Berhati-hatilah sekiranya anda mempunyai jenis kudis seperti di gambar, yang dikenali sebagai jangkitan Sporo atau Sporotrichosis. Menurut seorang doktor yang dikenali sebagai Ahmad Najmee di Facebook, Sporo dikatakan sejenis fungal yang berbahaya.
Di mana, manusia boleh terjangkit dari kucing kurap atau duri pokok. Malah, suntikan untuk merawatnya juga tidak boleh sembarangan. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang jangkitan Sporo dan jenis suntikannya , ikuti penerangan yang dikongsikan oleh Dr. Ahmad Najmee di bawah.
Baca juga: Petua Hilang Letih Badan Paling BERKESAN, Masa Mandi Jirus Air Rebusan Ini!
JENIS KUDIS DARI KUCING KURAP & DURI POKOK

Gambar: Ahmad Najmee
Kalau korang ada bela kucing atau biasa berkebun dan ada kudis macam di gambar ini, ia bukan kudis biasa ya, bukan eczema, bukan jangkitan kuman dan bukan disebabkan alergi.
Ini adalah jangkitan Sporo, nama panjangnya Sporotrichosis. Sejenis fungal yang berbahaya. Kebiasaannya, terjangkit dari kucing kurap atau duri pokok.
Hati-hati jangan minta suntikan sembarangan dari klinik. Silap suntik terutama jika ada steroid, jangkitan sporo akan merebak lagi cepat. Lebih-lebih lagi jika anda ada diabetes.
Baca juga: Anak Ain Edruce Dibedah Akibat Angin Pasang, Ramai Terkejut Perempuan Boleh Kena Penyakit Ini Juga!

Gambar: Ahmad Najmee
Klu paling senang untuk mengecam, biasanya kudis ini tumbuh menjalar secara selari kerana fungal ini selalunya merebak melalui lymphatic system – jaringan kalenjar limfa.
Antibiotik takkan berkesan sebab ia bukan bakteria. Ubat paling mujarab ialah antifungal Itraconazole atau Sporanox yang perlu diambil selama 3-6 bulan berturut-turut.
Wallahualam.
Baca juga: Jangan Terkejut Bila Darah Haid Warna Hitam, Sebenarnya Normal TAPI Ada Punca Yang Bahaya!
Nota tambahan:
- Ubat Itraconazole tidak boleh dibeli sembarangan, perlu preskripsi doktor dan ujian darah sebelum atau semasa rawatan.
- Berisiko menyebabkan kerosakan hati (heatotoxic) jika diambil dengan dos yang salah atau tanpa pemantauan.
- Tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu badan.
- Pastikan berbincang dengan doktor untuk pastikan diagnosis yang tepat dan dos ubat sesuai dengan anda.
Yang benar, Doktor Klinik El-mina K.Trg. Klinik sebelah kedai kucing. Gambar dari Google.

Gambar: Ahmad Najmee
Baca juga: Bangun Tidur Asyik Menguap? Ini 9 Tips Hilang Ngantuk Di Pagi Hari & Kopi Bukan Jawapannya!
Sumber: Ahmad Najmee
FT Image: Ahmad Najmee