Sihat

24 Jam Tersadai Main Telefon Je, Ketahuilah Anda Ada Masalah Ketagihan Gajet Yang Bahaya!

10
SHARES
ketagihan gajet

“Engkau ni memang dah ketagihan telefon pintar dah, 24 jam asyik main itu je!”

Ini merupakan antara masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang tanpa mereka sedari. Menghadap telefon pintar selama berjam-jam sehari tanpa buat perkara yang lain merupakan sejenis ‘penyakit’. Mana tidaknya, akan terjadi masalah sakit mata, wajah kusam dan ‘numbness’ pada tangan kerana memegang gajet terlampau lama.

Apa kata anda perhatikan 5 tanda ini dalam diri supaya ketagihan ini segera dibuang!

Baca juga: Cara Nak Elak Mabuk Laut Setiap Kali Naik Bot, Confirm Tak Pening & Muntah Dah!

5 PETANDA ANDA KETAGIHAN TELEFON PINTAR!

ketagihan gajet

Ketagihan telefon bimbit juga kadangkala dikenali sebagai “nomophobia” (takut hidup tanpa telefon bimbit). Mungkin sudah sampai waktunya untuk menilai semula penggunaan teknologi anda untuk elak kesan negatif di masa hadapan!

Tanda anda ketagihan telefon bimbit:

1. Bermasalah menyelesaikan tugas di tempat kerja atau di rumah

Adakah anda perasan banyak tugasan anda di rumah tidak dapat diselesaikan pada waktunya? Atau mungkin juga anda bekerja lebih lewat kerana tidak dapat menyelesaikan tugasan tepat pada waktunya?

Ia mungkin kerana anda banyak menghabiskan masa dengan berbual di WhatsApp, atau bermain permainan video.

2. Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan

Kehidupan sosial anda semakin teruk? Jika melepak bersama kawan, anda sering tertinggal topik perbualan kerapa kerap main phone? Ada rakan atau ahli keluarga menyatakan kebimbangan mengenai penggunaan telefon anda?

Kesemua ini membawa maksud bahawa anda telah mengasingkan diri anda daripada dunia sebenar.

3. Menyembunyikan penggunaan telefon bimbit

Jika anda pernah menyelinap keluar ke tempat lain semata-mata untuk menggunakan telefon, atau menyembunyikan penggunaan telefon pintar daripada bos dan keluarga, ini tanda anda mengalami ketagihan.

Seseorang yang obses telefon juga akan berasa jengkel atau naik angin sekiranya diganggu semasa menggunakan telefon.

4. Berasa takut jika ketinggalan

Tidak senang jika ketinggalan sebarang berita atau maklumat penting daripada telefon, atau anda sering bangun malam hanya untuk memeriksa telefon; ini tanda-tanda ketagihan telefon pintar.

5. Rasa takut, cemas, atau panik jika anda tertinggal telefon

Anda akan berasa cemas atau panik jika telefon anda tidak berada bersama anda setiap masa. Anda juga akan berasa hal yang sama sekiranya bateri telefon anda semakin berkurangan atau telefon anda tidak dapat dihidupkan.

ketagihan gajet

*Seharian tersadai main telefon sahaja, ada hati nak kahwin dengan anak raja! Jika anda mempunyai semua petanda di atas, ketahuilah anda mempunyai ketagihan dengan telefon..

Sumber: Twitter Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×