40 Minggu

Senarai Barang Baby Ke Hospital. Checklist Ibu Bersalin Untuk Newborn Juga Penting!

1.8K
SHARES
Senarai Barang Baby

Senarai Barang Baby Ke Hospital

Untuk memudahkan semua bakal ibu, pihak kami mengambil inisiatif untuk membuat checklist barang baby ke hospital. Ini kerana selalu orang bertanya tentang senarai barang keperluan ibu dan bayi. Sebagai satu projek komuniti, daripada senarai ini, kami akan sediakan fail dalam bentuk PDF yang boleh di muat turun. Maaf, kami tiada fail berbentuk Microsoft Word atau Excel.

Jika anda ada senarai yang dibuat sendiri, kongsikan dengan kami. Tidak kira untuk anak baru lahir, anak pertama atau yang kedua, sesiapa sahaja boleh berkongsi informasi ini

Senarai barang bayi yang perlu dibeli

Jika ini bukan bayi pertama, tidak perlu membazir untuk beli barang-barang baru. Senarai barang baby ini hanya panduan semata-mata. Beli mana yang perlu sahaja.

Bila perlu mula shopping?

Terpulang pada masing-masing. Ada yang kumpul duit terlebih dahulu, sampai 7 bulan baru ada duit untuk beli kesemuanya. Ada pula yang beli sedikit-sedikit, dan simpan di rumah. Tidak nampak duit keluar banyak sekaligus.

Apa-apa pun, beli yang penting dahulu. Barang seperti stroller, boleh beli kemudian hari.

Sebelum itu, mohon para ibu sekelian memberikan sedikit pendapat berkenaan senarai atau ‘checklist‘ ini. Mungkin senarai barang baby ini tidak lengkap. Sila kongsi dan beritahu di ruangan komen jika ada yang tertinggal.

A) Keperluan di Hospital

IBU
1. Kad Rawatan Bulanan
2. Pakaian Di hospital
3. Nursing Bra
4. Nursing Pad
5. Maternity Panty
6. Sanitary Pad
7. Baju Panas
8. Stokin
9. Kain Batik
10. Sabun
11. Berus Gigi
12. Tuala Mandi
13. Sikat
14. Selipar
15. Peralatan Makan Minum
16. Pakaian Pulang

BAYI

1. Diapers
2. Tuala (Receiving Towel)
3. Tuala Mandi
4. Wet Tissue
5. Tisu
6. Baju Bayi
7. Selimut
8. Sarung Tangan
9. Stokin

 

Senarai Barang Baby

Foto Kredit: colleenandkeith.com

B) Keperluan di Rumah

MANDIAN

1. Tuala
2. Sabun Bayi
3. Syampu
4. Bedak
5. Lotion Bayi
6. Besen Mandi
7. Minyak Rambut
8. Krim Bayi (Nappy Rash)

TIDUR

1. Bantal Bayi
2. Kelambu
3. Tilam Bayi
4. Katil Bayi
5. Buaian
6. Selimut

PAKAIAN

1. Baju Lengan Panjang
2. Lampin/Diapers
3. Baju Lengan Pendek
4. Seluar Panjang
5. Seluar Pendek
6. Stokin Tangan
7. Stokin Kaki

LAIN-LAIN

1. Pin Keselamatan
2. Baby Wipes
3. Cotton Bud
4. Bakul Baju
5. Bakul Baju Kotor
6. Baby Detergent
7. Bakul Sampah

Nasihat kami

Kelengkapan barang baby mesti cukup. Kalau tidak boleh jadi kelam kabut. Setelah lebih kurang 34 minggu hamil, kemas dan sediakan beg yang sepatutnya. Asingkan 3 beg untuk:

1. Beg untuk ibu

2. Beg untuk baby

3. Beg untuk masuk labour room

Letak dalam kereta siap-siap. Takut kalau tiba-tiba rasa mahu bersalin, boleh terus capai dan pergi ke hospital.

Gunakan senarai barang baby ini sebaiknya. Kongsikan dengan kawan-kawan hamil yang lain. Boleh download checklist barang baby di sini.

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×