Dapur

Resipi SAYUR JERUK Tahan Berbulan, Campur Dalam Asam Pedas Lain Macam Enaknya!

8
SHARES
sayur jeruk

Pernahkah anda melihat hidangan asam pedas mempunyai sayur sawi di dalamnya? Kalau nak tahu itu merupakan sayur jeruk yang menggunakan sawi pahit atau dikenali sebagai Chinese mustard.

Sayur jeruk ini sangat popular dalam masakan masyarakat Cina. Selain itu, orang Melayu juga gemar mencampurkan sayur jeruk ini di dalam masakan asam pedas bagi menambahkan lagi kesedapan lauk tersebut.

Baca juga: Resepi AISKRIM CUP Mudah & Menarik, Boleh Suri Rumah Buat ‘Side Income’!

SAYUR JERUK TAHAN BERBULAN

sayur jeruk

Gambar: sayur jeruk hasilnya selepas 4 hari. – Norita Binti Shahbudin

Jadi, kalau anda nak cuba, berikut merupakan cara membuat sayur jeruk resipi dari Norita Binti Shahbudin.

Siapa penggemar sayur jeruk ini? Tolong bagi tahu masak apa selalunya sayur ini? Saya belum masak sebab sayur ini baru jadi (buat sendiri).

Biasanya saya masak lemak cili api ikan tenggiri, tongkol, mabong, cencaru atau bawal hitam + sayur ini.

Sekarang dah tak ragu-ragu nak makan sebab buat sendiri, kawan saya Jue Zuraidah turunkan ilmunya.
Terima kasih Jue, mengajar saya buat sayur jeruk itu.

Baca juga: 6 Tips Beli Buah Nanas Yang Elok & Manis, Kena Pandai Pilih Baru Tak Menyesal!

Baca juga: Semua Kena Tahu 5 Fungsi BUAH KERAS Dalam Masakan, Patutlah Sedap Lain Macam!

Cara-cara membuat sayur jeruk:

  • 2 pokok sawi pahit (Chinese mustard)
  • 5 sudu garam kasar (guna sudu orang Cina selalu makan sup)
  • 5 sudu gula (guna sudu orang Cina selalu makan sup)
  • Setengah cawan air nasi
  • Air suam
  • Balang plastik

*Pilih 2 pokok sayur sawi pahit (Chinese mustard) ini yang agak-agak tak besar sangat, sebab saya buat portion kecil sahaja.

*Kalau ada nasi yang terikut masa kita cedok air nasi tu, lenyek-lenyek pakai tapis teh jaring halus dan masukkan sekali. Kalau nak agak masam sikit lebihkan air nasi 3/4 cawan. Air nasi ini masa masak nasi air yang mendidih itu.

*Saya masak nasi guna rice cooker, saya lebihkan air secawan dari biasa untuk dapatkan 3/4 cawan air nasi itu. Masa tengah menggelegak, cedok keluar air nasi.

Baca juga: Resepi KEROPOK IKAN BILIS Guna Nasi, Menu ‘Ngeteh’ Enak Bersama Keluarga!

sayur jeruk

Gambar: Agak-agak besar macam ini saiz pokoknya (kanan), ini balang kuih yang saya guna dan yang sehari dijeruk (kanan). – Norita Binti Shahbudin

  1. Sayur dicuci bersih. Cara saya masukkan sesudu garam dalam air dan rendamkan sayur dalam 5-10 minit dan kemudian cuci celah-celah sayur kot ada kotoran.
  2. Sayur dicelur (nampak hijau berkilat) sekejap sahaja dalam air panas menggelegak dan angkat tepi.
  3. Garam campur gula tadi kacau dalam air nasi.
  4. Masukkan campuran air nasi, kemudian air suam agak-agak setengah balang plastik yang simpan kuih raya itu.
  5. Masukkan sayur dalam balang, pastikan cukup-cukup terendam dalam air dan tutup kemas letak dekat luar peti ais dalm 3/4 hari baru buka untuk tengok hasilnya.

Boleh tahan 2 ke 3 bulan kalau simpan dalam peti sejuk. Simpan dalam balang dan pastikan air jeruk itu ditinggalkan sedikit sahaja sebab takut nanti makin masin.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Baca juga: Rahsia 13 Kelebihan TEPUNG JAGUNG Selain Masakan, Macam-Macam Boleh Buat!

Sumber: Norita Binti Shahbudin

FT Image: Norita Binti Shahbudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×