Cantik

Tips Pilih Gincu Ikut Warna Kulit, Barulah Kena Dengan Muka & Naik Seri!

3
SHARES
pilih lipstik

Lipstik adalah produk wajib ada dalam setiap handbag wanita kerana fungsinya yang dapat menghidupkan muka walaupun ketika tidak memakai makeup yang lain. Namun, masih ada wanita yang tidak tahu cara pilih lipstik sesuai mengikut warna kulit mereka. Ini menyebabkan mereka tidak mendapat effect yang sepatutnya melalui lipstik yang dipakai akibat daripada salah pilih warna.

Jika memakai lipstik yang tidak kena dengan warna kulit, pasti anda akan berasa tidak puas hati kerana ia tidak menaikkan seri muka seperti mana yang diharapkan. Justeru itu, pemilihan warna lipstik sangat penting untuk mencantikkan anda. Jom ikuti perkongsian penulis mengenai tips pilih lipstik mengikut warna kulit, semua wanita perlu ambik tahu!

Baca juga: Malu Dengan Bibir Hitam, Jangan Risau, Ini Tips Memilih Lip Balm Untuk Anda!

TIPS PILIH LIPSTIK IKUT WARNA KULIT, SETIAP WANITA ‘WAJIB’ TAHU

1. Kulit Sawo Matang

pilih lipstik

Cara pilih lipstik untuk wanita pemilik kulit sawo matang adalah dengan memakai warna merah, merah muda, coklat atau ungu. Ini adalah kerana warna-warna ini boleh membuatkan anda nampak lebih elegan!

Jadi kalau ingin sertai event atau apa-apa sambutan, pakailah lipstik warna yang telah disarankan di atas supaya anda dapat tampil dengan bergaya dan nampak classy di hadapan ramai.

2. Kulit Cerah

pilih lipstik

Cara memilih lipstik untuk wanita yang mempunyai kulit cerah atau cold undertone adalah warna nude, coklat, merah, orange dan emas. Ini adalah kerana warna-warna ini mampu memberi kesan bibir yang berkilat dan juga nampak natural.

Jadi, kalau rasa anda berkulit cerah, carilah warna-warna ini waktu membeli lipstik nanti!

3. Kulit Kuning Langsat

pilih lipstik

Yang terakhir, untuk wanita yang memiliki kulit berwarna kuning langsat, anda perlu memilih lipstik berwarna dark berry, red cherry, orange bata dan merah maroon. Berbeza dengan wanita berkulit cerah, anda yang mempunyai kulit kuning langsat perlukah elak daripada warna nude kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan pucat.

Jangan pula anda saja-saja nak mencuba warna nude sebab teringin, nanti merana apabila bibir tampak pucat dalam gambar!

Dah selesai masalah tak tahu pilih lipstik? Ingat, bukan semua warna lipstik sesuai dengan warna bibir kita kerana bahagian ini mempunyai warna yang berbeza mengikut orang. Jadi, untuk tampak cantik perlulah sedikit effort dan trial and error supaya anda dapat mencapai penampilan yang diidamkan. Selamat mencuba warna lipstik di atas mengikut jenis kulit, pasti akan dapat pujian ramai kelak!

Sumber: Fimela

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×