Isu bankrap dalam kalangan anak muda di Malaysia memang membimbangkan. Menurut laporan Bank Dunia, sebanyak 60 peratus mangsa bankrap dan muflis adalah terdiri daripada anak-anak muda berusia 22 tahun hingga 44 tahun.
Ada beberapa punca utama yang menyumbang kepada masalah ini. Anda pun mesti selalu buat perkara yang sama bukan?
Baca juga: Gaya Hidup Nak Mewah, 53 Ribu Individu Bawah Umur 30 Tahun Tanggung Hutang RM1.9 Billion!
4 PUNCA RAMAI ANAK MUDA BANKRAP DENGAN CEPAT
1. Gaji B40, taste T20
Bermulanya kerjaya pada peringkat awal memang tidak menjanjikan gaji yang tinggi. Permulaan gaji adalah sekitar RM1,800- RM2,500 bergantung kepada jenis pekerjaan yang dilakukan. Namun, ramai dalam golongan muda zaman kini yang mempunyai ‘taste’ yang besar seperti gaji RM5,000 ke atas terutamanya dalam pembelian jenis kereta.
Malah, pantang ada sahaja kafe-kafe viral dan mewah pasti akan dicuba terlebih dahulu kerana tak mahu rasa ketinggalan oleh rakan-rakan.
2.Banyak hutang ‘jahat’
Kad kredit memang memudahkan perbelanjaan, tetapi jika tidak diurus dengan bijak, ia boleh menjadi punca utama bebanan hutang. Inilah yang banyak berlaku dalam kalangan anak-anak muda yang kemana sahaja akan menggunakan kad kredit tanpa batasan supaya nampak mewah.
3.Self reward berlebihan
Mungkin ramai dalam kalangan anak muda yang baru bekerja tidak mempunyai banyak komitmen, lantas hampir keseluruhan gaji digunakan untuk berbelanja terhadap diri sendiri tanpa menyimpan walaupun RM50 sebulan.
Katanya nak ‘reward’ diri kerana telah tekun bekerja namun, tak sampai hujung bulan dan tiada duit lagi untuk makan. Nak ‘reward’ diri tiada masalah tapi bukanlah setiap hari tau!
4.Penipuan kewangan
Ada anak muda yang terjebak dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah sehingga menyebabkan kerugian besar. Pemikiran yang asyik mahu kaya dalam tempoh yang cepat akhirnya kecundang dan menyebabkan hutang makin bertambah.
*Jadi, adik-adik semua, tak salah kalau nak berbelanja tetapi berpada-padalah. Paling penting adalah setiap kali dapat gaji jangan pernah lupa beri kepada orang tua kita ya untuk keberkatan yang lebih.
Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!
Sumber: kini.viral