memegangnya juga boleh menjadi agen pemindahan penyakit berjangkit.

Disebabkan ini, beliau menganjurkan agar kita bukan hanya cuci baju bayi, tetapi juga baju dewasa yang baru dibeli.

cuci baju bayi

Foto Kredit: syla.org.ua

Tips Cuci Baju Bayi

  • Saat membeli pakaian baru, cuba minta stok pakaian yang masih dalam lipatan dan belum dicuba. Contoh pakaian yang terletak pada ‘display’ atau digantung adalah pakaian yang paling banyak dicuba oleh orang bakal pembeli.
  • Perhatikan labelnya untuk cara mencuci yang paling sesuai.
  • Cuci pakaian baru dengan merendamnya sekurang-kurangnya satu jam dengan sabun pencuci anti kuman dan bakteria yang khusus dan mesra bayi.
  • Jika ingin guna pelembut fabrik, pastikan ianya juga bersifat hypoallergenic.
  • Bagi pakaian dewasa, sentalkan sedikit bahagian lipatan leher, ketiak, paha mahupun lipatan lain. Bahagian inilah yang banyak meninggalkan bakteria apabila dicuba oleh orang lain.
  • Hampir kesemua pakaian bayi tidak perlu diseterika. Tapi jika terpaksa, elakkan suhu terlalu tinggi kerana ia berisiko merosakkan kelembutan pakaian bayi.

Tak Salah Kalau Kita Berjaga-jaga, Bukan?

Walaupun baju baru kelihatan bersih, ada banyak bahan kimia yang tertinggal dan kotoran yang mungkin sahaja membahayakan kesihatan anak kecil.

Benar, ramai yang tidak cuci baju bayi yang baru dibeli dan mendapati tiada kesan sampingan berlaku. Tapi, tidak salah kalau kita lebih berjaga-jaga, bukan?

Yang Popular

To Top