Pasti masih ramai lagi dalam kalangan kita yang tidak tahu menguruskan wang dengan bijak sehingga terlupa untuk menggunakan formula urus duit gaji seperti perkongsian di bawah.
Gaji bulanan mesti diuruskan dengan betul bagi mengelakkan sebarang masalah mengenai bebanan kewangan yang berlebihan. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.
Baca juga: Cara Tebus Baucar Buku RM100, Guna Aplikasi DELIMa KPM Ini
FORMULA URUS DUIT GAJI RM3000, INI CARANYA
Pernah rasa gaji cepat sangat habis tak? Maka guna formula ini untuk ubah cara anda uruskan gaji selama ini.
Formula 40-30-20-10. Sifat formula ini juga universal, boleh diubah ikut keperluan dan jumlah gaji anda.
Jika gaji anda sebanyak RM3000, pembahagiannya adalah seperti berikut:
- 40% keperluan hidup
- 30% hutang
- 20% tabung & pelaburan
- 10% zakat & sedekah
Ini bermakna:
40% keperluan hidup = RM3000 x 40% =RM1200
30% hutang = RM3000 x 30% = RM900
20% simpanan dan pelaburan =RM 3000 x 20%=RM600
10% zakat dan sumbangan =RM3000 X 10% =RM300
Formula ini tidaklah wajib dikuti sepenuhnya kerana perbelanjaan dan keperluan setiap orang berbeza. Jika masih bujang, boleh cuba besarkan peratusan di bahagian simpanan dan pelaburan.
Jika anda rasa peratusan ini tidak sesuai, tukar sahaja peratusan mengikut keselesaan. Paling penting sekali setiap bulan kena kawal agar tidak melebihi.
Semoga artikel ini memberi manfaat!
Baca juga: Senarai Biasiswa Lepasan SPM Untuk Sambung Belajar Ke Luar Negara
Sumber: Facebook Huda Hj Othman & Azizul Azli Ahmad