Asuh

7 Punca Anak Terlebih Manja, Susah Nak ‘Survive’ Di Dunia Sebenar

438
SHARES
kelebihan anak bongsu

“Susah juga nak mendidik anak zaman sekarang rupanya. Banyak betul bezanya berbanding zaman aku dulu. Macam-macam tips mengajar anak aku dah buat, tapi mereka ni manja semacam.”

Barangkali ada di kalangan kita cepat mengaitkan kemewahan harta benda sebagai punca anak manja. Namun, ia bukanlah satu-satunya penyebab anak-anak jadi terlebih manja. Sebenarnya, didikan ibu bapalah yang membentuk peribadi mereka.

Foto Kredit: name-list.net

Foto Kredit: name-list.net

7 Punca Anak Terlebih Manja, Susah Nak ‘Survive’ Di Dunia Sebenar

Dalam keghairahan mencukupkan keperluan, mungkin kita terlupa beberapa perkara dan tips mengajar anak hingga mereka menjadi terlalu bergantung kepada kita dan sukar mengurus diri sendiri.

1. Kita Takut Biar Anak ‘Comot’

Sebagai ibu bapa, tentulah tanggungjawab kita menjaga anak dan memastikan mereka dalam keadaan baik dan bersih. Namun, ia tidak bermaksud kita perlu mengelakkan mereka daripada SEMUA risiko yang berada di sekeliling.

Sebuah kajian oleh ahli-ahli psikologi mendapati sekiranya seorang anak tidak pernah dibiarkan jatuh semasa bermain di luar, mengalami luka, dan sebagainya, mereka akan mudah mendapat fobia apabila dewasa.

Selain itu, dari segi emosi juga, adalah normal jika mereka berselisih pendapat, berasa tak puas hati, atau sedih apabila dipinggirkan oleh sesebuah hal. Namun, kita perlu memberi mereka peluang untuk melalui pengalaman tersebut. Daripada cuba menolong mereka, cubalah berikan galakan untuk mereka menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi selagi termampu. Apabila dewasa, semua kepayahan ini dapat menjadikan mereka seorang yang berani, matang, dan yakin terhadap diri sendiri.

Foto Kredit: librileo.de

Foto Kredit: librileo.de

2. Kita Tak Libatkan Mereka Dengan Kerja Rumah

Dunia moden hari ini memiliki pelbagai kelebihan dari segi teknologi yang membantu memudahkan kerja rumah. Kalau nak cuci baju, dah ada mesin basuh dan kedai dobi. Nak cari makanan, dah ada begitu banyak makanan segera dan pelbagai jenis restoran / warung.

Jangan lupa, kemahiran asas seperti memasak, mencuci baju, dan menjahit seluar yang berlubang adalah amat penting untuk diri mereka. Mungkin ada yang menganggap ilmu ini semua tidak sepenting ilmu perubatan, namun sebenarnya ia amat membantu seseorang menjadi lebih kompeten dan bersedia menghadapi ‘dunia sebenar’. Malah, proses serta tips mengajar anak dengan semua kerja rumah ini dapat menimbulkan kesedaran, tanggungjawab serta mengukuhkan hubungan antara ahli keluarga.

Foto Kredit: nj.com

Foto Kredit: nj.com

3. Kita Mahu Gembirakan Anak Setiap Masa

Kita mungkin terlupa bahawa kita tak perlu buat anak-anak atau sesiapa pun ‘suka’ pada kita setiap masa. Ini kerana, kita perlu berpegang teguh kepada prinsip dan pendirian kita apabila ia melibatkan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang mereka lakukan.

Jadi, kita tak perlu rasa bersalah untuk mengatakan ‘tak boleh’ atau ‘bukan sekarang’ sekiranya mereka mahukan sesuatu yang tidak patut atau tidak dapat diberikan.

Benar, mungkin mereka akan terasa hati, merajuk, tarik muka masam, memerap di bilik, dan sebagainya. Namun, emosi yang mereka lalui inilah yang akan menjadikan mereka bersikap lebih memahami dan menghargai pada masa akan datang.

Foto Kredit: undepress.net

Foto Kredit: undepress.net

4. Kita Gantikan Masa Dengan Hadiah

Apabila kita sibuk dan selalu balik lewat, kita sogok mereka dengan mainan. Bila anak menangis, kita tak tahu nak pujuk dan beli mainan lagi. Sedangkan, mereka mungkin hanya inginkan perhatian kita.

Pada awalnya memang anak akan terasa istimewa, tapi lama-kelamaan mereka akan tahu bahawa hubungan yang berasaskan kebendaan sama sekali tidak dapat menggantikan kasih sayang dan masa bersama.

Foto Kredit: verywell.com

Foto Kredit: verywell.com

5. Kita Lepaskan Tanggungjawab Kepada Guru / Pengasuh

Walau berapa banyak yuran yang kita bayar pada sekolah, pusat jagaan, atau taska, ibu bapa tetap adalah tenaga pengajar nombor satu anak-anak. Jangan cepat menuding jari kepada guru jika anak-anak bermasalah dan tidak menjadi seperti apa yang kita harapkan.

Tanyalah apa yang mereka belajar hari ini, apa yang dilakukan di sekolah, siapa kawan yang makan dengan mereka hari ini. Nampak remeh, namun amat besar maknanya kepada anak-anak.

7 Sifat Guru Tadika Terbaik Yang Ibu-Bapa Mahu!

Foto Kredit: Amin Farij Hassan, Kosmo.com.my

6. Kita ‘Cakap Tak Serupa Bikin’

Sungguhpun anak masih kecil, mereka mempunyai sepasang mata yang sentiasa memerhatikan serta menilai gerak-geri dan tindakan kita. Jangan ingat anak-anak tak tahu jika bila kita ‘bohong sunat’, menyembunyikan sesuatu, atau melakukan sesuatu yang kita sendiri larang mereka buat.

Sedikit demi sedikit tabiat kita akan menjadi contoh ikutan mereka. Lebih teruk lagi, ia menjadikan mereka keliru membezakan baik buruk sesuatu perkara sehingga mendorong mereka membuat keputusan yang kurang bijak.

Foto Kredit: robertafish.com

Foto Kredit: robertafish.com

7. Kita Lupa Ajarkan Mereka Bersyukur

Kita memang selalu memuji anak sebagai galakan kepada mereka. Namun, kita harus juga berhati-hati agar anak tidak terlalu berbangga pada dirinya dan kepintarannya sendiri. Di sebalik motivasi yang diberikan, jangan lupa mengajarkan anak untuk sentiasa bersyukur pada Allah. Ingatkan mereka bahawa semua keistimewaan yang dimiliki adalah kurniaan dari Allah yang tak sepatutnya kita sombongkan.

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah. Luqman : 18)

Di samping itu, dedahkan anak-anak terhadap kerja-kerja amal seperti melawat rumah anak yatim atau memberi makan kepada orang miskin agar mereka lebih faham akan konsep syukur.

tips mengajar anak

Foto Kredit: limbongan.net

Cari Keseimbangan Walaupun Dianggap Ketinggalan

Bukan mudah memilih dan mempraktikkan tips mengajar anak zaman moden ini, setiapnya memiliki cabarannya yang tersendiri. Kuncinya, bersederhanalah dalam apa juga teknik yang dilakukan.

Yang penting, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dan akhlak sebagai asas sejak kecil lagi. Insha Allah, anak-anak akan menjadi manusia berguna pada suatu hari kelak walau apa pun keputusan akademik mereka.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×