Asuh

5 Tips Memilih Susu Formula Yang Terbaik Untuk Anak Anda

2.1K
SHARES
tips memilih susu formula

“Aduh, banyaknya jenama. Pening kepala nak pilih. Kalau aku tanya ‘promoter’ ni, nanti mereka mesti kata produk mereka yang paling bagus. Kalau baca label pun, bukannya faham sangat. Hmmm.. Menyesal pula tak cari maklumat dan tips memilih susu formula yang sesuai. Nanti kena datang baliklah nampaknya.”

Atas banyak sebab tertentu, tidak semua wanita dapat memberi susu badan kepada anak. Ada juga yang mencari susu formula apabila anak hampir mencecah 2 tahun dan perlu bercerai susu. Maka, bermulalah pencarian kepada susu formula yang dijual di pasaran.

Bukan mudah nak memilih susu formula, terutamanya bagi bayi yang baru lahir. Ini kerana, bayi yang masih kecil mempunyai usus yang sangat sensitif. Malah, penerimaan setiap bayi pula adalah berbeza antara satu sama lain.

Oleh itu, ini 5 tips memilih susu formula yang perlu anda fahami sebelum membuat pembelian.

susu-formula-bayi-anak-kecil

5 Tips Memilih Susu Formula Yang Bagus Untuk Anak Anda

Sebelum pergi ke kedai, pastikan anda memahami 5 tips memilih susu formula ini supaya anda tahu apa yang perlu dicari untuk bayi anda.

1. Ketahui jenis susu formula

Umumnya, terdapat 4 jenis susu formula yang boleh didapati di pasaraya atau farmasi

a) Susu Lembu

Ini adalah yang paling banyak dan mudah dijumpai. Namun, ia boleh menimbulkan kesan alahan. Oleh itu, ada banyak dakwaan yang menasihatkan agar bayi yang ingin diberi susu lembu perlu menunggu hinga usianya masuk 1 tahun, seperti yang turut dinyatakan dalam BabyCenter. 

b) Susu Kambing

Kini, semakin banyak pengeluar yang mengkomersialkan produk susu kambing kerana ia dipercayai lebih sesuai dan paling hampir dengan susu ibu. Namun, harganya adalah lebih mahal.

c) Susu Soya

Susu formula yang berasal dari soya mengandung protein dari sumber tumbuhan. Susu jenis ini juga lebih toleran untuk bayi yang mengalami alahan terhadap sebarang bentuk protein haiwan.

d) Susu formula berkeperluan khas

Dalam sesetengah kes, contohnya bayi yang pramatang atau mempunyai alahan tertentu, mereka memerlukan formulasi khas seperti yang disarankan oleh doktor.

Maka, anda akan nampak sesetengah produk yang dilabelkan khusus dengan tanda ‘tanpa laktosa’, ‘tanpa gula tambahan’, ‘formula organik’, dan sebagainya.

tips memilih susu formula

Foto Kredit: mykitchenoflove

2. Pilih Mengikut Usia

Penggolongan susu formula tersebut berdasarkan usia adalah berdasarkan kondisi pencernaan bayi, di mana bayi mempunyai sistem  pencernaan yang belum sempurna.

Oleh itu, jangan mengabaikan label usia pada susu formula semata-mata untuk mencari yang murah, terutamanya jika bayi anda berusia bawah 6 bulan.

Menurut sumber, kelonggaran ini boleh dipertimbangkan jika anda mencari susu formula untuk anak yang telah berusia lebih daripada 2 tahun.

3. Memahami Label

Label yang terdapat pada kotak atau tin susu mengandungi kandungan nutirisi yang terdapat dalam sesebuah produk.

Berikut antara istilah yang biasa terdapat pada label:

a) Prebiotik / probiotik

Probiotik adalah bakteria baik yang membantu pencernaan dalam usus. Manakala, prebiotik pula menyediakan keadaan yang sihat untuk pertumbuhan bakteria tersebut. Kajian menunjukkan bahawa ia mampu merawat atau mencegah cirit-birit dan eczema pada anak kecil.

b) DHA

DHA adalah sejenis asid lemak yang dibekalkan secara semulajadi daripada ibu kepada bayi sejak dalam kandungan lagi. Selepas bayi lahir, ia dapat dibekalkan melalui susu ibu.

DHA dipercayai dapat meningkatkan keupayaan minda bayi dalam perkara yang berkaitan keupayaan daya menyelesaikan masalah, meningkatkan keupayaan daya ingatan otak bayi, meningkatkan keupayaan bayi untuk membuat keputusan.

Oleh sebab itu, kebanyakan susu formula akan menawarkan DHA sebagai salah satu bahan paling penting dalam produk mereka.

c) AA (arachidonic acid)

AA juga dikenal dengan nama ARA atau AHA yang memainkan peranan penting membentuk jaringan otak bayi. Ia juga didakwa membantu kecerdasan bayi selain membantu perkembangan saraf mata bayi.

Walau apa pun kandungan yang ditawarkan dalam susu formula, pastikan ianya mempunyai logo penyaringan dan kesihatan daripada badan yang bertanggungjawab untuk mengesahkan serta menyelia bahan-bahan tersebut.

tips memilih susu formula

Foto Kredit: perthnow.com

4. Dapatkan Sampel

Memang jarang kita dapat menentukan susu formula yang terbaik untuk bayi dalam 1-2 kali percubaan sahaja.

Ini kerana, ada yang tidak disukai rasanya oleh bayi dan ada pula yang menyebabkan masalah lain seperti cirit-birit atau sembelit.

Kebiasaannya, ada produk yang menawarkan sampel untuk anda mencubanya. Dengan mencuba sampel, anda dapat membuat pilihan tanpa membazirkan wang.

tips memilih susu formula

Foto Kredit: prweek.com

5. Mahal Tak Semestinya Bagus

Sesetengah susu formula adalah lebih mahal berbanding yang lain kerana jenamanya terkenal atau kerana ianya dirumus khas untuk perkembangan bayi yang tertentu.

Namun, ia tidak bermakna bahawa semua susu formula yang murah itu tidak bagus. Perhatikan labelnya dan berbincanglah doktor anda jika ada sebarang perkara yang anda ingin tanyakan tentang kesesuaiannya dengan bayi anda.

Di samping itu, pastikan anda memilih susu formula yang sesuai dengan kewangan anda.

tips memilih susu formula

Foto Kredit: tesco-baby.com

Kenali Tanda-Tanda Alahan & Kesan Jangka Masa Panjang

Kita tak seharusnya memilih susu formula berdasarkan jenama yang terkenal atau mahal semata-mata. Seperkara lagi, jangan terikut-ikut dengan susu formula yang dipakai oleh ahli keluarga atau rakan-rakan anda.

Ini kerana, setiap bayi mempunyai penerimaan yang berbeza antara satu sama lain. Jika anda buntu untuk memulakan misi pencarian susu formula, bertanyalah kepada doktor anda.

Perhatikan gejala alahan atau sebarang tanda ketidakselesaan seperti muntah, kembung, kulit kemerahan, atau sesak nafas sebaik sahaja mencuba sesuatu produk susu formula. Untuk jangka masa panjang, pantau juga kenaikan berat badan bayi supaya tidak terlalu sedikit atau terlalu mendadak.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×