Famili

7 Tips ‘Child Proofing’ Rumah Anda Supaya Mesra Bayi & Anak Kecil

321
reads
keselamatan di rumah

“Risau pula bila anak-anak dah pandai mencapai barang-barang. Tapi, takkan nak simpan semua barang di rumah ini. Bagaimana memastikan keselamatan di rumah?”

Kemalangan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada di luar mahupun dalam rumah.

Rumah yang selamat didiami oleh orang dewasa tidak semestinya selamat kepada bayi dan kanak-kanak juga.

keselamatan di rumah

Foto Kredit: parent101.com.au

Bagaimanakah Mengetahui Tahap Keselamatan Di Rumah?

Peralatan yang boleh mencederakan bayi sebenarnya bukanlah barangan yang nampak bahaya, tetapi kebanyakannya adalah alatan yang biasa digunakan.

Bayi yang sudah boleh merangkak dan berjalan khususnya, akan lebih banyak meneroka sekeliling mereka. Alam persekitaran merupakan guru mereka pada usia ini.

Namun, keseronokan boleh bertukar menjadi malang sekiranya ibu bapa tidak berhati-hati.

proses bayi merangkak

Foto Kredit: thebump.com

7 Tips ‘Child Proofing’, Jamin Keselamatan Di Rumah Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak. Elak Bahaya!

Berikut adalah tips keselamatan di rumah yang boleh diamalkan, terutamanya untuk ibu bapa yang baru menimang cahaya mata dan semakin membesar.

1. Peralatan Elektrik

Setiap rumah kebanyakannya dilengkapi dengan peralatan eletrik.

Peralatan elektrik, walaupun membantu dalam kehidupan seharian, namun ia boleh mengundang bahaya kepada penghuni rumah terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Letakkan peralatan elektrik seperti periuk nasi, pemanas air, cerek, seterika dan yang berkaitan di tempat tinggi yang tidak boleh dicapai oleh bayi dan kanak-kanak.

Wayar elektrik yang terjuntai juga perlu diambil perhatian. Suis atau soket perlu dipastikan selamat dari dijadikan permainan oleh bayi dan kanak-kanak.

keselamatan di rumah

Foto Kredit: accidents.co.za

2. Perabot

Perabot yang cantik pasti menjadi kegilaan ramai ibu.

Walaubagaimanapun, keselamatan anak-anak harus diambilkira.

Cantik di mata tidak semestinya selamat kepada anak-anak. Pastikan bucu-bucu meja, kerusi, dan almari ditutup agar tidak mencederakan anak-anak di rumah.

Penutup bucu (edge protector) ada juga dijual di pasaran. Bayi dan kanak-kanak yang bermain masih belum faham apa itu bahaya.

Hal ini sering diambil ringan oleh ibu bapa. Walaupun nampak seperti perkara kecil, tetapi harus diingat bahawa malang tidak berbau.

keselamatan di rumah child proofing

Foto Kredit: decoist.com

3. Bilik Air / Tandas

Pintu bilik air dan tandas hendaklah sentiasa ditutup sama ada ketika anda berada di rumah ataupun tidak.

Bayi yang sedang meneroka boleh masuk dan bermain air di dalam bilik air.

Kes-kes seperti bayi lemas di dalam baldi perlu dijadikan pengajaran kepada ibu bapa.

Selain itu, keadaan lantai yang licin juga boleh membahayakan kanak-kanak yang sudah pandai mandi sendiri.

Jika tidak berhati-hati, orang dewasa juga boleh tergelincir dan cedera.

Foto Kredit: modbots.com.au

Foto Kredit: modbots.com.au

4. Pintu & Laci

Anak-anak kecil masih belum pandai membuka dan menutup pintu dengan sendiri.

Oleh itu, sebagai yang lebih dewasa, kita perlu mengambil perhatian tentang perkara ini. Pastikan tombol setiap pintu tidak terkunci dari dalam.

Anda juga boleh menggunakan penyendal bawah pintu untuk mengelakkan pintu dari tertutup dan membahayakan anak-anak.

Anda juga boleh menggunakan penahan pintu (door stopper) jika bimbang jari atau tangan anak-anak tersepit.

keselamatan di rumah

Foto Kredit: babycenter.com

5. Makanan Tumpah / Jatuh

Sewaktu anak-anak makan, tidah sah jika tiada makanan yang berselerak atau tumpah.

Segera bersihkan sisa makanan dan minuman yang tumpah agar anak-anak tidak mengutip semula makanan tersebut.

Makanan yang telah jatuh di atas lantai bersifat kotor dan mengandungi kuman. Ini boleh mengundang penyakit jika terkena jangkitan kuman.

Ajar anak-anak supaya tidak mengutip makanan yang telah jatuh baik di lantai mahupun di meja.

keselamatan di rumah

Foto Kredit: sheknows.com

6. Bahan Beracun

Bahan-bahan seperti sabun, minyak angin, penyembur serangga, pembasmi kuman, racun tikus, dan lain-lain lagi merupakan antara bahan beracun yang biasanya ada di rumah.

Simpan bahan-bahan ini di tempat tinggi atau tersorok seperti di dalam laci dan labelkan.

Jika terminum atau termakan bahan-bahan ini boleh menyebabkan kematian.

Bukan sahaja bayi dan kanak-kanak, malah orang dewasa juga tidak terkecuali.

keselamatan di rumah

Foto Kredit: decoist.com

7. Permainan

Ibu bapa perlu selalu memeriksa permainan anak-anak sama ada telah pecah, tercabut skru, patah, dan koyak supaya anak-anak tidak mendapat kecederaan dari permainan yang rosak.

Bahagian yang tajam setelah patah/pecah akan melukakan tubuh anak-anak.

Skru yang tercabut dan span/gabus yang terkeluar akibat koyak boleh menyebabkan bayi tercekik.

Pastikan juga permainan anak-anak diasingkan mengikut kesesuaian umur mereka.

Misalnya, guli yang menjadi permainan si abang berumur 3 tahun ke atas tidak sesuai untuk bayi kerana bayi cenderung untuk memasukkannya ke dalam mulut.

keselamatan di rumah

Foto Kredit: pinaymommies.com

Jangan Ambil Mudah

Demikian antara perkara yang perlu dititikberatkan di rumah. Jika belum dipraktikkan, anda boleh mulakannya dari sekarang.

Peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan keselamatan anak-anak di rumah.

Maklumkan juga kepada pengasuh anak-anak supaya mengambil perhatian tentang perkara di atas.

Keselamatan anak-anak tidak boleh dipandang enteng. Nyawa mereka tidak boleh ditukarganti.

Kita sebagai orang dewasa perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Yang Popular

To Top