Bila masuk tahun baharu, mesti ramai dalam kalangan kita yang mempunyai azam yang baharu bukan? Salah satu azam baharu adalah dapat menyimpan duit dengan lebih banyak untuk tujuan tertentu dalam hidup. Tetapi, setiap kali nak laksanakan azam ini pasti ada sahaja halangan dan kesudahannya simpanan tidak mencapat ‘target’.
Jadi, terdapat satu perkongsian di laman Facebook tentang cara yang anda boleh gunakan untuk membuat simpanan duit mencecah ribuan ringgit apabila sampai ke hujung tahun. Nampak cara macam mudah untuk dilaksanakan dan semoga berjaya!
Baca juga: Rahsia Wanita Ini Berjaya Menabung RM 13,000 Sejak Tahu Hamil
TIPS SIMPAN DUIT BOLEH DAPAT SAMPAI RM3000 SETAHUN!
Tahun ni boleh start buat sudah.
RM1 – Setiap hari masuk dalam tabung. Total setahun genapkan RM 400.
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM 500.
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM 1000.
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM 500.
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun RM 300.
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun RM 600.
TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Banyak kan?
Tak salah juga kalau anda ingin menyimpan dengan lebih. Bila jumlah yang disimpan adalah lebih maka hasilnya pada hujung tahun pun akan berlipat kali ganda!
Sumber: Kate Ginting