Asuh

Isi Barang Peribadi Pakai GUNI Untuk Daftar Universiti, Penuntut UMS Ini Tak Sangka Idea Bapanya Tular!

5
SHARES
barang keperluan

Kisah seorang remaja perempuan, Rafida Zaiddin, yang tular di media sosial dengan tindakannya menggunakan guni bagi mengisi barang keperluan asrama membuatkan ramai yang menitiskan air mata.

Memetik laporan berita tempatan, Mahasiswa Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu mendedahkan dia mempunyai alasan tersendiri menggunakan karung guni.

Baca juga: Budak Usia 3 Tahun Guna Teknik ‘Gentle Parenting’ Didik Adiknya, Ramai Ibu Bapa Malaysia Kagum!

BARANG KEPERLUAN ASRAMA DIISI DALAM GUNI

barang keperluan

Gambar: Fadhlina Sidek

Idea bapa untuk gunakan guni tak sangka boleh tular

Anak kelahiran Kampung Sim-Sim, Sandakan, Sabah itu menyatakan perjalanan jauh dan faktor tidak mahu kehilangan barangan menyebabkan beliau menggunakan karung tersebut.

“Saya naik bas dari Sandakan selama enam jam, banyak barang yang perlu dibawa.

“Jadi saya masukkan separuh barang itu ke dalam guni. Jika diasingkan, saya risau barang tercicir,” ujarnya.

Menurut anak bongsu dari dua beradik itu, dia dimaklumkan oleh pihak UMS hanya dua bagasi saja dibenarkan untuk pendaftaran masuk ke asrama.

“Idea menggunakan guni ini adalah dari bapa saya. Saya tidak terfikir (perkara ini) menjadi tular. Apabila tular, ada seorang senior datang ke bilik saya dan bertanya berkenaan guni saya gunakan.

“Mulanya saya terfikir jika saya terbawa barang orang lain tapi mereka kata bukan seperti itu,” katanya lagi.

Baca juga: [VIDEO] Pilu Menyelubungi Dua Keluarga, 5 Kanak-Kanak Rentung Termasuk Bayi Di Kawasan Setinggan!

Baca juga: Adik-Adik Nak Beli Komputer Riba Tapi Tak Pandai Pilih, 5 Tips Ini Boleh Bantu!

Rafida dapat duit belanja daripada Menteri Pendidikan

barang keperluan

Gambar: Fadhlina Sidek

Dalam kesempatan itu, Rafida mendedahkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek juga sempat bertanya sekiranya duit perbelanjaannya cukup atau tidak ketika menerima panggilan video baru-baru ini.

“Saya katakan padanya duit saya mencukupi. Selepas beberapa minit, beliau menghantar duit kepada saya (secara pemindahan dalam talian),” dedah gadis 19 tahun ini.

Selain itu, menurutnya, dia juga ditemui pihak tertentu yang bertanya jika ada memohon biasiswa.

“Ada satu pihak yang tidak memperkenalkan diri tetapi bertanya jika saya ada memohon mana-mana biasiswa.

“Saya cakap ada seperti Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS). Saya juga dapat Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara ‘one-off’.

“Katanya nanti akan diuruskan (permohonan biasiswa) untuk dipercepatkan,” jelasnya.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor sebelum ini dilaporkan beliau sudah mengarahkan Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS bagi membantu penuntut terbabit dan yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, UMS akan memastikan penuntut yang memerlukan bantuan dari segi keperluan peribadi atau sokongan moral diberikan perhatian yang sewajarnya.

Baca juga: “Terima Kasih Malaysia!”- 2 Hari Je ‘Viral’, Cikgu Berjaya Jejak Anak Murid Hadiahkan Sebekas Karipap!

Sumber: Berita Harian

FT Image: Rafiqah Dahali / Fadhlina Sidek

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×