Tinggal di dalam sebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai rakyatnya bersifat pemurah dan saling tolong-menolong, biarpun memiliki pelbagai kaum adalah suatu nikmat yang harus disyukuri.
Ia terbukti, apabila luahan seorang bapa yang kekurangan wang pendaftaran untuk membolehkan anaknya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti telah membuatkan masyarakat di sekelilingnya bersimpati hingga melancarkan kutipan dana.
TOLONG-MENOLONG ORANG KAMPUNG BANTU PELAJAR MASUK UMK
Memetik laporan berita tempatan, seorang pesara kerajaan, M Chinnakaruppan, 67, melalui aplikasi WhatsApp telah meluahkan kekurangan wang pendaftaran untuk membolehkan anak perempuannya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Chinnakaruppan berkata anak perempuannya Kalaimagal, 20, berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) di universiti itu. Namun, apakan daya dia tidak mempunyai wang mencukupi sebanyak RM3,000 untuk pendaftaran.
“Tangkap layar hantaran saya dikongsikan dalam kumpulan WhatsApp penduduk kampung yang dimuat naik pada 21 September lalu menjadi tular sehingga meraih simpati orang ramai.
“Ada yang melancarkan kutipan sehingga berjaya mengumpulkan RM3,000 dalam tempoh dua jam sahaja hasil sumbangan masyarakat,” katanya.
Terdahulu, Chinnakaruppan yang berasal dari Pengkalan Hulu, Perak hadir pada sesi pendaftaran anaknya di UMK Kampus Kota di sini. semalam.
Baca juga: Budak Usia 3 Tahun Guna Teknik ‘Gentle Parenting’ Didik Adiknya, Ramai Ibu Bapa Malaysia Kagum!
Baca juga: Wanita Baru Kematian Suami 10 Bulan Lalu, Kini Ajal Menjemput 2 Anaknya! “Saya Tak Kuat…”
Pendapatan kira-kira RM700 sebulan dan menghidap sakit saraf serta asma
Mengulas lanjut, Chinnakaruppan yang berpendapatan kira-kira RM700 sebulan berkata sumbangan penduduk kampung dan orang ramai itu meringankan urusan perbelanjaan pada hari pendaftaran masuk di UMK.
“Selain Kalaimagal, saya juga perlu menyara tiga lagi anak yang masih belajar, sedangkan saya kini menghidap sakit saraf dan asma,” katanya.
Sementara itu, pihak Bahagian Kebajikan Pelajar dan Tatatertib (BKTP) Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK bertindak segera menerusi Program UMK Cakna dengan menyampaikan wang tunai RM1,000, sumbangan komputer riba serta bakul keperluan asas.
Kesusahan ditanggung keluarga Kalaimagal turut mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang turut tampil membantunya menyambung pengajian di UMK.
Baca juga: [VIDEO] Pilu Menyelubungi Dua Keluarga, 5 Kanak-Kanak Rentung Termasuk Bayi Di Kawasan Setinggan!
Sumber: Harian Metro
FT Image: Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi)