40 Minggu

6 Sebab Kehamilan Lebih Seronok Kalau Tak Tahu Jantina Bayi Dalam Kandungan

194
SHARES
tahu jantina bayi

“Dah macam-macam teknologi ada sekarang ni. Cakap saja nak scan 3d, 4d, 5d. Bukannya susah sangat nak tahu jantina bayi dalam kandungan. Tapi kenapa kamu masih nak berteka-teki ya?”

Begitulah antara soalan yang akan selalu diajukan kepada ibu-ibu yang memilih untuk tidak tahu jantina bayi dalam kandungan. Yalah, dalam dunia serba canggih ini memang banyak kemudahan dan teknologi yang memungkinkan kita tahu jantina bayi dalam kandungan secara agak tepat sebelum masa lahirnya.

Sungguhpun begitu, masih ada juga yang membuat keputusan untuk menunggu dan melihat sendiri jantina bayi dalam kandungan apabila bayi itu lahir.

Cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan

Pasangan Muda Biasanya Tak Sabar Nak Tahu Jantina Bayi Secepat Mungkin

Menerusi laman web ScaryMommy, tinjauan 2007 Gallup Poll, majoriti pasangan berkahwin lebih suka untuk tahu jantina bayi sejak dalam kandungan. Apabila dianalisis, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada pasangan muda. Biasalah, awal-awal memang ‘excited’ dan kalau boleh nak tahu semua benda.

Umumnya, waktu paling sesuai untuk mengetahui jantina bayi melalui imbasan ‘ultrasound’ adalah sekitar 18-22 minggu kehamilan. Selain umur kehamilan, peralatan yang baik, kedudukan yang strategik, dan doktor yang berpengalaman, adalah antara faktor yang memungkinkan ramalan jantina bayi dapat dibuat dengan tepat.

Kadang-kadang, walaupun masih belum nampak jelas dalam imbasan ‘ultrasound’ pun, sudah ramai yang mencari maklumat. Nak tahu jantina bayi melalui bentuk perut, cara mengidam, kelakuan ganjil, dan banyak lagi.

Walaupun dianggap tradisional, menunggu ‘kejutan’ seperti ini ada banyak seronoknya tau!

tahu jantina bayi

Foto Kredit: s3.amazonaws.com

6 Sebab Kehamilan Lebih Seronok Kalau Tak Tahu Jantina Bayi Dalam Kandungan

Ini antara sebab sesetengah ibu bapa memilih untuk menunggu hari kelahiran untuk tahu jantina bayi masing-masing:

1. Tidak Perlu Berdepan Dengan Ayat ‘Cliche’

Biasanya, kalau kita dah tahu jantina bayi dalam kandungan, tentu akan ada andaian dan soalan-soalan seterusnya yang datang bak peluru. Mungkin ada yang kita suka dengar, tetapi ada juga yang boleh membuat kita rasa bengang.

“‘Baby girl’ nak namakan apa nanti?”

“Oh, bagusnya ada anak perempuan, bolehlah tolong buat kerja rumah nanti.”

“‘Baby boy’ ya, patutlah lebar semacam perut awak ni.”

“Anak lelaki kamu nanti nak jadi apa bila besar?”

Biasanya tentulah kita akan senyum saja, tapi dalam hati mesti rasa geram juga kalau asyik berdepan dengan komen sebegitu bukan?

cara pilih bra sesuai

Foto Kredit: parents.com

2. Lebih Cermat Semasa ‘Shopping’ Barang Bayi

Memang lumrah manusia suka merancang. Jadi, kalau kita dah tahu kandungan ini lelaki atau perempuan tentu kita akan banyak membeli barangan keperluan bayi seperti baju, tikar, bedung, permainan, dan macam-macam lagi. Lebih-lebih lagi apabila sudah tahu jantina mereka.

Kalau yang perempuan, mesti cari benda yang ‘pinky’ atau ‘girly’, dan lelaki pula sebaliknya.

Tapi, kalau kita masih belum pasti, tentu kita akan lebih berhati-hati dan teragak-agak jika ingin membuat sebarang pembelian. Secara tak langsung, lebih jimatlah!

tahu jantina bayi

Memang geram bila tengok barang bayi. Macam-macam nak beli, kan?

3. Hadiah Yang Diterima Lebih Kreatif

Memang ‘trend’ zaman sekarang, selalu saja bayi akan menerima hadiah daripada teman-teman sepejabat, saudara-mara, atau sesiapa saja yang mengunjungi.

Bukanlah kita mengharapkan hadiah, tetapi kadangkala terlalu banyak hadiah sama diterima sehingga ada yang tidak sempat dipakai. Bagi kebanyakan orang, mereka akan cenderung membeli hadiah pakaian sekiranya mereka tahu jantina bayi dalam kandungan.

Namun, tentu ramai yang perlu ‘perah otak’ sedikit dan menjadi lebih kreatif dalam membelikan hadiah jika masing-masing tidak tahu jantina bayi dalam kandungan anda.

cara pilih mainan bayi mengikut usia

Foto Kredit: jpgmag.com

4. Kurang Memikirkan Kesakitan Semasa Bersalin

Apabila hampir bersalin, tentu debaran untuk tahu jantina bayi akan menjadi lebih kuat.

Jika anda tidak terlalu fokus kepada kesakitan dan memikirkan perkara lain seperti ini, ianya sedikit sebanyak membantu mengalihkan perasaan sakit kepada keterujaan. Cubalah!

Anak-anak pun mesti seronok nak teka jantina bayi dalam kandungan.

Anak-anak pun mesti seronok nak teka jantina bayi dalam kandungan.

5. Memupuk Sikap Sabar

Sepanjang 9 bulan dalam kandungan, anda telah melatih diri untuk bersabar menunggu kelahiran cahaya mata. Anda juga telah menidakkan sebarang bentuk ‘godaan’ daripada teman atau saudara untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan.

Percayalah, kesabaran ini bukan saja akan tamat setakat itu, tetapi ia juga bakal membantu anda menghadapi saat-saat sukar apabila bergelar ibu!

Sindrom Baby Blues

6. ‘Kejutan’ Yang Menggembirakan!

Bayangkanlah, anda mampu bersabar selama itu semata-mata untuk menyaksikan sendiri keajaiban yang bakal berlaku. Walaupun lelaki atau perempuan, bayi yang bakal dilahirkan tentu akan menggetarkan jiwa dan mengusik emosi anda sejak pertama kali anda melihatnya.

Dengan itu, anda pasti akan merasakan rasa syukur dengan lebih mendalam apabila mengetahui bahawa semuanya telah selamat, dan segala persoalan selama ini telah terjawab.

Selain itu, tentu ramai yang akan melawat, telefon dan memberi respon yang berbeza seperti:

“Haa… Dah agak dah!”

“Eh, tak sangka tekaan aku benar selama ni.” 

Lucu juga, kan?

9 Petua Mudah Bersalin, Agar Lancar Melahirkan Bayi

Foto Kredit: texillaconnect.com

Sanggupkah Anda Menunggu?

Sebenarnya, apa pun keputusan yang anda pilih, anda tidak perlu rasa bersalah atau memuaskan hati sesiapa. Yang penting, bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat dilahirkan.

Kalau teringin mengalami pengalaman yang berbeza, cubalah lalui 9 bulan tanpa mengetahui jantina bayi anda. Selalunya, ramai juga ibu bapa yang berbuat begini dalam kehamilan yang kedua dan seterusnya.

Jadi, walau apa pun pilihan anda, terserahlah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×