Cantik

7 Kesilapan Semasa Mencuci Rambut Yang Kita Selalu Buat

291
SHARES
cara mencuci rambut

“Eh apasal rambut aku masih kasar dan gatal, padahal baru sahaja basuh dan syampu malam tadi? Masuk ni dah banyak kali tukar syampu tapi masih tak jumpa yang sesuai. Tak tahulah ni masalah syampu atau rambut aku. Apa cara mencuci rambut yang betul ye sebenarnya?”

Tahukah anda bahawa sebenarnya cara mencuci rambut yang anda lakukan adalah tidak tepat? Sebab itu tanpa disedari, teknik basuhan yang anda sering lakukan menyebabkan rambut menjadi kurang bermaya dan berseri.

Mungkinkah anda biasa melakukan salah satu daripada 7 kesilapan ini?

Foto Kredit: howtoremovethat.com

Foto Kredit: howtoremovethat.com

7 Kesilapan Semasa Mencuci Rambut Yang Kita Selalu Buat

Menurut pakar rambut terkenal New York dari Nunzio Saviano Salon, Nunzio Saviano dan pewarna rambut popular dari Oscar Blanc Salon iaitu Kyle White, terdapat beberapa kesilapan dalam cara mencuci rambut yang sering dilakukan.

Antaranya adalah:

1. Rambut belum cukup basah sebelum di syampu

Basahkan sekeliling rambut sebelum meletakkan syampu di rambut. Sebaiknya guna air suam kerana air yang sedikit panas ini akan membuka kutikel yang membolehkan semua kotoran melekat pada rambut tertanggal.

Ia juga menanggalkan minyak pada kulit kepala serta membuka kutikel agar zat dalam perapi boleh meresap ke dalam kulit.

Foto Kredit: cogxio.tumblr.com

Foto Kredit: cogxio.tumblr.com

2. Abaikan penggunaan perapi

Siapa kata perapi (conditioner) tak penting? Ia sangat membantu melembutkan rambut, terutamanya yang panjang.

Jika rambut anda melepasi bahu, sapu perapi  pada hujung rambut dan biarkan seketika sebelum membilasnya. Zat dalam perapi akan lindungi hujung rambut daripada menjadi cepat kering dan rosak . Selepas itu baru syampu satu kepala.

Foto Kredit: stylecraze.com

Foto Kredit: stylecraze.com

3. Syampu tak sampai ke kulit kepala

Rambut yang berada di sekeliling kulit kepala adalah bahagian yang paling berminyak manakala rambut bahagian hujung adalah yang paling fragile.

Jadi sebaiknya syampu bahagian kulit kepala sahaja.

4. Guna terlalu banyak syampu

Disarankan agar mengguna syampu sebesar duit syiling pada tapak tangan untuk mencuci rambut.

Jika anda berambut panjang ataupun memiliki rambut yang tebal, boleh mengguna dua kali daripada jumlah itu.

Foto Kredit: easy-hairstyles.net

Foto Kredit: easy-hairstyles.net

5. Syampu dengan kasar

Ada yang akan menggosok kepala dengan kasar dan menggunakan kuku yang tajam dengan harapan dapat menanggalkan semua kotoran atau kelemumur. Tapi, cara ini salah kerana ia boleh mengusutkan rambut. Apabila rambut menjadi kusut, ia sukar dileraikan dan hasilnya rambut mudah gugur.

Sebaliknya, urut kulit kepala dari atas ke bawah perlahan-lahan dengan hujung jari. Ini dapat meningkatkan pengaliran darah ke kulit kepala secara tak langsung menggalakkan pertumbuhan rambut.

Rambut gugur semasa mengandung

Foto Kredit: huffingtonpost.com

6. Syampu lebih daripada sekali

Ini memang satu mitos yang sering didengari iaitu untuk menghilangkan minyak, perlu syampu dua kali.

Sebenarnya, satu kali syampu sahaja sudah memadai untuk membuang segala kotoran dan minyak yang terkumpul pada rambut kecuali anda baru sahaja selesai menyertai aktiviti ekstrim serta lasak.

7. Bilas syampu dengan air panas

Jika tadi anda menggunakan air panas untuk mula membasahkan rambut, lain pula caranya untuk membilas.

Air sejuk akan menutup kutikel dan lapisan luar kulit kepala menjadikan rambut nampak segar dan berseri.

Amalkan cara mencuci rambut yang betul

Sekarang, pastikan anda mengikuti teknik dan cara mencuci rambut yang betul. Tentu anda akan dapat merasakan perubahan yang ketara terhadap kualiti rambut anda.

Pemilihan syampu yang bersesuaian juga dapat memastikan rambut anda cantik berseri dan kekal lembut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×