Cantik

Emosi Tak Menentu Bila Tumbuh Jerawat, Cuba Guna 4 Bahan Ini, Seminggu Terus Hilang Jerawat!

18
SHARES
muka breakout

Muka breakout bukan sahaja dapat merosakkan ‘mood’ namun boleh juga menurunkan keyakinan diri seseorang. Paling geram jika ia berlaku ketika anda mempunyai urusan di luar. Setiap orang pasti pernah mengalami situasi ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Ketika muka breakout, pasti kita akan panik kerana tidak tahu cara meredakannya. Kadang-kadang banyak produk yang telah dicuba tapi masih juga tidak berkesan. Usah risau, kali ini cuba tips alami atasi muka breakout yang bakal penulis kongsikan ini pula!

Baca juga: Beronani Punca Kulit Muka Berjerawat, Adakah Ia Benar Atau Mitos Semata-Mata?

4 BAHAN ALAMI ATASI MUKA BREAKOUT

1. MADU

muka brekaout

Madu merupakan bahan alami yang efektif untuk mengatasi muka breakout. Ini kerana ia memiliki sifat antibakteria dan anti-inflamasi yang boleh membunuh bakteria penyebab breakout sekaligus mengurangkan keradangan pada kulit. Selain itu, madu juga membantu menjaga kelembapan kulit anda.

Caranya adalah campur 1 hingga 2 sudu makan madu bersama sedikit air panas. Kemudian, sapukan campuran madu tersebut pada permukaan wajah dan biarkannya selama 15 ke 20 minit. Selepas itu, bilas muka anda mengunakan air panas. Lakukan kaedah ini 1 ke 2 kali seminggu untuk dapatkan hasil yang lebih baik.

2. LEMON

muka breakout

Lemon juga berkesan untuk mengatasi masalah muka breakout. Ia adalah bahan alami yang kaya dengan vitamin C dan mempunyai sifat antibakteria untuk membantu mengatasi breakout.

Bukan itu sahaja, vitamin C ini dapat menolong mempercepat proses penjanaan semula sel kulit serta meningkatkan pengeluaran kolagen, di mana ia boleh mengurangi parut jerawat dan membuatkan kulit tampak lebih cerah dan sihat.

Caranya adalah perah jus lemon dan sapukan jusnya pada area kulit berjerawat. Kemudian, biarkan selama 10 ke 15 minit sebelum anda membilaskan muka menggunakan air panas. Lakukan kaedah ini secara konsisten selama 1 hingga 2 kali seminggu.

3. LIDAH BUAYA 

muka brekaout

Seterusnya, lidah buaya juga bahan alami yang sering diguna untuk mengatasi muka breakout. Ini kerana ia mengandungi enzim proteolitik yang membantu mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan kulit.

Selain itu, lidah buaya juga mengandungi asid salisilik yang menolong membuang sel kulit mati. Kalau nak tahu, sel kulit mati inilah yang menyumbat pori-pori dan menjadi penyebab jerawat.

Caranya adalah potong lidah buaya dan ambil gelnya. Kemudian, sapukan gel lidah buaya itu pada permukaan muka dan biarkannya selama 10 ke 15 minit. Akhir sekali, bilas wajah anda menggunakan air panas. Lakukan kaedah ini secara teratur selama 2 ke 3 kali seminggu untuk dapatkan hasil yang diinginkan.

4. MINYAK TEA TREE

muka breakout

Minyak tea tree berasal daripada daun pokok teh. Ia memiliki sifat antibakteria dan anti-inflamasi yang dapat menolong mengatasi masalah muka breakout. Selain itu, minyak tea tree ini juga mampu mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit muka yang boleh menyebabkan punca breakout.

Caranya adalah campurkan 2 ke 3 titis minyak tea tree dengan 1 sudu makan minyak kelapa atau minyak almond. Kemudian, sapukan campuran tersebut ke muka anda dan biarkannya selama 10 ke 15 minit. Akhir sekali, bilas muka dengan air panas. Untuk mendapatkan hasil yang maksimal, anda perlu mengamalkan kaedah ini selama 1 ke 2 kali seminggu.

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Fimela

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×