Cantik

Ini Tips Solekan Tahan Lama Walaupun Seharian Keluar, Tiada Lagi Muka Bercapuk!

22
SHARES
solekan tahan lama

Adakah anda pernah mengalami muka bercapuk setelah seharian keluar dengan muka bersolek? Bertenang, memang kebanyakan wanita mengalami masalah yang sama, solekan tidak tahan lama setelah seharian di luar. Sebenarnya, ada rahsia sendiri supaya solekan tahan lama yang ramai wanita tak tahu.

Selalu kalau muka bercapuk, memang terus kebanyakan wanita hilang ‘mood’ mereka. Setelah berjam bersolek tapi hilang begitu je solekannya, siapa je tak sakit hati kan? Ada cara pakai solekan agar tahan lama, bukan sekadar memakai begitu sahaja. Justeru itu, ikuti perkongsian penulis mengenai tips solekan tahan lama.

Baca juga: Tips Pilih Gincu Ikut Warna Kulit, Barulah Kena Dengan Muka & Naik Seri!

TIPS SOLEKAN TAHAN LAMA, ELAK MUKA BERCAPUK

1. PASTIKAN RUTIN PENJAGAAN WAJAH LENGKAP

solekan tahan lama

Penting untuk wanita merawat muka dengan mencucinya, ‘exfoliate’ dan juga memakai pelembap sebelum mula bersolek. Ini kerana berdasarkan jurusolek profesional, tips solekan tahan lama adalah 70% datang daripada persediaan dan kondisi muka sebelum disolek. 30% lagi datang daripada aplikasi solekan itu sendiri.

Justeru itu, penjagaan kulit amat penting sebelum anda mula bersolek. Anda perlu cuci muka sebanyak 2 kali sehari. Jangan langkau rutin asas penjagaan muka seperti pelembap dan juga pelindung matahari. Malah, bagus untuk kulit muka jika anda lakukan ‘exfoliation’ selama 2 kali seminggu.

Bukan sahaja penjagaan kulit menggunakan produk, anda juga boleh minum air dalam kuantiti banyak dan juga mengamalkan pemakanan sihat supaya dapat kulit yang licin secara alami.

2. PILIH FOUNDATION YANG BETUL

Penting untuk anda menggunakan ‘foundation’ yang warnanya sama dengan kulit muka supaya tidak kelihatan bercapuk nanti. Ketika membeli alatan solek, anda perlu memilih formulasi bebas minyak supaya ia tidak akan membuatkan solekan di muka  nampak bercapuk. Malah, ‘foundation’ jenis ini juga selalunya lebih ringan berbanding yang lain.

Bagi yang mempunyai kulit kering, anda boleh mencari produk yang mengandungi asid hialuronik untuk memastikan wajah sentiasa hidrat.

3. GUNA PRIMER

solekan tahan lama

Kalau nak tahu penggunaan primer sebelum solekan adalah sangat penting. Ini kerana primer dapat buatkan pori wajah nampak lebih kecil.

Selain itu, ia juga berfungsi membetulkan rona kulit tidak sekata dan memastikan permukaan kulit rata, sesuai untuk pemakaian solekan.

Satu tips buat wanita adalah anda boleh menggunakan primer yang berbeza untuk serlahkan solekan pada kawasan wajah yang berlainan. Sebagai contoh, guna primer mata untuk memastikan pembayang mata lebih jelas.

4. PAKAI SOLEKAN DENGAN NIPIS TETAPI BERLAPIS-LAPIS

Sebenarnya rahsia solekan tahan lama bukanlah pada kuantiti yang banyak, namun ia terletak pada teknik anda mengaplikasikannya.

Sebagai contoh, jika anda memakai ‘foundation’, pastikan aplikasikan dengan nipis. Seterusnya, tunggu ia kering dahulu sebelum tambah lapisan yang kedua. Untuk menamatkan penggunakan ‘foundation’, anda boleh memakai bedak untuk memastikan solekan tahan sepanjang hari.

5. SPRAY SOLEKAN TAHAN LAMA

solekan tahan lama

Langkah yang terakhir adalah ‘spray’ solekan tahan lama. Untuk pengetahuan anda, ‘setting spray’ akan memastikan solekan anda tidak bergerak malah sukar tertanggal. Selain itu, ia juga bertindak membuatkan kulit nampak lebih ‘glowing’

Paling penting, jangan sentuh muka dengan tangan kerana ada banyak kotoran, minyak dan bakteria yang melekat pada kawasan itu. Oleh itu, kalau nak cegah jerawat, jangan sesekali sentuh muka menggunakan tangan!

Selamat Mencuba!

Sumber: Hello Doktor

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×