Jerawat adalah isu yang sering dialami oleh remaja. Kebiasaannya jerawat timbul di bahagian muka atau bahagian berminyak. Jarang sekali dengar jerawat dalam telinga tapi sekali ia timbul, memang rasa menyakitkan.
Ramai tertanya punca jerawat timbul di telinga kerana kesakitannya yang melampau di bahagian itu. Jerawat itu pula muncul pada waktu yang tak dijangkakan, menyebabkan ramai yang tidak bersedia dengannya. Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai punca jerawat dalam telinga!
Baca juga: Suka Korek Telinga Guna Besi, Gegedang Telinga Pecah & Bocor!
PUNCA JERAWAT DALAM TELINGA
1. Jangkitan Akibat Menindik Telinga
Iritasi disebabkan oleh tindikan boleh menyebabkan pembentukan benjolan kecil atau bengkak pada cuping telinga atau dalam salurang telinga, di sebelah kawasan tindikan. Komponen utama jangkitan adalah kotoran, wax dan minyak. Seterusnya, benjolan yang telah terbentuk boleh berkembang menjadi jerawat atau bisul dan menyakitkan seseorang.
2. Tidak Menjaga Kebersihan
Untuk pengetahuan anda, salur telinga adalah bahagian sensitif dan tidak boleh dicucuk menggunakan pin, pencungkil gigi atau sebarang objek yang tajam. Ini kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan.
Bukan itu sahaja, kalau nak tahu tangan serta rambut yang tidak dicuci dan fon telinga kotor boleh membawa bakteria berbahaya masuk ke dalam telinga. Oleh itu, ia akan tumbuh dan menyebabkan jerawat. Malah, iritasi daripada bahan fon telinga juga mampu menyebabkan benjolan di telinga seseorang.
3. Benjolan Keloid
Benjolan tisu berserabut terjadi di kawasan kecederaan dan kelihatan seperti parut. Ia dipanggil keloid dan biasanya nampak berhampiran tindikan telinga. Jadi, jika nak menyingkirkannya, anda perlu dapatkan nasihat perubatan.
4. Otitis Externa
Kebiasaannya dikenali sebagai telinga perenang. Penyakit ini terjadi akibat berenang di dalam air yang tidak bersih. Justeru itu, bakteria yang terdapat dalam air akan menyebabkan jangkitan pada telinga luar dan dalam saluran telinga.
Selain itu, sebab lain untuk penyakit ini adalah menggaru telinga menggunakan objek yang tidak bersih atau ada objek kecil tersepit di dalam telinga.
5. Perubahan Hormon
Untuk pengetahuan anda, perubahan hormon dalam badan juga boleh menyebabkan pembentukan zits, terutamanya dalam kalangan wanita.
6. Punca-punca Lain
Tahukah anda masalah kesihatan kronik seperti kanser juga boleh menyebabkan jerawat dan benjolan di telinga. Ini kerana sel-sel kanser boleh menjadi malignanti atau benigni.
Sila dapatkan rawatan daripada pakar dermatologi jika benjolan di telinga tidak sembuh dalam masa seminggu atau lebih dan yang pastinya kelihatan berbeza daripada jerawat biasa.
Jadi dah tahu kan punca jerawat dalam telinga? Jaga setiap bahagian tubuh yang telah dikurniakan agar jerawat tidak timbul di bahagian yang tidak sepatutnya. Semoga Bermanfaat!
Sumber: Stylecraze