Bila bercakap mengenai pengurusan hartanah, ramai lagi dalam kalangan kita yang masih ‘mentah’ dan mudah terpedaya dengan mitos yang disebarkan. Dek kerana terdepaya, ini yang menyebabkan anda mengalami kerugian malah terpaksa menanggung hutang kerana tak faham mengenai ilmu hartanah.
Jadi, sebagai langkah persediaan, berikut merupakan antara 9 mitos hartanah yang wajib difahamkan malah disemat dalam otak supaya duit anda dapat diselamatkan dari terjebak ke jalan yang salah.
Baca juga: 10 Peringatan PENTING Sebelum Anda Keluar Rumah, Selit 3 Barang Ini Dalam Beg Juga…
9 MITOS PENGURUSAN HARTANAH YANG RAMAI SELALU PERCAYA
1. Beli rumah baru tak perlukan duit
Sebenarnya, bila beli rumah baru kita masih perlukan duit. Paling tidak pun nak tambah lampu kipas, grill, masukkan meter TNB dan lain-lain. Dan jangan lupa, bayaran bulanan kita di bank guna duit juga, bukan pakai impian semata mata.
2. Beli direct owner lebih murah
Tak semestinya. Saya ada jumpa pelbagai senario. Beli direct owner, owner jual over market value dan pembeli setuju. Bila dah beli, baru tahu kenapa loan tak boleh 100%. Rupanya sebab dia kena tambah wang beza.
3. Beli rumah lelong paling untung
Tapi kalau bid kemain tinggi sampai dah hampir market value, mana maunya nak untung. Kos renovation, kos guaman dan sebagainya lagi. Last last harga macam subsale juga. Sebab tu buat sesuatu kena ada ilmu.
4. Beli rumah dan ambil cashback sangat untung
Percayalah, rumah yang ada cashback adalah rumah yang susah nak jual semula sebab market value belum naik. Harga masa kita beli adalah harga future. Melainkan memang plan nak duduk lama di situ, okay untuk beli rumah yang ada cashback. Atau beli projek yang ada cashback, tapi kita tak ambil cashback tu.
5. Joint loan adalah rugi dengan alasan tak boleh dapat 2 kali pengecualian duty stamp
Tapi kalau dah kelayakan dia memang perlu joint loan, nak beli rumah pertama pon tak berapa mampu. Usah fikir rumah kedua dan ketiga. Cukup beli rumah pertama untuk duduk sahaja. Itu pon dah cukup syukur dah.
6. Beli tanah lot lidi lebih murah, boleh bina rumah juga
Ya betul, lebih murah dari tanah tanah lain. Tapi sebab nama kita tak ada dalam geran. Harapkan dokumen perjanjian sahaja. Itu bukan dokumen kuat sebagai pemilik sesuatu tanah. Kad pengenalan sesuatu tanah adalah Geran tanah tersebut. Nama siapa, berapa keluasan, mukim mana dan sebagainya.
7. Rugi beli rumah status leasehold sebab nanti kerajaan ambil balik
Tahukah kalian, tanah freehold juga kerajaan ada hak untuk ambil jika perlu besarkan jalan, perlu buat laluan kereta api dan sebagai. Kedua dua jenis pegangan kalau kerajaan nak ambil kena bayar pampasan. Mana boleh ambil free sesuka hati je.
Leasehold juga boleh disambung tempoh di pejabat tanah. Bukannya after 99 tahun kerajaan ambil balik. Saya dah jumpa ramai owner sambung tempoh leasehold mereka.
8. Harga rumah sentiasa naik
Ini satu fahaman yang kurang tepat bagi saya. Sebab saya dah jumpa beberapa taman/ area di perak ni yang harga hartanah mereka jatuh. Antara faktor terjdi adalah, pembangunan yang dirancang tidak dijalankan, banyak rumah lelong di sekitarnya, apartment yang kurang penduduk, kawasan yang banyak jenayah atau kawasan berhantu.
Contoh kawasan yang harga hartanah jatuh: area Bukit Merah Laketown Resort.
9. Beli rumah sentiasa untung
Tak semestinya. Dah kalau beli rumah dan biarkan rumah kosong untuk survive dengan sendiri, macam mana nak dapat untung. Bulanan rumah tetap bayar, kita pula bayar rumah sewa di tempat lain. Selepas 5 tahun, rumah dah makin rosak. Nak kena fikir untuk repair lagi.
*Sebab itu amat penting apabila buat perancangan kalau nak beli rumah. Nak buat apa, bila nak masuk kalau nak duduk, apa exit plan. Jangan beli dan tinggal, kemudian jadilah tempat segala makhluk duduk.
Baca juga: Bakal Mentua Mata Duitan, Minta ‘Up’ Wang Hantaran Jadi RM18 Ribu Ikut Kenaikan Gaji
Sumber: Rubi Hasman