Cantik

Malu Dengan Bibir Hitam, Jangan Risau, Ini Tips Memilih Lip Balm Untuk Anda!

14
SHARES
bibir hitam

Menjadi wanita memerlukan banyak tenaga dan usaha. Ini kerana kaum ini bukan sahaja menjaga kulit muka, malah bibir pun turut mempunyai penjagaan yang rapi oleh mereka. Lebih-lebih lagi bagi bibir hitam dan nampak tak bernyawa. Keadaan ini membuatkan wanita hilang keyakinan diri untuk keluar tanpa memakai gincu.

Justeru itu, pemilihan lip balm yang betul adalah penting untuk mendapatkan bibir yang sihat dan tampak ‘hidup’. Bagi yang memiliki bibir hitam, sebenarnya ada kandungan bahan yang mereka perlukan dalam lip balm untuk mencantikkan bibir.

Baca juga: ‘Cuaca Mendung Pun Kena Pakai’- ‘Beauty Guru’ Ajar Cara Pilih Sunblock Sesuai Untuk Muka

TIPS MEMILIH LIP BALM UNTUK BIBIR HITAM

1. Zink dan titanium dioksida

Bibir kita sebenarnya sangat sensitif dengan matahari, sama seperti kulit. Jika bibir terdedah kepada sinaran matahari yang banyak, ia akan menjadi kering, merekah dan juga mengalami pigmentasi.

Oleh itu, zink dan titanium oksida adalah bahan yang kebiasaannya dijumpa dalam produk kecantikan termasuklah lip balm. Bibir dapat dilindung daripada sinaran UV melalui kedua-dua bahan ini.

Sebagai panduan untuk anda, pilih lip balm yang mempunya SPF 30 atau lebih tinggi sebelum keluar dari rumah!

2. Minyak semula jadi

bibir hitam

Minyak semula jadi seperti minyak kelapa, matahari, jojoba dan marula dapat mengekalkan  lembapan pada kawasan bibir anda. Ini kerana kebanyakan lemak semula jadi memiliki asid lemak yang merupakan sumber antioksidan.

Malah, ia juga dapat memastikan bibir kekal hidrat dan membentuk satu lapisan perlindungan pada permukaan bibir anda.

3. Lanolin

Lanolin adalah sejenis lilin yang dikeluarkan oleh haiwan berbulu seperti biri-biri. Berdasarkan kajian, lanolin mampu mengurangkan kehilangan air pada kulit sebanyak 20 hingga 30%.

Ramai yang gemar produk mengandungi lanolin di dalamnya kerana ia membuatkan bibir nampak lembut dan paling best, berwarna merah jambu!

Namun, bahan ini boleh juga mencetuskan alahan kepada sesetengah orang. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah seperti gatal-gatal, bibir menjadi merah dan lain-lain, jangan guna sebarang produk lip balm yang mengandungi lanolin.

4. Shea dan cocoa butter

bibir hitam

Shea dan cocoa butter adalah lemak yang berasal daripada pokok shea dan koko. Kedua dua bahan ini dapat menolong mengekang lembapan pada bibir dan membantu luka untuk lega dengan lebih pantas.

Shea butter mengandungi fitoesterol, di mana ia dapat merawat kulit dan mengurangkan keradangan. Cocoa butter pula kaya dengan vitamin A1, B1, C, D, E, zat besi dan magnesium, dia mana semua ini penting untuk memastikan kulit lembut dan sentiasa sihat.

5. Madu

bibir hitam

Madu adalah sejenis humektan di mana ia mampu menarik lembapan pada kawasan bibir. Justeru itu, pilih produk yang mengandungi bahan ini.

Selain melembapkan bibir, lip balm yang mengandungi madu dapat membantu exfoliate permukaan bibir untuk memasikan ia sentiasa lembap dan kelihatan sihat.

Tahukah anda madu sebenarnya telah lama digunakan dalam dunia kecantikan? Malah, jika anda tidak gemar menggunakan lip balm, boleh juga terus menyapukan madu pada bibir anda!

Jadi, sebelum membeli sebarang produk lip balm untuk bibir anda, pastikan ia mengandungi semua bahan di atas. Paling penting, hanya gunakan bahan yang sesuai dengan bibir anda. Itulah realiti dunia kecantikan, penuh dengan trial and error. Tak senang untuk menjadi cantik, anda perlukan lebih usaha, tenaga dan juga wang demi mencapainya.

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×