DIY & Kraf

Buat Lampu Emergency Untuk Standby Masa Blackout. Modal RM2 Tapi Terang-benderang!

2.5K
SHARES

“Alamak, tiba-tiba takde elektrik pulak. Handphone dahlah low battery. Mana pulak aku simpan lampu suluh ni…”

Biasanya kalau bekalan elektrik terputus memang tak ada notis. Masa tulah tak jumpa lilin, tak ingat letak lampu suluh kat mana, bateri handphone pulak nyawa-nyawa ikan. Stresnya, takkan nak bergelap je kan?

Apa kata kita standby buat satu lampu kecemasan dekat rumah. Tampal dekat dinding nanti senang sikit nak tekan bila-bila perlu.

Dalam perkongsian oleh Wan Emilia Eliyshah ini, beliau dah cuba test power dan cadangkan lampu dari kedai Eco RM2.10 je. Murah tapi serius terang!

Jom baca selengkapnya.

Guna Lampu LED Dari Kedai RM2 Untuk Standby Masa Kecemasan

Sebenarnya lampu kecemasan ni idea oleh ayah saya. Korang wajib beli lampu LED kat kedai ECO ni untuk kecemasan waktu tak ada elektrik.

Senang sebab tak payah dah pasang lilin, tak payah susah-susah cari lighter atau pasang torchlight handphone  lepas ni. Murah pun murah kan. Harga cuma RM2.10 je tapi tak termasuk baterilah.

Pasang Dekat Dinding

Nak buat lampu emergency ni, korang cuma perlu beli lampu LED kecik ni lepas tu beli bateri 3A yang kecik tu.

Kemudian boleh terus pasang dan tampal je kat dinding.

Kalau nak lebih kukuh, letak lagi double tape kat belakangnya.

Hasilnya Memang Terang!

Mesti ramai nak tengok sejauh mana terang lampu LED ni.

Walaupun murah, tapi berbaloi tau.

Cuba korang tengok video kat bawah.

Saya cadangkan beli banyak sikit, boleh pasangkan kat rumah orang tua kita.

Nanti senang orang tua kita tekan je lampu tu kalau tak ada eletrik .

Selain tu sebenarnya boleh juga guna untuk meja makeup. Letak kat sekeliling cermin, fuhhh memang terbaikk!

Patutlah stok banyak dah habis!

Selamat Mencuba

Mudah dan praktikal, semoga tips ini dapat membantu mengelakkan kita daripada terpaksa bergelap sekiramya bekalan elektrik terputus tiba-tiba di rumah.

Dibuatnya tengah sorang-sorang, haru jugak kan?

So, lepas ni bolehlah cuba ya. Mana tahu dapat memudahkan… Ini bukan iklan tau!

*Tips buat lampu kecemasan di rumah ini dikongsikan oleh Wan Emilia Eliyshah menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×