Cantik

‘Cuaca Mendung Pun Kena Pakai’- ‘Beauty Guru’ Ajar Cara Pilih Sunblock Sesuai Untuk Muka

541
SHARES

Sejak kebelakangan ini, keadaan cuaca di negara kita mengalami peningkatan suhu yang makin menjadi-jadi. Sudah pastinya kulit akan terdedah dengan cahaya matahari kan? Oleh itu, pemakaian sunblock yang sesuai mengikut jenis kulit supaya dapat lindung kulit dari cahaya matahari. Jadi, beauty guru ini telah kongsi pentingnya sunblock dan jenis sunblock yang bersesuaian dengan jenis kulit supaya tak tersalah beli!

SUNSCREEN ATAU SUNBLOCK

Sunblock ni salah satu skincare WAJIB untuk dipakai. Nampak tak tulisan wajib tu semua huruf besar? Jangan cuba-cuba keluar rumah tanpa sunblock! You pakai skincare harga RM700 satu set tapi takda sunblock pun tak guna tau. Sunblock ni menghalang muka kita dari terus terkena cahaya matahari. Protect kita dari sinaran UV.Apa akan jadi kalau tak pakai sunblock?

-JERAGAT (ni masalah utama wanita Malaysia especially bila dah meningkat usia)

-Premature aging

-Sunburn

-SKIN KANSER (yes yang ni betul tau, tak propa, ada yang terkena skin cancer sebab tak pernah pakai sunblock & hari hari terdedah dekat cahaya matahari)

PENTING PAKAI SUNBLOCK HARI-HARI

Kena guna sunblock hari hari ke? Yes. Walaupun hujan. Walaupun mendung. Kalau dah namanya siang, wajib apply sunblock. Walaupun Zaty tak keluar, Zaty pakai sunblock jugak! Kena guna sunblock walaupun dalam mekap ada sunblock? Yes. Zaty ada baca satu article ni, contohnya ada foundation SPF20, kita nak dapatkan amount SPF 20 yang sama mcm dalam sunblock, at least kena pakai 14 pump foundation. Pakai je sunblock for maximum protection. Macam mana nak pilih sunblock? SPF berapa?SPF 30-50 paling tinggi. Takyah beli SPF beratus ratus tu.Step nak pakai mcm mana?Cleanser Toner Moisturizer Sunblock – pastu baru mekap.

Sunscreen kena reapply ke? Yes, wajib. Sebab kita berpeluh kan. Cari sunscreen jenis spray.Taktau la nak pilih yang UVA UVB pastu apa dia PA++ tu?Ok chill. Pilih je yang ada semua. Ataupun yang tulis Broad Spectrum. PA+ ni lagi banyak +++++ lagi tinggi nilai perlindungan dari sinar UV.Macam mana nak tahu sunblock tu sesuai utk kulit saya? Try la dulu baru la tahu sesuai ke tak.Pakai sunblock at least 20minit sebelum keluar rumah.

JENIS-JENIS SUNSCREEN

1.AQUA UV WATSONS SPF 50+ PA ++++ (SPRAY)

Botol biru lebih kepada moisturizing & hydrating. Manakala, botol pink untuk sensitive skin. Texture ringan! Pakai je terus meresap dalam muka. Tak berminyak tak melekit. Korang kena beli ni, sebab sunblock kan kena reaplly setiap 4 jam sekali. So reapply je pakai ni.Zaty beli ni color pink tu. Sunblock ni untuk all skin type from normal to oily to dry.

2.AQUA UV WATSONS SPF 50 PA ++++(CREAM)

Ni adik beradik kat atas. Tapi ni jenis cream. Botol biru untuk moisturizing. Botol putih untuk brightening. Dua dua boleh guna for all skin type.

3.BIORE UV SPF 50+ PA ++++(MATTE & SHINE)


Korang kuat peluh kan? I would suggest this one. Tapi kalau jenis peluh lencun mcm baru lepas ladi marathon tu tak pasti la ok ke tak. Lepas pakai terus meresap & dia akan bagi kesan matte kat muka. Kulit berminyak worry no more sbb sunblock ni tak liplap kan muka kau mcm disko. Combination & oily skin pakai ni.

4.BIORE UV WATER-LIKE SENSATION SPF 50+ PA++++

Ni sesuai untuk normal & combination skin. Kalau kulit jenis berminyak cepat peluh i tak suggest this one la. Karang ko boleh buat sunblock goreng tepung kang.

5.BIORE UV FOR OUTDOOR ACTIVITIES SPF 50+ PA++++


Sesuai untuk oily skin.

6. BIORE UV FOR EVERYDAY USE SPF 50+ PA+++


Yang ni paling murah yang wujud kat drugstore. Boleh guna kat muka dan badan.For all skin type.

Sumber: Izzaty Jamal

Most Popular

To Top
×