Advertorial

Bimbang Kos Sara Hidup Makin Tinggi? Ini 5 Cara Untuk Jimatkan Belanja Harian Anda & Keluarga

996
SHARES

Umum mengetahui tekanan inflasi merupakan masalah yang kian serius bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia sekarang ini. Mesti ramai yang perasankan kebanyakan harga makanan dah mula naik, bahkan jauh berbeza dengan harga terdahulu.

Hal ini pastinya membimbangkan ramai orang kerana secara tidak lansung belanja harian akan lebih meningkat dan menjadi satu beban buat kita semua.

Jadi suka untuk kami ingatkan agar anda kawal perbelanjaan semampu boleh, kalau tak pasti macam mana nak jimat dan minimakan perbelanjaan itu, nah cuba je 5 tips yang kami senaraikan di bawah:

catat perbelanjaan keluarga secara harian

Salah satu sebab kenapa perbelanjaan bulanan jadi lebih dari sepatutnya adalah kerana tiada rekod perbelanjaan dari awal, yelah kadang-kadang tu dalam asyik membeli tak sedar sebenarnya dah terlebih belanja jadi dengan catat segala pembelian dapat memudahkan anda untuk lebih berhati-hati.

Tambah barang keperluan rumah bila ada promosi

Bila ada promosi istimewa untuk barang keperluan yang tahan lama seperti sabun pencuci, ubat gigi, syampu atau barang-barang seumpamanya, terus beli dalam kuantiti yang lebih. Cara ini sedikit-sebanyak akan membantu anda untuk lebih jimat belanja untuk beberapa bulan akan datang.

Padam lampu dan kipas

Padam lampu dan kipas dekat rumah itu bila tak digunakan. Lagi satu, jangan lupa cabut plug selepas cas handphone atau laptop. Benda ini nampak remeh tapi tak ramai orang buat tau, rugi sangat sebab sebenarnya ia membantu dalam menjimatkan penggunaan tenaga elektrik yang mana bakal mengurangkan kadar pengecasan bil di rumah anda.

Ubah gaya hidup

Kalau sebelum ini dah terbiasa membeli-belah baju baru setiap bulan, sekarang dah tiba masanya untuk latih diri agar lebih disiplin. Jangan biarkan kehendak anda memakan diri, jadikan aktiviti membeli-belah sebagai satu ganjaran yang hanya dilakukan dalam beberapa bulan sekali dan tetapkan bajet mengikut kemampuan agar tidak terlebih belanja.

Manfaatkan baucar dan kod promosi bila berbelanja atas talian

Belanja atas talian ini ada banyak faedahnya seperti jimat masa, petrol serta duit parking. Anda pun tak payah nak keluar rumah berpanas dan duduk dalam kereta lama-lama tinggal pilih barang yang anda perlu melalui handphone lepas itu tunggu je barang sampai ke depan rumah.

Jangan lupa juga untuk manfaatkan baucar atau kod promosi yang ditawarkan tau, dengan potongan harga ini boleh anda boleh jimat banyak!

Nak lagi jimat? Langgan je pandapro!

Sekarang anda boleh jimat sakan dengan hanya melanggan pakej pandapro! Paling best sekarang foodpanda juga tawarkan dua bulan langganan pandapro secara percuma dan ada baucar bernilai RM50 menanti 4 juta pengguna bertuah! Syoknya!

Antara kelebihan yang bakal anda nikmati dengan langganan pandapro adalah seperti di bawah:

  1. Servis penghantaran foodpanda percuma sebanyak 12 kali.
  2. Diskaun 20 peratus di lebih 20,000 restoran terpilih.
  3.  Baucar diskaun 20 peratus untuk pandamart.
  4. Diskaun sehingga 25 peratus jika makan di restoran (dine-in) (tawaran khas untuk pelanggan pandapro sahaja).

Paling penting harga pakej langganan pandapro adalah sangat berpatutan, dengan hanya RM8.90 korang akan dapat nikmati pelbagai kelebihan!

Harga langganan:

  • Satu (1) bulan @ RM8.90, jimat sehingga 70 peratus.
  • Enam (6) bulan @ RM6.90/bulan, jimat sehingga 77 peratus.
  • 12 bulan @ RM4.90/bulan, jimat sehingga 84 peratus.

Sekiranya anda berminat untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai tawaran hebat ini, anda boleh muat turun turun aplikasi foodpanda di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery atau layari laman web rasmi mereka di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×