Sihat

Gara-Gara Percaya Ubat Beli Di Tiktok, Pesakit Buah Pinggang Ini Jadi Makin Teruk, Sampai Tak Jumpa Doktor!

penyakit buah pinggang

Gara-gara lebih mendengarkan kata-kata individu berpengaruh (influencer) di laman TikTok, penyakit buah pinggang yang dihadapi seorang pesakit menjadi semakin teruk. Hal ini berlaku, selepas pesakit tersebut telah berhenti makan ubat dan pergi temu janji doktor di hospital selama 8 bulan.

Kisah ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang doktor dikenali sebagai nama Sharif Ahmad di Facebook. Beliau meluahkan rasa kecewa dan sedih atas apa yang telah berlaku kepada pesakitnya yang menghidapi sindrom nefrotik.

Baca juga: Badan Kudis Dijangkiti Sporo Kucing Kurap, Dr. Pesan Boleh Cepat Merebak Jika Salah Suntik Ubat!

PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK LEBIH DENGAR ‘INFLUENCER’ TIKTOK

penyakit buah pinggang

Gambar: Sharif Ahmad

Menurutnya, influencer tersebut telah memberitahu pesakitnya untuk mengambil pil moringga sebagai ubat. Akhirnya, kesihatan pesakitnya itu jadi semakin teruk.

Mari ikuti kisah di bawah yang boleh dijadikan sebagai iktibar semua.

Baca juga: Anak Ain Edruce Dibedah Akibat Angin Pasang, Ramai Terkejut Perempuan Boleh Kena Penyakit Ini Juga!

Geram sedih dan kecewa hari ini. Pesakit umur 40an nephrotic syndrome tinggal ubat dan temu janji selama 8 bulan.

Dari creatinine 100 dah jadi seribu, urea 37 dan fluid overload. Selamat buat dialisis dah kerosakan buah pinggang yang teruk.

Semua sebab dengar dekat tiktok ‘influencer’ suruh makan pil moringga! Tinggal semua ubat-ubatan dan temu janji.

Kenapalah pergi janjikan bulan dan bintang untuk pesakit kronik macam ini. Dah rosak macam ini pil tu dah tak boleh tolong.

Baca juga: Doktor Dedah SEBAB Hubungan Melalui Dubur Lebih Berisiko Dapat AIDS, Bertaubatlah!

Sedih sedih…cukup cukup lah kena tipu. Dan yang ‘influnza’ (influencer) ini janganlah asyik menipu orang sakit. Tak kesian ke muda muda dah kena cuci darah.

Saya hanya mampu pesan pada pesakit, yang sudah itu sudah lah. Hari ini dan esok kita sungguh-sungguh jaga kesihatan dan pesan kawan-kawan berhenti sebelum kena.

Nota:

Menurut portal Hello Doktor, sindrom nefrotik adalah gangguan buah pinggang apabila buah pinggang mengeluarkan terlalu banyak protein dengan air kencing daripada badan.

Setiap buah pinggang mengandungi 1 juta penapis untuk membersihkan darah itu adalah toksik. Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan bahan-bahan penting yang dipanggil protein dalam darah.

Tubuh memerlukan protein untuk membesar dan memperbaiki diri. Dengan sindrom ini, penghapusan buah pinggang dengan kedua-dua protein dan sisa-sisa lain dari badan semasa kencing.

Baca juga: Hentikan Seks Tukar Pasangan (Swinger), Bukan Sahaja Terkutuk Tapi Boleh Dapat 5 Jenis Kanser!

Sumber: Sharif Ahmad

FT Image: healthxchange.sg

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×