Cantik

5 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi

45.4K
reads
5 Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi

Cara Memutihkan Kulit

Kita semua idamkan kulit yang putih gebu dan terdapat banyak cara untuk dapatkannya, samada secara semulajadi atau moden dengan penggunaan ubat. Tetapi kita harus faham bahawa kulit kita tidak semuanya sama disebabkan pelbagai faktor dan satu cara yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain.

Oleh itu, di bawah ini disenaraikan beberapa pilihan yang ada, supaya anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda jumpa yang terbaik untuk anda.

1. Minum air masak

Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

Foto Kredit: therichest.com

Pertama sekali iaitu merupakan perkara asas yang sepatutnya diberi perhatian penting tetapi kita selalu ambil mudah adalah pengambilan air yang mencukupi. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi dengan baik. Badan kita perlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.

Perasan atau tidak, penjual water filter lebih arif tentang ini. Mereka sudah lama tahu, dengan minum air bersih, ia satu cara memutihkan kulit yang paling asas. Bila kandungan air cukup, kulit jadi cantik. Jangan malas-malas minum air lagi.

2. Guna air beras

Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita, tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Dengan hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari; anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu. Selepas ini, jangan buang terus air berasa. Gunakan ia sebagai salah satu cara memutihkan kulit.

3. Guna limau nipis

Cara memutihkan kulit

Foto Kredit: healthyfig.com

Petua ketiga cara memutihkan kulit adalah dengan menggunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau tersebut mengenai bahagian tubuh yang anda ingin putihkan dan biarkan selama 30 minit ke 1 jam. Ia boleh diamalkan setiap hari dan perubahan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.

4. Guna lidah buaya

Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’. Anda boleh cuba amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit. Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.

5. Guna biji tomato

Cara memutihkan kulit yang nombor lima di dalam senarai ini adalah dengan menggunakan biji tomato. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meratakan air suam ke bahagian kulit dan potong buah tomato tersebut kepada menjadi separuh atau 2 bahagian.

Ambil tomato yang telah dipotong tersebut dan cicahkan dengan gula kemudian gosokkan ke permukaan kulit anda dan biarkannya selama 5-10 minit. Sebiji tomato boleh digunakan sebanyak 2 kali, oleh itu lakukannya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Bukan sahaja mencerahkan kulit, akhbar Kosmo membawa laporan bahawa ada 11 lagi keajaiban tomato yang ramai orang tidak tahu.

Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara semulajadi adalah dengan mengelakkan diri dari terdedah dengan sinaran matahari. Mungkin tidak semua orang dapat melakukannya kerana ia bergantung kepada kerjaya seseorang individu tersebut.

Tetapi jika boleh, sila kurangkan dari berjemur di tengah panas di bawah sinaran matahari yang terik kerana sudah semestinya jika anda selalu terdedah; kulit anda akan bertukar kehitaman secara semulajadi kerana tindakbalas kulit anda dengan sinaran matahari tersebut.

Akhir kata

Tidak perlu guna produk yang mahal, ubat-ubatan atau suntikan. Bahan semulajadi sudah cukup. Sampai di sini sahaja tips dan cara memutihkan kulit dari kami.

Selamat mencuba!

 

 

 

Carian Yang Berkaitan:

  • cara nak putihkan muka
  • cara putihkan kulit
  • cara nak putihkan muka dalam masa 3 hari
  • cara nak putih
  • cara nak putihkan kulit
  • cara melicinkan kulit muka dengan cepat
  • cara memutihkan muka dalam masa 1 hari
  • cara putihkan muka
  • cara memutihkan kulit
  • macam mana nak putih
31 Comments

31 Comments

  1. Noorhamidah binti Abdul Jabar

    February 3, 2015 at 8:34 am

    Kebanyakan tip yang bagus untuk yang bermasalah kesihatan dengan kos yang menjimatkan.

    • yahoo.cool

      December 4, 2016 at 12:59 pm

      thanks …menjadi laa dengan cara nii

  2. azim

    April 10, 2015 at 7:48 pm

    Kalau bilas air beras kt muke berape minit kne tunggu

  3. yatie

    April 16, 2015 at 10:13 pm

    awesome……

  4. nur sarah nadzirah

    April 28, 2015 at 7:53 pm

    betul ke cara2 untuk memutihkan ku
    lit ni menjadi???

  5. Qasyrina Eriqa

    May 4, 2015 at 5:35 pm

    terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan kami.

  6. Petua tradisional memutihkan kulit

    May 7, 2015 at 10:13 am

    Terima kasih atas ilmunya tentang cara memutihkan kulit yang sangat bermanfaat.

  7. Bali Tour

    May 19, 2015 at 4:43 pm

    terima kasih atas informasinya

  8. Fauzana poppers

    July 23, 2015 at 11:01 pm

    Sye x fhm yg beras tu?

  9. iman

    July 24, 2015 at 3:51 am

    aku rasa mhl lg bhn2 sprti tomato… brapa biji tu kalau kalikan ngn seminggu… aku beli sabun rm2.50 je blh guna sebulan hehehe…… putih gak…

  10. Mat Hijau

    August 9, 2015 at 7:17 am

    Dalam bnyak2 cara… air beras tu jugak yg jdi tumpuan rmai… Berkesankah?

  11. Puan Husna

    August 25, 2015 at 11:24 pm

    Tips yang best. Biasa guna limau nipis ntok rambut je. Kulit pun boleh rupenye

  12. Nurul Husna

    September 29, 2015 at 6:11 am

    petua-petua macam ni memang berkesan kalau diamalkan setiap hari. Yang penting kena rajin la..bagi yang tak bape nak rajin macam saya, saya prefer guna produk la..coz terus boleh guna dan tahan lama..hihihi..

  13. al

    October 8, 2015 at 4:48 pm

    limau nipis tu nk brape bijik??

  14. Elinneliny

    November 16, 2015 at 3:41 pm

    wahhh awesomenyaaa..Nak putih gebu dari dalam singgah la ke blog i

  15. Aina

    December 2, 2015 at 9:43 pm

    Guna gula?

  16. ahmad

    December 25, 2015 at 4:03 pm

    Hahahaha

  17. ryana sofea

    January 3, 2016 at 3:03 am

    air beras yang masak nasi tu ke??maksud saya bersihkan nasi tu dan airnya gunakan??

  18. MAHR

    March 28, 2016 at 9:41 pm

    Yang guna air beras tu mcm mana minum or sapu kat kulit

  19. Tengku

    June 18, 2016 at 9:42 pm

    Amalkan putih telur sblum tidur,

    1-Ambik tlur sbji. pecahkan
    lpstu asingkan yg putih dengn kuning.amik puteh telur ja.
    2-stir smpai telur berbuih,lpstu sapu kat muka.biarkan kering dlm 30 minit,klu nk cepat hadap muka depan kipas ..

    heheqs sekian,semoga brguna

  20. haidi_adha

    August 3, 2016 at 1:04 am

    Hahaha…bleh lah. ..janji putih..asalamualaikum

    • Nabilah

      September 27, 2016 at 7:51 pm

      Betul ke boleh jadi putih tk percaya lah.lantak lh janji putih.hahaha

  21. Cik ana

    October 28, 2016 at 7:37 pm

    UNTUK YG BERMUKA Sensitif,kurag digalakkan memakai lemon dikulit wajah. ini kerana PH kepekatan lemon sangat tinggi dan akan menyebabkan iritasi kal;au di gunakan berterusan..

  22. Perodua Gombak

    December 23, 2016 at 9:55 pm

    Terima kasih atas info berguna, mohon share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top