Famili

Ini 10 Tanaman Bunga Renek Tahan Panas & Cuaca Kering, Tak Cepat Mati Memang ‘Kebal’!

2
SHARES
pokok bunga renek

Bila tibanya cuaca panas melampau di Malaysia, ia boleh mengakibatkan tanaman mudah mati. Paling yang dikhuatiri adalah jumlah air siraman yang tidak mencukupi kerana tanaman cepat terhidrat. Namun, tidak dengan 10 jenis pokok bunga renek yang disenaraikan ini.

Hal ini kerana, cuaca lebih panas dan kering, lebih banyak ia menghasilkan bunga. Berikut adalah 10 jenis tanaman pokok bunga renek yang tahan panas dan cuaca kering.

Baca juga: 6 Jenis Sayur Yang Mudah Ditanam Di Kawasan Rumah, Nak Pakai Boleh Petik Saja!

POKOK BUNGA RENEK SESUAI CUACA PANAS & KERING MALAYSIA

1. Bunga cape (Plumbago capensis)

pokok bunga renek

Bentuk bunga pada tanaman renek ini seperti hydrangea. Lakukan deadheading (potong bahagian yang selesai berbunga) bagi memastikan tanaman ini sentiasa menghasilkan bunga setiap hari.

Selain itu, untuk mengelakkan bunga cape menjadi terlalu rimbun dan semak, lakukan pemangkasan dengan kerap untuk mengawal pertumbuhannya.

2. Bunga kertas (Bougainvillea spp.)

pokok bunga renek

Tanaman bunga kertas antara tumbuhan renek berbunga yang paling mudah dijaga dan tahan panas. Namun, tidak semua tahu trik menghasilkan bunganya yang lebat.

Antara cara melebatkan bungaan tumbuhan ini adalah melakukan pemangkasan kerana percambahan akan lebih lebat, cepat dan kekal segar.

3. Bunga satay (Angelonia biflora)

cuaca panas malaysia

Bunga satay antara tanaman yang sesuai untuk membangkitkan laman rumah anda seperti ‘setting’ di luar negara.

Kerap lakukan cantasan setiap kali selesai berbunga untuk menggalakkan pertumbuhan bunga yang baru.

4. Marigold (Tagetes patula)

cuaca panas malaysia

Penganut agama Hindu sering kali menggunakan bunga ini pada acara keagamaan mereka. Biarpun baunya kurang menarik, warna orennya melambangkan kemewahan.

Kalau nak tahu tumbuhan merigold mempunyai kandungan yang digeruni serangga seperti nyamuk dan serangga prosak. Maka tidak hairan, ia menjadi pilihan tanaman untuk kawalan serangga biologi di kebun yang mengamalkan cara tanaman organik.

5. Alamanda (Allamanda spp.)

cuaca panas malaysia

Berbentuk seakan trompet, alamanda mempunyai bunga berwarna kuning. Getahnya mempunyai khasiat terhadap kesihatan namun pada dos yang terentu.

Dahulunya, ia kerap dipilih sebagai tanaman pagaran kerana warnanya yang terang. Mudah dibiakkan melalui keratan batang dan sesuai untuk semua jenis tanah.

Baca juga: Bertahun Tak Beli Luar, Wanita Ini Dedah Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar!

Baca juga: Puan Ini Kongsi Tips Jaga BUNGA PETUNIA, Cantik Betul Halaman Rumahnya!

6. Ros jepun (Portulaca spp.)

cuaca panas di malaysia

Tumbuhan jenis menjalar ini mempunyai batang yang menyimpan air dan terdapat pelbagai rona bunga yang ceria.

Selain itu, ros jepun mudah dibiakkan melalui keratan batang. Kalau nak tahu cara mudah menjaganya, tekan di sini.

7. Bunga tahi ayam (Lantana camara)

cuaca panas di malaysia

Jangan risau, baunya tidak seperti namanya. Tanaman ini berasal dari belukar dan amat digemari oleh serangga penghisap madu seperti rama-rama.

Walaupun dalam satu gugusan yang kecil, ia mempunyai 2-3 warna yang berbeza. Perlu kerap lakukan cantasan untuk mengawal tumbesaran tanaman, di samping menggalakkan penghasilan bunga yang optimum.

8. Bunga pentas (Pentas lanceolata)

cuaca panas di malaysia

Tanaman renek ini mempunyai bunga berbentuk bintang yang tumbuh dalam bentuk gugusan yang besar. Warna merah adalah antara rona yang kerap menjadi pilihan.

Bagi memastikan ia sentiasa berbunga dan merimbun, lakukan cantasan di bahagian hujung daun. Jika dibiarkan, ia akan naik tinggi lebih satu meter dan sukar berbunga.

9. Balong ayam (Celosia argentea)

cuaca panas melampau di malaysia

Balong ayam mempunyai warna-warna yang lebih terang seperti merah, kuning dan oren. Malah, ia juga mempunyai ahli keluarga yang lain seperti pokok kucing.

Cara pembiakkanya juga melalui biji benih yang diambil dari bunga yang telah kering

10. Bunga butang (Gomphrena globosa)

cuaca panas melampau di malaysia

Dari keluarga yang sama dengan balong ayam, namanya sebegitu rupa disebabkan oleh bentuknya yang bulat seperti butang. Antara warna yang menjadi pilihan ramai adalah ungu, pink dan putih.

Bunga butang mudah dibiakkan mulai biji benihnya yang terdapat di dalam kuntuman bunga.

Baca juga: Wanita Kongsi Tips Pokok Pudinanya Hidup Segar & Lama, Dah Masuk 3 Tahun!

Sumber: Impiana

FT Image: Impiana / ededchechine

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×