Asuh

Manfaat Bertungku Untuk Si Bayi, Mama Boleh DIY Je Tungku Panas Ini Di Rumah

5
SHARES
tungku bayi

Seringkali kita melihat cara penjagaan bayi dari orang dulu-dulu amatlah rapi dan menitikberatkan penggunaan bahan-bahan tradisional seperti herba. Ini juga termasuk, penggunaan tungku bayi yang dijadikan amalan bagi memanaskan badan si kecil. Namun, hari demi hari makin ramai dalam kalangan kita yang meninggalkan amalan ini dan mempersoalkan adalah perlu amalan bertungku bayi ini?

Bukan sahaja ibu berpantang yang perlu bertungku, tetapi bayi yang baru lahir juga harus bertungku dan tuam. Namun, anda perlu tahu bahawa caranya berbeza atas faktor kesesuaian dan kesihatan bayi.

Baca juga: DIY ‘Baby Balsam’ Versi Sihat Untuk Bayi Yang Kerap Batuk & Selesema, Campur 2 Bahan Je!

MANFAAT TUNGKU BAYI, JADI MAKIN SIHAT

tungku bayi

Foto: Asianparents Malaysia

Ketika anda berada dalam tempoh berpantang, bukan hanya ibu sahaja yang perlu bertungku, bahkan si kecil juga disarankan untuk melalui proses bertungku ini. Bertungku melibatkan proses menuam, iaitu menekap sesuatu herba panas pada bahagian badan untuk mengeluarkan angin dan memanaskan badan.

Terdapat banyak faedah dari bertungku bayi ini selain diselangkan dengan urutan. Antaranya:

-Tabiat tidur yang lena dan bayi selera makan

-Deria pendengaran, sentuhan, penglihatan dan pergerakan bayi makin sihat

-Tahap keyakinan ibu bapa untuk ‘handle’ bayi meningkat

-Keintiman ibu bapa dan bayi

-Komunikasi ibu bapa dan bayi sepanjang proses bertungku

-Mengatasi masalah angin berlebihan

-Elak bayi mengalami sejuk berlebihan

DIY TUNGKU DENGAN MUDAH, GUNA BAHAN DAPUR

tungku bayi

Sebenarnya untuk membuat tungku ini amat mudah dengan hanya menggunakan bahan yang terdapat di dapur sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan:

-Perca kain kecil sebagai lining
-Kain daripada material kapas. Jika ingin menggunakan stoking bayi yang sudah tidak dipakai pun boleh
-Herba kering seperti lada hitam, habbatus sauda, biji ketumbar, halba dan biji sawi
-Tali kapas

Langkah-langkahnya:

1.Sangaikan, iaitu goreng tanpa minyak. Campurkan herba tersebut sehingga naik bau.

2.Lapik kain kapas di atas kain perca dan letakkan herba yang disangai.

3.Kemudian, ikat kain tersebut menggunakan tali kapas sehingga menjadi bentuk seakan bunjut atau tungku.

4.Kemaskan lebihan kain dan ikat sekali lagi supaya ikatan lebih kuat. Jika anda menggunakan stoking, masukkan herba tersebut ke dalam stoking yang dialas dengan kain perca – kemudian ikat dengan kemas.

5.Apabila ingin digunakan, panaskan bunjut sehingga suam sebelum dituam ke atas badan si manja.

Cara yang betul nak tuam bayi:

1.Cara yang betul tuam bayi adalah tuamkan tungku bayi pada perut bayi dalam keadaan suam-suam panas. Ia amat elok untuk kesihatan bayi luar dan dalam. Ia juga dapat mengeringkan bekas tali pusat bayi.

2.Tuam bayi mengikut satu arah sahaja dan jangan tekan dengan kuat. Pastikan bayi anda betul-betul selesa dan tidak memudaratkan bayi. Lebih elok lagi, anda boleh tanya sendiri caranya kepada mereka yang lebih berpengalaman dan berumur.

3.Terdapat beberapa bahagian bayi yang penting untuk dituam. Antaranya adalah perut, paha, dada, tapak kaki, belakang badan, punggung dan bahagian kemaluan bayi. Bahagian-bahagian tersebut mempunyai urat-urat yang berkaitan seluruh kesihatan tubuh badan.

Wajib untuk anda tahu, tuaman bayi boleh dilakukan sebanyak 5 hingga 10 kali tuaman. Waktu paling afdal untuk bertungku adalah setiap kali selepas mandi, anda boleh lakukannya selama 2 kali.

Dari segi penyimpanan pula, anda boleh simpan tungku bayi di tempat yang kering dan bersih. Amalkan penjagaan tuaman yang betul iaitu dengan menjemur tungku bayi di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit. Barulah bebas kuman!

Baca juga: Kalau Nak Bedung Bayi Kena Bedung Elok-Elok Supaya Tak Alami ‘Hyp Dysplasia’!

Sumber: Hello Doktor, Bidadari.my, Pathways.org

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×