40 Minggu

5 Tips Shopping Barang Baby. Mesti Excited Kan?

1.4K
reads
Shopping Barang Baby

Selalunya pasangan yang nak dapat anak sulung ni tak sabar-sabar nak shopping barang bayi,kan? Tiap-tiap bulan asingkan duit gaji untuk beli barang anak. Kadang-kadang si ibu sampai tak beli apa-apa untuk diri sendiri. Waktu mengandung pun pakai t-shirt suami saiz XL sebab nak jimat duit tak nak beli baju ibu mengandung. Syahdu betul.

Tips Shopping Barang Baby

Nah! Tips untuk shopping barang bayi baru anda!

1.Ekspo Bayi dan Ibu Mengandung

Rajin-rajinlah Google di mana ekspo terdekat. Selalunya pampers, peralatan mandi dan susu lebih murah bila beli banyak di tempat-tempat sebegini. Serious tak rugi!

Tambahan lagi, semua benda dari puting susu, kain bedung, periuk masak bubur, katil bayi,stroller dan insurans untuk anak, semua dijual di satu tempat. Wajib pergi! Boleh check list events di sini.

Di manakah tempat shopping barang baby yang ramai orang pergi?

Ramai juga yang suka pergi Sogo dan AEON Jusco, sebab katanya ada banyak pilihan. Kalau yang bukan baju, mungkin boleh pergi ke IKEA juga. Kalau mencari yang sebundle, boleh ke GM Klang kerana di sana barang bayi banyak yang dijual secara wholesale.

2. Waktu sesuai bershopping

 

Buat 'part-time' jual barang secara online

Shopping barang baby online pun mudah juga!

Awal trimester ketiga adalah waktu paling sesuai kerana selalunya waktu ni kita dah tahu jantina anak, jadi senanglah nak bershopping. Waktu ini juga, ibu mengandung masih larat berjalan.

Jadi senanglah nak buat pilihan. Kalau suruh ayah beli sorang-sorang, nanti melencong tempat lain pula. Balik-balik bawa sport rim baru tak pasal-pasal.

Kalau yang sudah biasa, dan banyak pengalaman shopping online, lebih baik shopping secara online sahaja. Lebih mudah dan menjimatkan masa. Pinggang pun tak sakit, asyik nak terbongkok-bongkok sahaja.

3. Lebihkan baju saiz besar

Shopping barang baby

Foto Kredit: tumblr.com

Biasalah tu kita suka tengok yang kecil, comel, ngam-ngam dengan bayi. Tapi ketahuilah bahawa bayi memang cepat membesar. Takkan tiap-tiap minggu nak beli baju baru?

Apa? Kaya?

..Ok fine.

Bagi yang tak berapa kaya tu, beli baju besar sikit tau. 3 bulan ke 6 bulan pun ok. Jangan beli semua newborn. Tak perlu borong baju banyak sangat sebab anda mesti akan dapat hadiah dari tetamu dan selalunya anda akan dapat set  baju bayi sampai berkotak-kotak.

4. Kain bedung dan lampin

10 Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi. Petua & Tips Mudah!

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Bayi yang baru lahir jangan dibiar sejuk terdedah sebab takut kembung. Setiap hari dan kalau boleh, sepanjang masa bayi kena dibedung.

So, yang ni beli lebih sikit pun boleh sebab sentiasa digunakan dan banyak kegunaan lain. Boleh buat selimut, boleh buat lap muntah, boleh buat tuala. Kalau anak dah besar, boleh recycle buat kain lap.

5. Stroller, car seat, baby chair, baby carrier, baby cot

Usah membazir beli stroller harga sampai beribu-ribu ringgit

Usah membazir beli stroller harga sampai beribu-ribu ringgit

Anda ada kakak atau abang yang punyai anak kecil? Cuba tanya kalau-kalau mereka nak let-go barang-barang besar macam ni dengan harga second-hand.

Bukan apa, kadang-kadang bila bayi besar sikit, mereka tak nak duduk di stroller, katil atau car seat sendiri. Kadang-kadang tak selesa. Jadi untuk mengelakkan beli barang dua,tiga kali dalam tempoh singkat, buat permulaan, cuba guna dulu barang terpakai. Kalau anak ok, bolehlah fikir nak beli yang baru.

Tapi kalau masih elok, apa salahnya pakai sampai reput. Jimat! Barang-barang ni semua mahal-mahal tau!

Akhir kata

Bagi pasangan yang sedang menantikan kelahiran anak pertama, jadikan pengalaman bershopping ni sebagai satu aktiviti yang exciting! Pengalaman pertama cuma sekali saja datang.

Eh!

Shopping Barang Baby

Foto Kredit: aliexpress.com

Tengok stokin bayi yang ada telinga arnab tuu..

Gila ke tak comel.?

Yang Popular

To Top