0-6 Bulan

Selain Lapar, Ini 10 Sebab Bayi Anda Asyik Menangis

2.1K
SHARES

Bayi kecil tidak pandai berkata-kata. Mereka hanya mampu mengeksperi perasaan mereka yang pelbagai melalui satu cara sahaja iaitu tangisan. Ibu bapa seringkali runsing apabila bayi mereka menangis terutamanya yang baru pertama kali menimang cahayamata.

Namun, yang sudah berpengalaman juga tidak terkecuali kerana setiap bayi adalah berbeza keadaannya. Siapa yang tidak runsing jika bayi mereka menangis tanpa henti.

Bayi Menangis Sebagai Tanda Komunikasi

Benar, bayi memang akan menangis sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi. Namun, hanya ibu bapa yang tahu betapa tertekannya mendengar tangisan anak yang tak henti-henti.

Ada kalanya situasi boleh menjadi tegang hingga menyebabkan ibu bapa menjadi marah dan hilang kawalan.

Ibu yang berpengalaman biasanya akan mengerti gaya tangisan bayi yang lapar. Ia boleh dikenalpasti dengan gaya menghisap atau meregangkan badannya.

Punca menangis yang tidak dapat dikenalpasti akan membuatkan situasi menjadi lebih sukar. Mari kita lihat antara perkara yang biasanya menjadi sebab bayi menangis selain lapar.

Selain Lapar, Ini 10 Sebab Bayi Menangis Dengan Kerap

Berikut adalah 10 sebab bayi menangis yang perlu difahami oleh ibu bapa.

1. Perut kembung

Kembung berlaku disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah pemakanan ibu yang menyusukan bayi. Makanan dan minuman seperti ais, minuman bergas, buah tembikai, buah mangga, dan beberapa jenis sayur tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu yang menyusu kerana boleh menyebabkan perut bayi kembung.

Kerapkan menyapu tubuh bayi dengan minyak bayi supaya bayi berasa selesa di bahagian seperti perut, tapak kaki, betis, belakang badan, ubun-ubun serta dada. Pemakaian stokin dan barut juga mungkin dapat membantu.

mengurut bayi

Foto Kredit: www.wljn.com

2. Lampin Basah

Bayi yang tidak selesa kerana lampin penuh juga akan menangis sebagai cara untuk memaklumkan kepada si ibu supaya menukar lampinnya.

Tukar lampin bayi segera sekiranya telah penuh. Periksa juga ruam lampin jika ada.

Bayi berkemungkinan juga kegatalan di punggung kerana ruam lampin. Seeloknya lampin bayi kerap ditukar untuk mengelakkan ruam lampin dan sapukan krim ruam lampin atau ubat yang berkaitan setiap kali menukar lampin.

ruam-lampin-bayi-petua-hilangkan-rawatan-ubat-krim-08

3. Mengantuk & Letih

Seperti juga orang dewasa, bayi akan menjadi tidak keruan sekiranya mengantuk. Sesetengah bayi tidak mudah untuk tidur walaupun selepas menyusu kerana perlu didodoi terlebih dahulu.

Sesetengah ibu menganggap bayi yang letih perlu ditidurkan. Tidak semestinya. Kadangkala mereka cuma mahukan keadaan yang tenang.

Jika dalam perjalanan jauh, kerapkan berhenti di hentian rehat atau di kawasan yang sesuai. Semasa di dalam kereta juga, dukung bayi sekali sekala untuk melihat sekeliling dari dalam kereta kerana kemungkinan bayi penat berbaring atau duduk.

Anak suka berkepit

Foto Kredit: chicagotribune.com

4. Suhu Terlalu Panas Atau Sejuk

Keadaan suhu adalah satu lagi sebab bayi menangis. Oleh kerana tidak pandai mengadu, bayi akan menangis jika merasa terlalu sejuk atau panas.

Perhatikan cuaca dan suhu di tempat anda berada. Sekiranya keadaan agak sejuk, pakaikan pakaian yang sedikit tebal kepada bayi berserta topi, sarung tanga dan sarung kaki.

Pakaikan pakaian nipis atau yang tidak panas seperti singlet dan baju berlubang-lubang pada ketika keadaan suhu yang panas. Jika berada di rumah, pasang kipas atau penghawa dingin pada suhu yang sederhana agar bayi selesa.

pakai sarung tangan bayi

Foto kredit: mamashealth.com

5. Sembelit

Bayi mudah terkena sembelit walaupun ada yang menyusu badan.

Ini kerana sistem pencernaan mereka sangat sensitif dan kadangkala tidak dapat bertindak balas dengan baik terhadap makanan tertentu.

Cuba tuamkan perut, urut dengan minyak aromaterapi, atau mengusap perlahan untuk membantu melegakannya.

Foto Kredit: https://www.psychologytoday.com

Foto Kredit: https://www.psychologytoday.com

6. Nak Tumbuh Gigi

Fasa tumbuh gigi atau ‘teething’ adalah fasa yang agak menyakitkan apabila gigi pertama menembusi gusinya.

Kadangkala berasa tidak selesa dan ‘gatal-gatal’ ini adalah sebab bayi menangis.

Jadi, cuba berikan mereka menghisap sesuatu yang sejuk seperti buah-buahan atau ‘teether’.

7. Reaksi Terhadap ‘Environment’ Baru

Antara sebab bayi menangis adalah apabila mereka tidak selesa atau ‘takut’ dengan keadaan baru.

Mungkin beberapa minggu pertama mereka akan menangis dan perlu mengambil masa untuk berasa sesuai dengan pengasuh baru.

Meskipun ada bayi yang teruja, tapi ada pula yang rasa rimas apabila dikelilingi ramai orang.

Anak suka berkepit

Foto Kredit: chicagotribune.com

8. Bosan

Mereka ingin bermain dan bosan apabila ditinggalkan bersendirian.

Cuba bawa mereka bermain sebentar dan ajarkan mereka menggunakan permainan supaya bayi berupaya bermain sendiri kelak.

biarkan anak bermain sendiri

Foto Kredit: nspcc.org.uk

9. Perlu Disendawakan

Bayi yang menyusu botol terutamanya mudah tertelan angin dan berasa tidak selesa apabila selesai menyusu.

Oleh itu, biasakan menyendawakan si kecil dengan kerap sebelum atau selepas makan.

bayi kembung perut

Foto Kredit: eleanagkioka.gr

10. Anda Tertekan

Kadangkala kita tak perasan nada kita bercakap dengan bayi semasa mereka menangis.

Bayi sebenarnya sangat sensitif dan dapat mengenalpasti kemarahan anda walaupun tidak memahami perkataan yang diucapkan.

Oleh itu, banyakkan bertenang dan cuba bergilir-gilir dengan suami atau penjaga untuk memastikan emosi anda dalam keadaan yang terkawal apabila cuba menenangkan bayi.

Foto Kredit: verywell.com

Foto Kredit: verywell.com

Setiap Bayi Adalah Berbeza

Ibu bapa perlu mempelajari cara mengenalpasti sebab bayi yang menangis dan menyelesaikannya. Pengalaman menghadapi tangisan bayi akan mengajar ibu untuk lebih sabar dan berdikari.

Lama kelamaan perasaan panik akan dapat diatasi. Perlu diingat bahawa bayi masih kecil dan tidak pandai mengadu.

Oleh itu, kita sebagai orang dewasa perlu sentiasa bertenang dan cuba belajar untuk memahami keperluan mereka.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×