Tubuh wanita yang berada di dalam fasa kehamilan bukanlah penghalang untuk melakukan aktiviti yang boleh memenuhi keperluan nafsunya. Selain melakukan hubungan seks bersama pasangan, beronani semasa hamil mungkin boleh dilakukan.
Hal ini kerana, terdapat segelintir suami yang tidak berani melakukan hubungan seks bersama isteri hamil disebabkan khuatir akan menjejaskan kesihatan isteri dan kandungan bayi.
Baca juga: 10 Jenis Kuih Ibu Berpantang Boleh Makan, Lain Dari Menu Biasa & Tak Bosan!
BERONANI SEMASA HAMIL
Buat pengetahuan pembaca, ada wanita yang akan mengalami peningkatan tahap libido semasa hamil. Ia berpunca daripada peningkatan hormon progesterone dan estrogen dalam tubuh badan. Maka, tidak hairan mereka berkehendak aktiviti yang membolehkan keperluan nafsunya dipenuhi.
Jadi, mari lihat tujuh sebab wanita hamil pilih beronani.
Baca juga: 3 Amalan Doa Hamil Bayi Lelaki, Tak Salah Ibu Bapa Cuba & Ikhtiar Cara Ini!
INI 7 SEBAB ONANI SEMASA HAMIL
1. Penghilang tekanan
Kehidupan seharian boleh menjadi cukup tertekan. Ditambah pula dengan keadaan diri yang hamil, bercampur pelbagai kebimbangan yang menyebabkan tekanan juga meningkat. Jadi, beronani semasa hamil adalah salah satu cara untuk mengatasinya.
Di mana, seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Brittany Noel Robles berkata, beronani boleh membantu mengurangkan perasaan tekanan atau kebimbangan. Tambahan, orgasm juga dikaitkan dengan meningkatkan tidur.
2. Selamat dilakukan semasa hamil
jika anda mempunyai kehamilan yang sihat, mengalami orgasm tidak sepatutnya menjadi kebimbangan. Namun, ibu hamil yang dengan kelahiran pramatang sebelum ini, serviks pendek, ketuban pecah pramatang, plasenta rendah atau pendarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan, harus berjumpa doktor dulu.
3. Orgasm lebih menyeronokkan semasa kehamilan
Orgasm sewaktu kehamilan mungkin akan membawa anda ke arah keseronokan yang lebih besar. Peningkatan jumlah darah yang mengalir ke alat kelamin menjadikan tempat itu lebih sensitif.
4. Tidak menyebabkan kelahiran pramatang
Para penyelidik belum menemui bukti, sama ada aktiviti seksual boleh meningkat risiko kelahiran pramatang. Namun, ramai pakar bersetuju bahasa orgasm dibolehkan semasa kehamilan.
Hal ini kerana, rangsangan pada puting atau alat kelamin boleh meningkatkan tahap oksitosin dalam tubuh wanita, merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk pengecutan rahim. Risiko teori memang ada, tetapi pastinya tidak terbukti, jelas Robles.
Baca juga: Ketahui Tanda-Tanda Jahitan Czer Terbuka Semula, Ibu Kena Waspada & Jangan Abaikan!
5. Membekalkan oksitosin
Oksitosin adalah hormon yang bertanggungjawab untuk meletakkan anda dalam mood yang baik. Apabila anda mengalami orgasm, oxytocin turut dikeluarkan.
6. Beronani adalah satu-satunya pilihan
Suami mungkin teragak-agak untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan hamil mereka atas banyak sebab lain, termasuk takut mencederakan bayi. Ini bermakna satu-satunya peluang anda untuk orgasm adalah melakukannya secara bersendirian.
7. Lebih menyayangi diri sendiri
Apabila anda mengalami perubahan fizikal sepanjang kehamilan, adalah perkara biasa untuk mula berasa sedikit lain. Kajian 2016 dalam jurnal A 2016 study in the journal Socioaffective Neuroscience & Psychology mendapati bahawa orgasm pada wanita dikaitkan dengan harga diri yang lebih baik.
Ia adalah satu bentuk penjagaan diri yang sangat baik. Anda juga boleh menggunakan sembilan bulan hormon kehamilan dengan penggunaan yang baik dan menyeronokkan.
Kesimpulan
Onani ketika hamil itu adalah normal dan selamat. Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum mengambil keputusan untuk melakukannya. Selain itu, ketahuilah beronani adalah perbuatan yang sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Baca juga: Resipi Lempeng Oat Lembut & Lazat, Lumayan Masuk ‘List’ Menu Ibu Berpantang!
Sumber: Romper/ Hello Doktor
FT Image: freepik