Sihat

10 Kali Lebih Antioksida Berbanding Madu Biasa, Ini 9 Khasiat Luarbiasa Madu Kelulut

413
SHARES
madu kelulut

Kelebihan Madu Kelulut Berdasarkan Kajian Sains 

Pernahkah seseorang mengesyorkan madu kelulut kepada anda? Apa sebenarnya madu kelulut dan apakah bezanya berbanding madu biasa?

Madu kelulut berasal daripada lebah Meliponine sp.

Disebabkan sifat lebah kelulut yang tidak menyengat, madu kelulut juga dikenali sebagai stingless bee honey.

Lebah kelulut hanya hidup di kawasan tropika dan subtropika seperti Asia Tenggara, Australia dan Afrika.

kelebihan madu kelulut

Kredit Foto : projekmm.com

Apa Itu Madu Kelulut?

Madu kelulut rasanya masam-masam manis dengan sedikit rasa buah.

Madu ini juga berwarna lebih gelap menunjukkan kandungan antioksidanya yang sangat tinggi berbanding madu lain yang berwarna kuning keemasan.

Selain antioksida, madu kelulut juga terkenal sebagai makanan tambahan yang kaya dengan pelbagai kelebihan untuk kesihatan badan seperti antimokrob, antiradang, dan antikulat.

Dengan pelbagai manfaat yang ditawarkan madu kelulut, kerajaan telah mewartakan jenama Madu Kelulut sebagai Superfood bagi negara kita sejak tahun 2017.

Tahukah anda apakah perbezaan madu kelulut dengan madu biasa?

stingless bee honey

Lebah kelulut dikenali dengan nama saintifik Trigona spp

Perbezaan Madu Kelulut Dengan Madu Biasa

Menurut DoctorOnCall, perbezaan antara lebah biasa dan lebah kelulut adalah:

  1. NAMA SAINTIFIK – Lebah madu biasa dikenali dengan nama saintifik Apis spp manakala lebah kelulut ialah Trigona spp. Lebah madu di Malaysia terdiri daripada Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) dan Lebah Hutan/ Lebah Tualang (Apis dorsata).
  2. SARANG LEBAH – Jika bercerita tentang sarang lebah, ramai yang akan membayangkan ruangan yang berbentuk heksagon dan di dalamnya berisi madu. Bagi lebah kelulut pula, sarangnya berbentuk seperti tempayan dengan satu ruangan masuk yang diperbuat daripada propolis.
  3. WARNA MADU – Dari segi warna madu pula, kelulut menghasilkan warna madu yang sedikit gelap kehitaman manakala lebah biasa menghasilkan warna madu kekuningan emas mengikut spesies masing-masing.
  4. STRUKTUR PROPOLIS – Struktur propolis yang hanya terdapat pada madu kelulut pula membuatkan ia kaya dengan sumber antioksidant yang tidak terdapat pada madu biasa.
madu kelulut

Foto kredit: MARDI

Unik kan?

Mari kita kenali kelebihan madu kelulut pada kesihatan tubuh badan.

9 Kelebihan & Khasiat Madu Kelulut Berdasarkan Kajian Sains

1. Sumber Antioksida Yang Sangat Baik

Madu kelulut mengandungi 10 kali ganda khasiat antioksida berbanding madu biasa. Kelebihan antioksida luarbiasa yang dimiliki madu kelulut menjadikan ia cukup popular sebagai makanan tambahan bagi mencegah aktiviti radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan keradangan serta melemahkan sistem imuniti badan.

Antara komponen antioksida yang dijumpai dalam madu kelulut ialah kompaun fenolik seperti flavonoid dan asid polifenik.

2. Pengganti Gula Yang Baik Untuk Pesakit Diabetes

Madu kelulut yang dikategorikan sebagai salah satu pemanis semulajadi ini juga dilihat sesuai untuk digunakan oleh pesakit diabetes.

Kajian yang dijalankan oleh University of Queensland mendapati madu kelulut yang dihasilkan di Malaysia mengandungi nilai glisemik yang rendah.

Ini menjadikan madu kelulut baik untuk diamalkan sebagai pengganti gula tanpa menjejaskan paras gula dalam darah.

kelebihan madu kelulut

Kredit Foto : beebudzhq.com

3. Baik Untuk Menyembuhkan Luka

Kandungan antioksida yang cukup tinggi dalam madu kelulut juga membuatkan ia digelar sebagai penyembuh luka semulajadi.

Di samping itu, sifat antimokrob dan antiradang yang dimiliki oleh madu ini juga membantu dalam mencegah jangkitan pada kawasan luka.

Ini dapat membantu luka untuk sembuh dengan lebih pantas.

4. Menghalang Pengumpulan Lemak Dalam Badan

Lemak yang terkumpul dalam badan boleh mengundang pelbagai penyakit seperti obesiti, kolesterol tinggi dan penyakit jantung.

Sebuah kajian ke atas tikus makmal mendapati madu kelulut mampu mencegah pengumpulan lemak berlebihan dalam badan.

Di samping itu, kajian tersebut juga mendapati madu kelulut mengandungi sifat anti-obesiti dengan membantu menurunkan peratusan lemak dalam badan.

5. Berpotensi Untuk Meningkatkan Kualiti Sperma

Sebuah kajian ke atas tikus makmal mendapati penggunaan madu kelulut yang tinggi antioksida berkesan dalam mengurangkan stres oksidatif pada organ reproduktif lelaki justeru meningkatkan kualiti sperma.

6. Berpotensi Sebagai Pencegah Katarak

Menjelang usia semakin meningkat, selaput pada mata atau kekaburan penglihatan boleh berlaku akibat katarak.

Sebuah kajian ke atas tikus makmal mendapati madu kelulut dapat memperlahankan pembentukan selaput pada kanta mata akibat penyakit tersebut.

Namun, kajian yang lebih mendalam perlulah dijalankan bagi mengesahkan keberkesanannya pada pesakit katarak.

7. Baik Untuk Kesihatan Kulit

Seperti yang kita tahu, madu yang tinggi dengan antioksida sentiasa dipilih menjadi bahan utama dalam produk kecantikan wajah.

Kajian lain mendapati madu kelulut memiliki sifat antipenuaan yang baik serta membantu merangsang penghasilan kolagen untuk mengekalkan keremajaan kulit.

Menariknya, kajian ini dilakukan menggunakan madu kelulut dari negara kita sendiri !

kelebihan madu kelulut

8. Berpotensi Untuk Meningkatkan Kesihatan Minda

Kajian terkini juga mendapati madu kelulut juga memiliki potensi yang tinggi untuk meningkatkan kesihatan minda.

Komponen yang ditemui dalam madu kelulut seperti phenylalanine dapat merangsang perkembangan fungsi synaptik dalam otak yang berperanan dalam menguatkan memori.

Selain menguatkan fungsi memori, kajian lain juga melihatkan manfaat madu kelulut dalam mencegah anxiety.

9. Melawan Pembiakan Mikrob

Sifat antimikrob pada madu kelulut juga semakin mendapat perhatian para penyelidik.

Kajian mendapati madu ini mampu melawan perkembangan pelbagai jenis bakteria dan kulat seperti E.coli yang menyebabkan cirit-birit dan jangkitan salur kencing, serta S.aureus dan Candida albicans yang sering menjadi punca penyakit kulit.

Wah, Memang Layak Digelar Superfood!

Memang tidak hairanlah ia digelar oleh kerajaan Malaysia sebagai Superfood dengan pelbagai khasiat yang ditawarkan oleh madu kelulut.

Jenama madu dari Malaysia ini wajar diraikan sebagai makanan tambahan yang sangat baik untuk diamalkan saban hari.

Kelebihan madu kelulut dengan kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding madu lain juga menjadikan ia subjek tumpuan bagi ramai para penyelidik untuk mengkaji dengan lebih mendalam.

Sumber rujukan:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×