Terapi

Jangka Hayat Kucing & Perbandingannya Dengan Umur Manusia

397
SHARES

JANGKA HAYAT KUCING & ANGGARANNYA DENGAN UMUR MANUSIA

Hubungan kucing dengan manusia cukup istimewa.

Bagi pemilik yang mula menjaga kucing sejak lahir sampai sekarang pasti berkongsi pelbagai detik indah dengan haiwan kesayangannya.

Dalam memberikan penjagaan rapi, pemilik kucing juga perlu mengetahui usia kucing semakin ia membesar.

Semestinya jangka hayat kucing berbeza jika dibandingkan dengan manusia. Jom kita kenali jangka hayat kucing peliharaan anda dengan lebih dekat!

Tahukah anda kucing tertua yang pernah direkodkan berusia 38 tahun? Berdasarkan perkongsian dari Public Health Malaysia, purata jangka hayat kucing ialah sekitar 15 tahun iaitu sekitar 76 tahun bagi usia manusia.

Kredit Foto : treehugger.com

Cara Menganggarkan Umur Kucing

Menggunakan Formula

Jika kucing anda sudah mencapai usia 10 tahun, sebenarnya ia telah masuk ke kategori ‘warga emas’.

Anda juga boleh menganggar umur kucing dengan menggunakan formula ini :

4X(Umur Kucing) + 16

Kredit Foto : Public Health Malaysia

Menganggar Umur Kucing Dengan Mengira Tahun 

Di samping penggunaan formula, anda juga boleh buat perbandingan usia kucing dengan manusia mengikut panduan daripada American Animal Hospital Association (AAHA). Usia kucing bolehlah dibandingkan seperti berikut :

  • Kucing yang berusia 1 tahun bersamaan dengan usia 15 tahun bagi manusia
  • Kucing yang berusia 2 tahun bersamaan dengan usia 24 tahun bagi manusia (tambah 9 tahun).
  • Selepas tahun kedua kucing hidup, purata umurnya dalam setahun meningkat seperti 4 tahun untuk manusia.

Contoh :

Usia Kucing : 3 tahun ; Usia Manusia 28 tahun (24 + 4 tahun)
Usia Kucing : 4 tahun ; Usia Manusia 32 tahun (28 + 4 tahun)

Menurut AAHA, panduan ini digaris berdasarkan perubahan fizikal dan kelakuan kucing mengikut tahap usianya. Tahap usianya pula dipadankan dengan jangka hayat manusia untuk mendapatkan perbandingan mudah.

Berbanding anjing yang mempunyai pelbagai baka, usia kucing lebih mudah dijangka kerana perbezaan baka yang tidak begitu ketara.

Jadi, panduan ini bolehlah diguna pakai untuk kucing dari pelbagai variasi.

Kredit Foto : pumpkin.care

Anda masih ingat lagi bila kucing anda dilahirkan ?

Dengan panduan ini, anda bolehlah menjangka usia kucing dengan lebih mudah.

Selain itu, jenis baka kucing juga adalah antara faktor yang menentukan berapa lama kucing biasanya hidup. (Rujuk carta di bawah).

Berapa lama kucing boleh hidup

Tanda-Tanda Kucing Lanjut Usia

Bagi yang sudah lama bergelar tuan kucing, anda perlulah menyemak sekiranya kucing anda sudah mencapai usia warga emas.

Seperti manusia, kucing juga boleh menunjukkan tanda-tanda lanjut usia dari segi fizikal dan kelakuannya. Antara tanda-tanda kucing yang sudah tua ialah :

  • Gigi : Gigi yang semakin menguning atau pembentukan tartar pada permukaan gigi, gigi tercabut
  • Bulu : Bulu tidak lagi bersinar dan setebal kucing muda
  •  Mata : Warna mata semakin pudar, keluar cecair dari mata
  •  Tahap Aktif : Kurang aktif, berat badan berkurang, lebih kerap terkena arthritis
  •  Perubahan Pada Kelakuan : Lebih banyak mengiau, lebih banyak merayau, mudah cemas, mudah keliru.

Jangka hayat kucing

Kredit Foto : brainstudy.info 

Jika anda masih tidak pasti usia kucing, anda boleh membawa kucing berjumpa doktor haiwan. Doktor pasti dapat menjangka usia kucing dengan lebih tepat berdasarkan kelakuan serta fizikal kucing anda.

Kepentingan Mengenali Usia & Jangka Hayat Kucing

Pemilik kucing perlulah mengenalpasti usia kucing supaya dapat merancang penjagaan dengan lebih rapi.
Antara kepentingan mengenali usia kucing ialah :

  • Dapat membantu pemilik kucing merancang diet dan berat bersesuaian dengan usia
  • Dapat memantau kesihatan kucing dengan lebih baik
  • Dapat merancang temujanji ke doktor dengan lebih teratur seperti temujanji vaksin atau proses pemandulan.

Jangka hayat kucing

Kredit Foto : diply.com

Risiko Apabila Kucing Semakin Meningkat Usia

Semakin usia kucing meningkat, kucing boleh mengalami risiko jangka hayat berkurang.

Antara punca utama kematian kucing ialah masalah kesihatan seperti kanser, penyakit buah pinggang serta trauma dari persekitaran.

Oleh itu, adalah penting untuk anda membawa kucing untuk mendapatkan pemeriksaan berkala.

Dengan ini, usia kucing anda dapat ditentukan dan doktor juga dapat memberikan nasihat penjagaan sesuai dengan usianya. Keperluan kucing juga akan berubah mengikut usianya.

Dengan memberikan perhatian yang lebih khusus dan mengenali tahap usia kucing anda, ia dapat meningkatkan lagi jangka hayat si comel kesayangan anda!

Sumber :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×