0-6 Bulan

5 Bahaya Amalan Tindik Telinga Bayi Yang Sering Dipandang Ringan

385
SHARES
tindik telinga bayi

“Minggu depan dah ada kenduri akikah. Bagus juga kalau pakaikan anting-anting, mesti comel. Tapi, berapa umur sesuai untuk tindik telinga bayi?”

Memakai subang atau anting-anting pada telinga adalah amalan yang telah dilakukan sejak dulu lagi.

Ramai yang beranggapan bahawa kesakitannya adalah minima dan sangat sementara. Namun hakikatnya ia boleh mendatangkan bahaya, lebih-lebih lagi jika ia bukan dikendalikan oleh ahlinya.

Selari dengan itu, UNICEF (The United Nations Children’s Emergency Fund) juga menentang amalan ini kerana ia tidak mendatangkan manfaat kepada si anak. Malah, terdapat petisyen yang menyarankan agar amalan ini diharamkan di United Kingdom.

Foto Kredit: thejewelryvine.com

Foto Kredit: thejewelryvine.com

5 Bahaya Tindik Telinga Bayi

Berikut adalah 5 sebab kenapa kita tak sewajarnya tindik telinga bayi yang masih kecil.

1. Sakit, Tidak Selesa

Menurut Dr Swanson melalui portal Parents.com, walaupun doktor akan menggunakan ubat bius seperti suntikan untuk melalikan kesakitan, rasa tidak selesa ini tidak boleh dihilangkan sepenuhnya.

Malah ada dakwaan mengatakan bahawa luka tindikan boleh menyebabkan kekejangan ataupun sawan.

tindik telinga bayi

Foto Kredit: thealphaparent.com

2. Masalah Kebersihan

Sebaiknya tindik telinga dijalankan di klinik kerana ia memerlukan jarum pakai buang yang steril, memakai gel antibakteria, atau menggunakan sarung tangan khas.

Premis yang tidak berdaftar atau tidak mempunyai kepakaran dalam hal ini mungkin akan mengabaikan langkah keselamatan yang perlu dijaga rapi.

tindik telinga bayi

Foto Kredit: youtube.com

3. Jangkitan Kuman

Luka tindikan yang tidak dirawat atau dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan kuman tetanus.

Jangkitan kuman juga boleh menimbulkan kerengsaan dan menjadikannya bernanah.

Foto Kredit: guff.com

Foto Kredit: guff.com

4. Alahan

Ibu bapa perlu berhati-hati untuk memilih anting-anting yang diperbuat daripada bahan berkualiti seperti emas, platinum, dan titanium.

Menurut Utusan Malaysia, emas yang tidak 100% tulen seperti logam saduran daripada kromium mudah berkarat dan boleh menyebabkan alahan.

Lebih teruk ia akan menyebabkan bengkak atau keradangan.

tindik telinga bayi 3

5. Mengehadkan aktiviti bayi

Anak kecil juga masih lasak dan akan bergerak aktif tanpa memikirkan luka tindikan.

Ketidakselesaan ini juga mungkin akan membuat mereka meragam dan sering menangis.

Sebab itulah ada pendapat yang mencadangkan bahawa usia terbaik untuk menentukan sama ada anak anda mahu ditindik adalah sekitar usia 10 tahun. Ini kerana, pada usia tersebut mereka sudah dapat mengawal kelasakan dan dapat bertanggungjawab menjaga luka tersebut.

tindik telinga bayi

Foto Kredit: sheknows.com

Beri Perhatian Kepada Luka Tindikan

Benar, ramai yang berpengalaman tindik telinga bayi sebelum ini dan anda yakin ianya tidak akan mendatangkan komplikasi yang teruk.

Jika anda telah mempertimbangkan perkara di atas dan berasakan bahawa anak anda sudah bersedia untuk tindik telinga, pastikan anda mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukannya.

Selain itu, beri perhatian kepada luka tindikan dalam masa 6 minggu pertama. Antara yang boleh dilakukan adalah mencuci dengan air bersih bagi mengelak jangkitan kuman atau alahan.

Sekurang-kurangnya anda perlu menunggu 6 bulan kerana antibodi bayi masih lemah untuk melawan sebarang jangkitan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×