Rumah

Tips Jaga Mesin Basuh Supaya Tahan Lama, Buat NO. 1 Itu Dulu, Pasti Tak Cepat Rosak!

26
SHARES
mesin basuh

Mesin basuh adalah peralatan wajib ada di setiap rumah. Namun, berbeza dengan harganya yang melambung tinggi, jangka hayat mesin basuh adalah rendah. Mesin basuh mudah rosak hanya selepas beberapa tahun digunakan. Boleh jadi pemiliknya yang merosakkan mesin basuh kerana ada cara tersendiri untuk menjaganya agar tahan lebih lama.

Jika rosak mesin basuh dalam sebuah rumah, pasti stres dibuatnya seluruh keluarga.  Sebenarnya cara kita menggunakan mesin basuh itu juga memainkan peranan penting terhadap jangka hayatnya. Oleh itu, jom ikuti perkongsian penulis mengenai tips jaga mesin basuh supaya jangka hayatnya lebih lama.

Baca juga: Ini Step-By-Step Bersihkan Mesin Basuh, Pakaian Makin Wangi!

TIPS JAGA MESIN BASUH SUPAYA JANGKA HAYATNYA LEBIH LAMA

1. Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut cadangan pengeluar mesin.

mesin basuh

2. Matikan suis soket sesekali selepas digunakan. Ini kerana apabila terlalu lama dalam keadaan standby, computer board akan menjadi semakin panas. Selain itu, selepas mengeluarkan baju, tutuplah suit soket.

3. Masukkan air panas kira-kira 5 minit dijerang ke dalam tub mesin dalam sebulan sekali. On mesin dalam jumlah mode basuhan minima untuk mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.

4. Jika putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya, ini bermakna belting telah longgar. Kalau pandai, ambil spanar tegangkan di bahagian bawah mesin. Jika tidak reti, upahlah sesiapa. Kos upah biasanya dalam lingkungan RM 10 – 20.

5. Andai kata air masuk semakin slow, buka bahagian paip air masuk. Mungkin ada filter tersumbat di situ.

mesin basuh

6. Namun, jika air masuk ok tapi air keluar tak boleh, ini bermakna valve buang air tersekat mungkin kerana tersangkut duit syiling, objek keras atau sebagainya. Jika semakin lama dibiarkan, ia boleh merosakkan computer board.

Jadi, cuba amalkan  6 tips di atas jika anda ingin menjimat duit daripada membeli mesin basuh baru hanya selepas beberapa tahun diguna. Penggunaan mesin basuh perlulah cermat supaya ia tahan lebih lama. Semoga Bermanfaat!

Sumber: Facebook Ridzuan AlFattani via Tukang Apa Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×