Asuh

Teknik Menyelamatkan Bayi Tercekik Dari St John Ambulance

61
SHARES
Bayi Tercekik

teknik-menyelamatkan-bayi-tercekik

Lebih 40% ibu-bapa telah memberitahu St John Ambulance, mereka telah menyaksikan bayi mereka tercekik depan mata!. Dan apabila ibu-bapa ini disoal tentang apa bantuan kecemasan yang perlu dilakukan, ramai yang menggeleng kepala.

Tanda tanda bayi tercekik

Sebelum itu, mari ketahui apa tanda-tanda bayi tercekik dari Kementerian Kesihatan Malaysia:

Kanak-kanak mungkin akan mengalami:

  • Sesak nafas secara tiba-tiba.
  • Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
  • Menggenggam kerongkong.
  • Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
  • Bernafas dengan cepat.
  • Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
  • Pengsan.
  • Berhenti bernafas.

Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami :

  • Batuk yang berterusan.
  • Termengah-mengah.
  • Tiada apa-apa tanda.

 

Kajian St John Ambulance

Kajian baru oleh St John Ambulance mendedahkan bahawa empat daripada lima daripada ibu bapa tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika bayi mereka tercekik. Maka pihak St John Ambulance berkongsi video ini untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana untuk menyelamatkan bayi dari tercekik.

Bayi Tercekik

Foto Kredit: aprilwallacesimington.blogspot.com

Pihak St John Ambulance juga meminta ibu bapa terus berkongsi video ini agar lebih ramai orang boleh belajar bagaimana cara mengatasi bayi tercekik dan secara tidak langsung, boleh bertindak menyelamatkan nyawa kanak-kanak.

Sudah selesai tonton? Mudah sahaja caranya bukan?

Teknik Menyelamatkan Bayi Tercekik (1)

1. Kalau bayi tercekik, pangku dan tiarapkan bayi

2. Tepuk bahagian belakang bayi sebanyak 5 kali

3. Jika masih lagi tercekik, pusingkan bayi

4. Lakukan ‘chest thrust‘ sebanyak 5 kali

In Shaa Allah, berjaya. Jika masih juga belum berjaya, jerit kuat-kuat minta pertolongan jiran. Call ambulan untuk bantuan.

Yang penting, jangan panik.

 

Teknik Menyelamatkan Bayi Tercekik (2)

Ini pula dari Kementrian Kesihatan Malaysia. Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda tercekik?

Langkah-langkah jika anak anda tercekik :

LAKUKAN :

  • Tunggu sehingga mangsa batuk.
  • Minta bantuan.
  • Buka mulut anak anda perlahan-lahan – keluarkan objek jika jelas kelihatan.
  • Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.

JANGAN :

  • Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
  • Mendongakkan kepala mangsa.
  • Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan
  • Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.

BAGI KANAK-KANAK DEWASA

  • Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
  • Posisikan badan anda di belakang mereka.
  • Lakukan Heimlich manouvre.
  • Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR).

Akhir kata

Ibu bapa, penjaga dan pengasuh juga digalakkan mempelajari teknik ini dan menyertai kelas CPR sebagai persediaan sekiranya perkara tidak diingini berlaku kepada bayi di bawah jagaan mereka. Ini sekali gus mampu menyelamatkan nyawa bayi berkenaan dan mengelak tragedi.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×